Pakaianbolehmencerminkankeperibadianseseorang. Sekiranya anda bakal menjalani sesi temuduga kerja, anda bukan sahaja perlu melakukan persediaan mental, malahan juga fizikal dan penampilan. Para hijabi mestilah memilih outfit yang bersesuaian ketika menghadiritemudugakerja agar dapat memberikan tanggapan pertama yang ‘wow’.
Temudugakerja ataupun interviewadalahsebahagiandaripadaprosespengambilanpekerjayangdilaluiolehsetiappemohonkerja. Tidak kiralah di syarikat apa pun anda memohon kerja, anda harus terlihat bersedia dan kemas. Jangan pula datang ke temuduga dengan berpakaian kurang sopan seperti memakai seluar pendek, t-shirt dan berseluar jeans ketat. Berkemungkinan permohonan anda akan ditolak sangatlah tinggi!
Inspirasi Outfit Temuduga Kerja Yang Sopan Untuk Hijabi
Di samping menarik perhatian penemuduga dengan kelayakan, penampilan adalah sama penting dalam temuduga kerja. Apabila anda masuk ke bilik temu duga, perkara pertama penemuduga akan pandang adalah cara anda berpakaian. Ini membantu anda membuat kesan pertama yang baik. Bak kata pepatah ‘dari mata turun ke hati’.
Memakai pakaian yang sesuai juga membantu meningkatkan keyakinan anda. Tapi ingat para hijabi, pastikan pakaian anda masih mematuhi Syariah dan sopan ya. Olehitu,andaharusberhati-hatidalammemilihpakaianyangsesuai agar terlihat kemas tapi masih lagi sopan. Berikut adalah inspirasipakaian untuk ketemudugakerja yang sesuai, Selamat Mencuba!
Ads
1. Kamejaplaindanseluarhitam
Umummengetahuibahawahitamadalahwarnayangsesuai dipadankan denganwarnaapasekali. Sebagai seorang wanita, warna hitam merupakan warna ‘penyelamat’ untuk dipakai seharian. Olehitu,gabunganseluarhitamdanbajuplainbolehmenjadipakaiantemudugakerjayangbagus.Para hijabi boleh memadankan seluar hitam dengan kameja berwarna plainyangtenangdanyakin,sepertiwarnaputihataugelap. Elak menggunakan seluar denim atau jeanskerana ianya terlalukasual. Takut nanti majikan berikan tanggapan buruk terhadap anda.
2. Tambahan Outer Blazer
Blazerluar ataupun outerblazersentiasamenjadipilihanpopularuntukgayapakaianprofesional. Oleh itu, ianya sangat bersesuian untuk temudugakerja.Andabolehmemadankan blazer denganbaju,blausdanturtleneckdidalam.Padankanblazerandadenganseluaryangsepadanuntukmengelakkankonflikwarna.
3.Blouse yang Elegan
Selain daripada kameja, hijabi sekalian boleh memakai blouse agar terlihat elegan. Berbandingkameja,blousebiasanyamempunyairekabentukyanglebihformaldanfleksibel. Kebanyakkanblauswanita juga tidakmempunyaibutangmenegaksepertibaju. Secarakeseluruhan,blousekelihatanlebihfeminindaripadakameja.Olehitu,blousebolehmenjadiinspirasipakaianyanghebatuntuktemudugakerja buat wanita yang berhijabmahupuntidakhijab.
Ads
4. Memakai Vest
Satu lagi outer yang boleh dipakai ke temuduga adalah vest. Pakaian ini sesuai buat anda yang bakal menghadiri temu duga ke syarikat yang kasual dan tidak formal. Pakaianiniselalunyatanpalengan dan berfungsi sebagai bahagian luar.Olehkeranavestadalahlapisanluar, para hijabi boleh memakaibajulenganpanjangsebagailapisandalam. Untukmemadankanwarnavestdenganbaju,andabolehmenggunakansalahsatupakaian bermotifmonokromatik,ataupun kedua-duanya jenis kosong. Yang paling penting, gunakanwarnayangneutralagartidakterlalumenonjol atau menyakitkan mata darimata penemuduga anda.
5. Skirt Panjang Agar Terlihat Feminin
Selain seluar, anda boleh juga memakai skirt panjang agar terlihat feminin. Untuk wanita yang tidak bertudung, anda boleh mencuba skirt bawah lutut. Untuk para hijabi, pakai yang panjang ya. Anda boleh memakai skirt A yang mengembang ke bawah atau model span. Lebih selamat memakai skirt berwarna neutral semasa temuduga. Anda juga disarankan untuk memakai skirt dengan material kain agar tampak lebih profesional. Selepas itu, anda boleh menyesuaikan warna skirt dengan warna baju untuk dipadankan, supaya ia kelihatan menyenangkan mata.
6. Padankan Dengan Seluar Yang Bersesuaian
Seperti yang dinyatakan di atas, material seperti jeans tidak digalakkan kerana ia dianggap terlalu kasual. Untuk seluar, para hijabi perlu menggunakan seluar yang tidak terlalu ketat dan labuh hingga ke buku lali. Terlalu ketat nanti menjolok mata pula, terlalu labuh pula nanti dilabel sebagai ‘mop lantai’. Seluar Culottes juga menjadi pilihan terbaik untuk temu duga kerja, kerana ianya tidak ketat malahakan potongannya yang luas mampu menyerlahkan susuk badan yang tinggi serta kekal kemas dan sopan.
Dewi Remaja kini kembali dengan kemunculan 16 finalis baru yang membawakan wajah-wajah baru dari setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Kesemua 16 finalis berentap di dalam program ini bagi mengejar impian mereka untuk menjadi pemenang Dewi Remaja 2022 dan mengukir nama di dalam industri seni Malaysia. Namun, setelah 4 episod telah di tayangkan di saluran Astro Ria, ramai warganet membuat kecaman di atas posting berkenaan kesemua finalis Dewi Remaja di Facebook.
Eiman, 24, dan Hyeley, 23, peserta Dewi Remaja yang berhijab turut mebincangkan mengenai kritikan yang mereka terima apabila di soal mengenai kecaman dari warganet tentang gaya solekan yang mereka gayakan di dalam program tersebut.
Ini Pertandingan Terimalah Seadanya
Setiap pertandingan pasti ada tugasan dan juga tema yang tertentu bagi menentukan setiap peserta layak untuk kekal bertanding. Pihak produksi juga telah menyediakan cabaran dan juga tema bagi gaya peserta dewi remaja sekaligus untuk memadankan kepada konsep yang ingin ditampilkan di setiap episod.
“Diorang tak cakap pasal make up sahaja tapi cakap pasal paras rupa kitorang.” ujar Eiman. “And that were it came to my mind the beauty standard di Malaysia sangat tinggi” katanya lagi.
Konsep yang dibawakan oleh pihak produksi dan jurusolek cukup kreatif yang membuatkan segelintir warganet sukar untuk terima dengan idea tersebut.
Semua pihak turut memberikan yang terbaik dari setiap sudut tidak kisah solekan mahupun konsep yang dibawakan. Terpulang pada pendapat dan penerimaan masing-masing.
“Bagi Hyeley, pada peringkat masih baru dan hijau ini saya masih belajar dari segi semua sudut.” kata Hyeley berkenaan isu ini. “Kita tak mampu nak kawal sebenarnya jadi apa yang mampu kita lakukan adalah terima sahaja satu persatu.” balas Hyeley terhadap kritikan yang diterima.
Program Dewi Remaja juga telah berjaya melahirkan ramai selebriti tanah air yang cukup hebat seperti Aleeza Kasim, Juliana Banos, Scha Alyahya, Neelofa, Anzalna, Izara Aishah, Raysha Rizrose, SHaza Bae dan juga Anna Jobling.
Finalis Dewi Remaja 2022 menampilkan kepelbagaian dalam beauty standard untuk menunjukkan bahawa rupa paras bukan menjadi pilihan namun bakat yang harus di nilai.
Kedua-dua finalis dewi remaja itu agak kesal dengan pendapat yang disampaikan oleh warganet sehingga ada yang menghencap rupa paras segelintir peserta. Eiman dan Hyeley juga beranggapan bahawa itu hanya sekadar pendapat sahaja dan mereka perlu lebih fokus untuk terus memperbaiki diri.
Bagaimanapun, melihat semula komen di posting itu ada segelintir warganet yang yakin kesemua finalis dewi remaja 2022 ini cantik dan hanya gaya solekan yang membuatkan mereka tampak matang.
Semua orang boleh berikan pendapat dan ada idea tersendiri mengenai “beauty standard” tapi siapa tahu mereka bakal menjadi seorang selebriti yang lebih hebat dari Scha Alyahya dan Neelofa.
Ingin tahu lebih lanjut, saksikan Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap Sabtu, jam 9 malam. Program ini dihoskan oleh pelakon Fikry Ibrahim.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kemunculan penyani wanita ini di pentas Gegar Vaganza 4 baru-baru ini memang sangat mengagumkan. Malah pembabitannya semula di pentas seni suara sememangnya dinanti para peminat.
Liza Hanim, 44 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas.
Bukan sahaja dia semakin jelita tetapi tubuhnya juga semakin langsing walaupun sudah mempunyai empat cahayamata. Apa agaknya rahsia lansing penyanyi berlesung pipit ini.
Semakin Jelita, Liza Hanim Kenang Perit Jerih Singkir 20kg Lemak!
Suatu ketika dulu penyanyi ini mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anak keduanya menyebabkan bentuk fizikal asal sudah lari sepenuhnya. Namun kejayaanya kehilangan 20 kilogram membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.
Menyedari ramai yang mengalami masalah ini, nyata Liza tidak lokek berkongsi dengan peminatnya rahsia dia menguruskan badan sehingga mendapat bentuk badan ideal.
Apatah lagi langsing tanpa pengambilan suplemen ataupun pil. Dalam satu temubual, Liza memberitahu dia sedar dirinya semakin berisi (selepas lahirkan anak) apabila ketika itu dia dan suaminya Mohamed Shahrin Shamsuddin pergi ke pantai Port Dickson.
Ketika berjalan di atas pantai, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, mengalami kesukaran untuk berjalan dan waktu itu barulah dia menyedari badan sudah terlalu berat dan sangat merimaskan.
Dari situlah barulah Liza mengambil kira pengambilan makanan. Selalunya dia akan kira setiap kalori bagi setiap makanan agar tidak terlebih makan.
Kongsi Tip Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi Tanpa Suplemen
Selain itu Liza Hanim juga kerap bersenam dengan melakukan larian setiap hari di atas treadmill. Dia mengambil masa selama 9 bulan untuk mendapatkan kembali bentuk badan. Menurutnya bukan mudah untuk menguruskan badan tetapi seronok melihat hasilnya kini.
Setelah kurus, dia berasa lebih yakin dan tujuan untuk kelihatan langsing bukan semata-mata mahu menunjuk pada orang tetapi ia juga menjamin kesihatan diri juga.
Menyentuh perkembangan terbaru setelah mendapat tempat kedua dalam GV4 tidak menolak untuk kembali ke dunia lakonan jika adanya permintaan.
Walau bagaimanapun dia kena lihat dulu tawaran memandangkan tugasnya sebagai isteri serta ibu dan kalau boleh lokasi tiak keluar dari Lembah Klang. Selain itu, Liza juga dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu baru Februari ini.
Finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga timbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Belum Berhijab Sedang Usaha Ke Arah Itu
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...