Menjadi seorang selebriti memerlukan penampilan yang menarik. Mereka bukan sahaja memiliki penampilan menarik, wajah yang cantik dan sihat juga menjadi sandaran utama.
Salah seorang selebriti Indonesia yang sentiasa mementingkan kecantikan wajah ialah Irish Bella. Kecantikan aslinya tidak perlu diragui lagi.
Berikut adalah rutin kecantikan Irish Bella setiap hari: –
Penjagaan Kulit Wajah Waktu Malam
Irish Bella tidak pernah meninggalkan rutin penjagaan kulitnya pada waktu malam iaitu sebelum tidur. Irish Bella tidak pernah lupa untuk membersihkan wajah dengan menggunakan pencuci wajah.
Selepas mencuci, dia menggunakan toner wajah bagi mengekalkan kelembapan kulit pada waktu malam. Kemudian Irish Bella menggunakan krim malam dan pelembap. Hasilnya, kulit wajah akan nampak lebih segar pada waktu pagi.
Bahan Semula Jadi
Irish Bella mengutamakan produk yang mengandungi bahan semula jadi dengan kandungan bahan kimia yang minimum.
“Bahan semula jadi yang terkandung dalam sabun kecantikan termasuk minyak kelapa dara, minyak zaitun dan vitamin,” kata Irish Bella dipetik daripada Liputan6.com
BACA JUGA: Selebriti Indonesia ZASKIA GOTIX Bertudung Selepas Pulang Umrah, Mohon Doa Kekal Istiqamah
Selain itu, bahan semula jadi juga boleh digunakan untuk semua jenis kulit. Apabila memilih bahan semula jadi, keutamaan adalah penjagaan kulit dengan minyak kelapa dara, minyak zaitun, vitamin E, vitamin A dan produk yang kaya dengan nutrien.
Kandungan SPF
Irish Bella turut mengutamakan bahan penjagaan wajah yang mengandungi SPF kerana kekerapannya keluar rumah.
Rutin Kecergasan
Rahsia kecantikan Irish Bella seterusnya ialah rajin melakukan pelbagai jenis aktiviti kecergasan antaranya pilates, yoga dan muay thai. Senaman pilates berguna untuk memperbaiki postur badan dan membantu mengetatkan otot-otot.
Muay thai pula berguna untuk menjaga imuniti badan agar tidak mudah terkena penyakit. Manfaat lain ialah membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular, badan lebih proporsional, kaki lebih kuat, membentuk pinggul dan meremajakan kulit.
Sementara itu, yoga pula membantu menyihatkan badan dan wajah. Untuk kesihatan wajah ia membantu membersihkan kotoran, membaiki kulit yang rosak, kulit wajah lebih cerah, melicinkan kulit dan mencegah penuaan pramatang.
Pola Pemakanan Sihat
Berdiet dan mengekalkan tabiat pemakanan. Diet yang diamalkan Irish Bella ialah mengambil putih telur, sayur-sayuran dan buah-buahan serta menggantikan nasi biasa dengan nasi shirataki.
Bukan itu sahaja, dia juga menggunakan minyak sayuran. Pemakanan dan diet Irish Bella memberi impak positif kepada kulitnya yang kelihatan lebih berseri.