Selain baju, pilihan hijab yang sesuai juga penting bagi memastikan kesempurnaan penampilan seseorang. Namun ada kalanya hijab digayakan macam serba tak kena dan tak terletak cantik di atas kepala. 

Sebenarnya untuk memastikan hijab yang digayakan terletak cantik di atas kepala, ada aturan tertentu yang perlu diikuti.

Siapa yang tak nak nampak cantik sepanjang hari kan. Apatah lagi hijabi yang mementingkan penampilan diri sepanjang hari.

Hijabista senaraikan beberapa tip ini yang menjadikan penampilan seseorang itu tampil cantik, menarik dan kemas walaupun sibuk dengan rutin sepanjang hari. Bukan itu sahaja, malah sedap mata memandang.

1. Tudung Pastel

Pilihlah tudung berwarna polos seperti putih, kuning cair, lavender, hijau muda dan juga peach. Warna pastel ini begitu kena sekali dengan mereka yang berkulit cerah ataupun tidak. Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LEBARAN MEGA SALE! (@galeriariani) on

2. Lilitan Ringkas

Cukup sekadar gaya lilitan yang ringkas. Tidak perlu gaya keterlaluan kerana yang ringkas itu sudah memadai. Tidak sukar mencari gaya bersesuaian, google saja laman youtube ataupun Instagram yang menjual produk hijab. Pasti akan diselitkan tutorial ringkas tudung yang digayakan.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on

3. Solekan Ringkas

Jangan lupa untuk bersolek ringkas kerana dapat menambah keayuan dirimu.  Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata. Tak perlu cukur kening, ikut je cara selebriti Elfira Loy yang tetap kekalkan keaslian keningnya untuk tampil menawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on

4. Busana Bersesuaian

Kalau boleh pilihlah busana yang bersesuaian dengan aktiviti harian. Elakkan pakai baju yang boleh mengundang umpatan, lebih-lebih lagi tika berjumpa dengan orang ramai. Pilih yang senang untuk anda bergerak ke sana ke mari sambil lincah membuat kerja. Rasanya lebih senang memilih fabrik cotton daripada busana renda yang boleh membuat anda rasa panas pula nanti.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NAMN (@_aniskiss) on

5. Penggunaan Kerongsang

Lagi satu yang menjadikan hijab digayakan anda terletak cantik adalah disebabkan pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan seseorang. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget. Terutama hijab satin yang memang sukar sekali untuk digayakan jika tak kena caranya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

6. Senyuman Manis

Ini paling penting dalam mengharungi pelbagai bebanan kerja seharian. Pastikan senyuman manis sentiasa dibibir anda kerana senyuman itu juga satu sedekah. Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

BACA JUGA ARTIKEL INI:

6 Rahsia Kalau Nak Tudung Sentiasa Kemas, Tak Senget & Terletak Cantik Di Atas Kepala. Rugi Tak Cuba!

KREDIT FOTO:Insta Selebriti

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI