6 Rahsia Kalau Nak Berhijab Cantik, Kemas & Tak Senget Macam Aisy Dalam Titian Cinta

Share

Siapa yang menonton drama bersiri paling trending sekarang di slot akasia TV3, Titian Cinta yang diadaptasi dari novel tajuk sama ini pasti melihat penampilan heroin memegang watak Aisy yang dibawakan oleh Farah Nabilah. Lakonan cukup mantap dan begitu cemerlang dibawakan oleh pelakon baru ini tika bergandingan dengan hero pujaan Malaya, Zul Ariffin*.

Jangan lupa menggayakan apa jua selendang dengan pemakaian ‘inner’ untuk lebih kemasan.

Watak Aisy digambarkan sebagai seorang yang berpenampilan santun dengan pemakaian hijab yang menutup aurat selayaknya bagi seorang wanita. Memang cukup kemas sekali hijab yang disarung oleh Aisy dengan busana yang bersesuaian karakteornya yang memenuhi ciri-ciri seorang wanita Muslimah cukup sempurna.

Warna coklat antara rona pastel paling senang untuk disuai padan dengan busana.

Ada beberapa sebab yang menjadikan penampilan Aisy yang berhijab ini nampak cantik dan kemas sekali. Biarpun pelakon asalnya tidak bertudung tetapi dalam drama ini Aisy begitu menjaga penampilan sebagai wanita yang berhijab

.
Warna serasi membangkit seri penampilan seseorang.

Admin senaraikan beberapa tip ini yang menjadikan penampilan gadis berhijab Aisy tampil cantik, menarik dan kemas. Malah sedap mata memandang.

1. Tudung Pastel

Kebanyakan tudung yang digayakan oleh Aisy berwarna polos seperti putih, kuning cair, lavender, hijau muda dan juga peach. Warna pastel ini begitu kena dengan kulit Aisy yang cerah dan tidak bermasalah. Jadi bagi yang memiliki kulit cerah tidak ada masalah untuk menggayakan tudung warna cerah atau gelap kerana tiada perbezaan ketara. Cuma jika mempunyai kulit gelap elakkan pakai tudung yang berona gelap juga.

Sedikit corak di bahagian tertentu menyerlahkan padanan cukup menarik.

2. Lilitan Ringkas

Tidak perlu keterlaluan, kerana lilitan yang digayakan Aisy cukup ‘simple’ dan mudah sekali. Gaya ini lebih sesuai untuk wanita yang bekerja dalam sektor korporat atau pendidikan. Memang sesuai sekali dengan jawatan Aisy sebagai Pensyarah di sebuah kolej dan gaya hijab begini lebih menarik dan sedap mata memandang.

Lilitan hijab paling trending tetapi stailo.

3. Solekan Ringkas

Jika diperhatikan, solekan yang dikenakan oleh Aisy juga sangat minimalis. Hanya calitan di bahagian tertentu seperti bibir dengan memilih gincu bibir warna pastel, sedikit pemerah pipi dan juga perapian di bahagian mata. Cukup menyempurnakan penampilan Aisy sebagai wanita sederhana yang berasal dari desa.

Solekan ringkas sudah memadai.

4. Busana Bersesuaian

Aisy juga mengenakan busana yang cukup berpadanan dengan hijab yang disarung. Tidak terlalu seksi dan pemilihan juga lebih kepada warna lembut. Suai padan blaus bersama ‘palazzo’ dan juga skirt menjadikan gaya Aisy cukup sopan dan sedap mata memandang.

Kardigan dan ‘palazzo’ melengkapi penampilan tika bersantai.

5. Penggunaan Kerongsang

Lagi satu yang menjadikan hijab digayakan Aisy terletak cantik adalah disebabkan pemakaian kerongsang yang betul. Memilih satu kerongsang besar yang diselit di tepi bahu cukup menyuntik elemen seri pada penampilan Aisy. Malah tudung digayakan juga kekal cantik dan tidak senget.

Kehadiran kerongsang menjadi titik tumpu dan memastikan tudung nampak terletak cantik dan tidak senget.

6. Senyuman Manis

Ditambah senyuman manis yang dilemparkan Aisy menjadikan daya penarik buat watak wanita Muslimah yang dibawakan. Seorang hijabi itu lebih terserlah ayunya jika sentiasa mengukir senyuman di bibir walau dalam apa jua situasi.

Senyuman pelengkap gaya hijabi.

*Zul Ariffin memegang watak sebagai Ejim atau Tombiruo dalam filem adaptasi karya thriller Ramlee Awang Murshid, Tombiruo – Penunggu Rimba yang akan  menemui penonton 12 Oktober ini. Kali ini Zul Ariffin tidak menayangkan wajah kacaknya sebaliknya menggunakan topeng sepanjang beraksi dalam filem ini. Aksi mantap dan lakonan terbaik Zul Ariffin menjadikan dia antara hero paling trending masa kini.

Gandingan mantap.

KREDIT FOTO: FACEBOOK TITIAN CINTA

Published by
Siti Zurina