Kecantikan

6 Produk Kecantikan Ini Boleh Jimatkan Masa & Tenaga Untuk Tampil Lebih Gorgeous. No 2 Wajib Ada!

Share

Masa adalah wang dan semestinya kita tidak tidak mahu membazir wang ringgit terhadap produk kecantikan yang belum tentu baik untuk kita. Hijabista senaraikan pilihan produk kecantikan yang bukan saja akan membantu anda menjimatkan masa dan tenaga, tetapi juga menjadikan penampilan kelihatan hebat!

#1. 5 Bintang tidak cukup untuk RATE masker muka yang magis ini!

Aztec Secret Bentonite Clay Mask hypoallergenic bertaraf 5 bintang ini dibuat untuk menarik toksin keluar dari kulit, membersihkan liang-liang di muka anda dan membantu merawat jerawat di muka. Jika anda merancang untuk invest

wang kepada produk kecantikan yang agak mahal tetapi dijamin bagus, item ini sangat sesuai jadi koleksi.

#2. Penggaris Mata Yang Sharp Untuk Sharp Looks!

Sumber Foto: Hollysales

Eyeliner stamp kalis air akan membuatkan garis mata anda sempurna! Ia adalah produk yang mudah digunakan dan tahan lama. Jika anda seorang yang suka memakai penggaris mata, item solekan ini perlu ada dalam koleksi anda.

#3. Dan 99.5% kotoran dalam kulit anda hilang!

Berus pembersih muka mini ini telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Anda boleh dapatkan produk ini di Sephora. Ia adalah pilihan yang sempurna untuk pengelupasan lembut dan penyembuhan sonik. Berupaya membuang sehingga 99.5% kotoran pada semua jenis kulit. Selain itu, bentuk dan saiznya yang padat menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja.

#4. “Satu lap sehari boleh serap banyak minyak!”

Sekiranya anda mempunyai kulit berminyak, jangan bimbang lagi. Ini adalah produk Natural Bamboo Charcoal Oil Absorbing Tissues yang boleh menyerap minyak dimuka untuk kesan kulit yang bersih dan melegakan. Anda boleh menggunakannya dengan atau tanpa solekan. Produk ini bukan sahaja untuk wanita tetapi sesuai buat kaum lelaki. Sudah tiba masa untuk anda mengawal muka yang berminyak tanpa menggunakan sebarang serbuk.

#5. Perisai perlindungan untuk solekan tanpa smudge

Satu pek perisai bayangan mata atau Shadow Sheilds adalah satu perkara yang perlu anda lakukan sebelum mula menggunakan pembayang mata. Selain itu, anda juga boleh menggunakannya untuk bibir. Tampil sempurna bebas tanpa kesan smudge.

#6. “Shine bright like a diamond”

Masa untuk anda bersinar. Jangan bimbang jika senyuman anda tidak cukup besar, kerana dengan serbuk arang pemutihan gigi semulajadi akan membantu dirimu untuk senyum dengan lebih ceria. Anda mungkin kelihatan seperti zombie apabila memakai serbuk arang ini, tetapi hasilnya akan membuat anda terpegun.

Adakah anda ada menggunakan mana-mana produk di atas ini? Apakah produk kecantikan yang anda tidak boleh hidup tanpanya? Kongsi pendapat dan cadangan anda di bahagian komen di bawah.

Sumber: Bright Side

 

Published by
Sara