
Tahukah anda bahawa posisi tidur seseorang boleh menunjukkan keperibadiannya. Tidak hanya cara duduk, posisi tidur juga boleh menunjukkan sifat dan karakter seseorang itu. Terdapat 6 posisi tidur yang dapat dihubungkan dengan sifat seseorang.
#1. Starfish

Starfish adalah posisi tidur terlentang dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang dapat menjadi teman yang baik.
- Pendengar yang baik.
- Suka membantu dan sederhana.
#2. Log

Log merupakan tidur menyamping dengan tangan dan kaki lurus pada sisi yang sama, menyerupai kayu. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang mudah bergaul dan memiliki banyak teman.
- Mudah mempercayai orang asing yang tidak dikenal, bahkan terkadang mudah tertipu.
#3. Yearner

Yearner adalah posisi tidur menyamping, dengan kaki lurus ke bawah, tetapi tangan lurus ke arah depan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang terbuka, waspada, dan kadang-kadang mudah curiga serta sinis.
- Memerlukan waktu yang lama untuk mengambil suatu keputusan.
- Sukar untuk berubah fikiran.
#4. Foetal

Foetal merupakan tidur dengan posisi menyamping, dengan menekuk kaki dan tangan menyerupai posisi bayi di dalam kandungan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang nampak tegas di luar, tetapi sebenarnya mempunyai hati yang lemah lembut dan sensitif.
- Pemalu.
- Memiliki kemampuan untuk tidur dengan cepat.
#5. Soldier

Soldier adalah posisi tidur terlentang, dengan kaki lurus ke bawah dan tangan terletak di samping badan. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang pendiam dan suka memerhatikan tingkah laku seseorang.
- Tidak menyukai suasana yang mempunyai ramai orang.
- Memiliki standard yang tinggi, baik bagi diri sendiri mahupun orang lain.
#6. Free Faller

Free faller adalah posisi tidur meniarap dengan kedua tangan berada di samping kepala dan kaki lurus ke bawah. Posisi tidur ini menunjukkan bahawa anda adalah:
- Seseorang yang kurang sopan.
- Tampak seperti seseorang yang suka berteman.
- Tidak tahu malu.
- Tampak percaya diri.
- Tidak dapat menerima kritikan dari orang lain.
Sumber Grid.Id
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijabi Boleh Cuba Langkah Senaman Ini Untuk Atasi Masalah Sakit Belakang!

Buat para hijabi yang bekerja di pejabat terutamanya, mesti anda sering mengalami masalah sakit belakang bukan? Masalah sakit belakang ini bukan boleh dibuat main ya. Semua orang berisiko mengalami masalah sakit belakang semasa melakukan aktiviti harian. Tetapi anda tak perlu risau, terdapat beberapa senaman yang mudah tetapi berkesan yang boleh membantu melegakan sakit belakang.
Apakah punca sakit belakang?
Meninjau perkongsian daripada Hello Doktor, sakit belakang biasanya datang dalam dua bentuk, iaitu secara tiba-tiba dan berlarutan.

Disebabkan oleh ‘terlalu banyak’ aktiviti dan ‘tidak cukup’ aktiviti

Artikel berkaitan: Wow! Masalah Paha Besar Boleh Diatasi Dengan Senaman 2 Minit Ini! Hebatnya!
Atasi masalah sakit belakang dengan langkah senaman ini.
Anda tidak perlu risau, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan…. bersenam! Langkah senaman dibawah mampu membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang anda.
1.Trunk Rotation

Trunk Rotation boleh membantu dengan sakit lower back pain kerana ia berfungsi melawan rintangan otot teras anda. Ia meregangkan otot belakang, perut dan pelvis anda.
Cara lakukan: Anda perlu berbaring di atas lantai, bengkokkan lutut anda ke arah dada anda seolah-olah anda sedang duduk. Kemudian, rapatkan lutut anda dan perlahan-lahan bengkokkan kaki anda ke kanan dan tahan selama 15-20 saat. Kemudian kembali ke posisi permulaan, bengkokkan kedua lutut ke kiri dan tahan selama 15-20 saat. Ulang gerakan ini 5-10 kali pada setiap sisi.
2. Pelvic Tilt

Pelvic Tilt atau kecondongan pelvis adalah salah satu latihan paling mudah untuk melatih otot belakang dan mengekalkan fleksibiliti.
Cara lakukan: Latihan ini boleh dilakukan dengan berbaring di atas lantai yang rata terlebih dahulu. Letakkan tangan anda terus di sisi. Lengkungkan tulang belakang anda dan jarakan punggung anda sedikit dari lantai. Kemudian, lengkungkan pinggul anda dengan lembut dan tolak perut anda ke luar untuk menstabilkan teras anda. Tahan selama 5-10 saat, kemudian berehat. Selepas itu, tolak pelvis anda ke atas sedikit. Semasa anda melakukan ini, anda akan merasakan pinggul anda menekan lantai. Tahan selama 5-10 saat dan berehat. Untuk ‘beginner‘, anda boleh mula lakukan gerakan ini 10-15 kali sehari, dan seterusnya meningkatkan kekerapan kepada 25-30 kali sehari.
3. Partial Crunches

Latihan ini membantu untuk menguatkan punggung bawah serta otot perut anda. Semasa melakukan langkah ini, anda perlu berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada tulang belakang anda.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berbaring di atas lantai dengan lutut bengkok. Kemudian letakkan tangan anda di belakang kepala atau silangkan di atas dada anda dan perlahan-lahan angkat bahu anda dari lantai. Pastikan otot perut anda ketat. Tarik nafas sambil menghembus sambil mengangkat bahu. Jangan angkat badan anda dengan menggunakan siku anda. Tahan kedudukan badan separuh terangkat ini selama 1 saat. Ulangi langkah ini sehingga 12 kali. Perkara paling penting adalah kekalkan tulang belakang, kaki dan pinggul anda di atas lantai latihan.
4. Wall Sits

Latihan ini paling mudah kerana anda boleh melakukakannya bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Latihan ini membantu menangani sakit belakang akibat terlalu banyak duduk. Selepas penat duduk seharian, anda boleh mencari dinding yang terdekat dan amalkan gerakan ini.
Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berdiri dengan membelakangi dinding. Berdiri kira-kira 10 cm dari dinding dan bersandar secara perlahan-lahan. Kemudian, turunkan badan anda sehingga lutut anda bengkok, seperti dalam kedudukan duduk. Pastikan belakang anda ditekan ke dinding. Tahan kedudukan tersebut untuk kiraan hingga 10 dan perlahan-lahan turunkan diri anda ke bawah. Ulang sehingga 8-12 kali.
5.Press Back Up Extensions

Satu lagi cara untuk menangani sakit belakang adalah dengan melakukan Press Back Up Extensions.
Cara lakukan: Anda perlu bermula dalam posisi meniarap dan letakkan tangan anda terus di bawah bahu anda. Tolak tangan anda ke bawah seolah-olah anda mengangkat bahu anda. Jika boleh, letakkan siku anda di atas lantai pada ketinggian bahu dan tahan kedudukan ini selama beberapa saat.
Artikel berkaitan: Idamkan Kaki Sekecil Tiang Lampu, Amalkan 5 Langkah Senaman Ini Juga, Mampu Sorok Lemak Berlebihan Di Peha.
Sedang anda berehat semasa bekerja atau bosan duduk di rumah, anda bolehlah amalkan langkah senaman ini. Mudah sahaja! Senaman di atas juga mampu menguatkan kembali otot belakang anda. Namun, sekiranya anda mulai tidak selesa dan mengalami sakit yang teramat, teruslah berjumpa doktor.
Sumber info dan gambar: Dewi Magazine, Canva dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berenang Mampu Turunkan Berat Badan, Kekal Aktif Dengan Pakaian Renang Yang Sopan dan Selesa

Apabila sesetengah orang memutuskan untuk menurunkan berat badan, perkara pertama yang mereka lakukan ialah memperbaharui keahlian gim mereka. Tetapi anda tidak perlu pergi ke gim untuk mengubah badan anda.
Sebenarnya, anda mungkin mendapat hasil yang lebih baik dengan aktiviti yang anda gemari, seperti berenang. Berenang bukan sahaja cara terbaik untuk menyejukkan badan pada hari yang panas, ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk menurunkan berat badan. Jadi, bagaimana anda boleh berenang untuk menurunkan berat badan? Jom ikuti 10 petua berenang untuk menurunkan berat badan
Sama ada anda berenang untuk mengurangkan lemak perut, meningkatkan tona otot atau hanya menukar senaman anda, berikut ialah cara untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
1. Berenang pada waktu pagi sebelum makan
Berenang pada waktu pagi tidak boleh dilakukan untuk semua orang, tetapi ia patut dicuba jika anda boleh mengakses kolam sebelum bekerja. Bangun pada waktu pagi dan pergi berenang akan membuatkan badan anda dalam keadaan berpuasa bersedia untuk menggunakan simpanan lemak tersebut sebagai tenaga. Berenang bukan sahaja satu bentuk kardio yang hebat, tetapi ia juga merupakan senaman seluruh badan, jadi anda boleh menjangkakan beberapa hasil yang hebat.
2. Berenang lebih kuat dan lebih laju
Berenang membakar banyak kalori apabila anda baru bermula. Tetapi apabila kemahiran berenang bertambah baik dan anda menjadi lebih cekap, degupan jantung tidak meningkat dengan banyak untuk mengekalkan kadar denyutan jantung anda.

3. Ambil kelas berenang
Mempelajari teknik pukulan yang betul boleh membantu anda berenang pada kadar yang sederhana.
4. Tukar rutin berenang
Jika anda berenang pada kelajuan yang sama dan menggunakan teknik yang sama berulang kali, badan anda akhirnya boleh mencecah dataran tinggi. Melangkah keluar dari zon selesa dan mengubah suai rutin anda ialah cara terbaik untuk menggunakan kumpulan otot yang berbeza, membantu memaksimumkan hasilnya.
5. Berenang empat hingga lima hari seminggu

Kekerapan berenang untuk penurunan berat badan adalah sama seperti senaman kardiovaskular yang lain, jadi sasarkan selama empat hingga lima hari seminggu untuk hasil terbaik.
6. Mula dengan perlahan
Mulakan dengan berenang 15 hingga 20 minit setiap hari, dan kemudian secara beransur-ansur meningkat kepada 30 minit berenang lima hari seminggu, seperti yang dibenarkan oleh badan. Jika anda memulakan rutin berenang baharu pada intensiti yang terlalu tinggi, sakit otot dan keletihan boleh menyebabkan anda berputus asa.
7. Berenang bergantian dengan senamrobik air
Anda tidak perlu berenang setiap hari untuk melihat hasilnya. Ikuti kelas aerobik air pada hari cuti. Ini adalah senaman rendah tekanan yang sangat baik untuk terus bergerak pada hari pemulihan yang aktif.

8. Berenang dengan pelampung atau mee kolam
Jika anda bukan perenang yang kuat, berenang pusingan di kolam menggunakan mi kolam, papan sepak atau jaket keselamatan. Ini akan membuatkan anda tetap terapung semasa anda menggunakan tangan dan kaki anda untuk bergerak melalui air.
9. Gunakan pemberat air
Jika anda berenang untuk menurunkan berat badan dan menyegarkan badan, lakukan beberapa bicep curl dengan dumbbell air di antara pusingan. Air mencipta rintangan, yang boleh membantu membina kekuatan dan daya tahan.
10. Sesuaikan pemakanan anda

Dengan mana-mana program penurunan berat badan, anda mesti membakar lebih banyak kalori daripada yang diambil, berenang tidak terkecuali. Jika matlamat anda adalah untuk menurunkan beberapa paun, anda masih perlu membuat pelarasan pada diet anda.
Dan berhati-hatilah. Berenang memerlukan banyak tenaga, jadi anda perlu mengisi minyak dengan makanan. Selain itu, air sejuk boleh menyebabkan selera makan anda meningkat dengan ketara selepas sesi.
Jika anda berasa lebih lapar, disarankan menambah lebih banyak sayur-sayuran ke dalam pinggan anda, mengambil protein shake dan menjauhkan diri daripada snek.
Mencampurkan intensiti senaman anda juga mempunyai hasil yang hebat, kata Rizzo. Dia mengesyorkan latihan jeda pecut, yang terdiri daripada larian pecut selama 30 saat, diikuti dengan rehat empat minit.
Perkasakan Wanita Malaysia untuk Kekal Aktif dengan Pakaian Sukan yang Sopan dan Selesa

Fesyen sopan dan bergaya yang dibuat untuk semua, all day, every day, hijabi tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan untuk kekal aktif dan sihat. Baru-baru ini, LILIT. telah melancarkan koleksi ke-dua pakaian untuk kekal aktif dengan membawakan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz, iaitu dari XXS (UK4) hingga 5XL (UK22).

Gerakan Get LIT. & Get FIT telah dimulakan oleh LILIT. untuk menggalakkan wanita mengamalkan gaya hidup sederhana dan sihat sambil menampil bergaya. LILIT. merupakan antara jenama pertama di Malaysia yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan pada kesopanan dan saiz, meliputi koleksi pakaian renang baharu LILIT. Koleksi ini, membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan drawstring dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.

“Kami di LILIT. sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan semasa bersukan. Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat pertama kalinya, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa yang sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan dan selesa, sekali gus. Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan hijabi dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan,” kata Amee Halim, Pengurus

Dengan tuala pantai, pelindung matahari dan perlindungan, kerana sudah tiba masanya untuk pergi ke pantai, kolam renang atau bandar percutian dengan pakaian renang yang anda boleh rasa teruja untuk memakainya. Memarik bukan!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anita Baharom Bakal ‘Naik Pelamin’ Sekali Lagi Disember Ini?

Dah lama kita tidak mendengar perkembangan terkini pelakon yang pernah popular dengan watak Anizah dalam drama bersiri ‘Dunia Baru’ satu ketika dahulu.
Anita Baharom atau lebih mesra disapa Nita itu dikhabarkan bakal bergelar isteri sekali lagi setelah hampir setahun bergelar ibu tunggal kepada tiga cahaya mata, kerana kehilangan suami pada Januari lalu.
22 Disember Tarikh Penyatuan Anita & Engku Isyamuddin?

Memetik laporan Harian Metro, Anita bakal disatukan bersama jejaka pilihan hatinya, Engku Isyamuddin Tuan Losin dalam satu majlis ijab qabul pada 22 Disember ini.
Hijabista dimaklumkan bahawa, majlis penuh bersejarah antara pasangan merpati dua sejoli itu akan diadakan di sebuah dewan sekitar Subang Jaya, Selangor.
Manakala, majlis resepsi kedua mempelai pula akan terus dilaksanakan pada keesokan harinya di lokasi sama.
Artikel berkaitan: Lima Tahun Kahwin, Hingga Isteri Tajul Akhirnya Berhijab – Netizen Doa Kekal Istiqamah.
Untuk rekod, Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka yang dikenali sebagai Mohd Ismadi.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka telah dikurnikan tiga orang cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar sebagai penyeri hidup mereka.
Namun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, apabila perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun itu menerima ujian getir dimana sang suami dijemput ilahi pada 1 Januari lalu.
Sumber: Instagram Anita Baharom & Harian Metro
Artikel berkaitan: Nabila Razali ‘Upload’ Gambar Kahwin, Netizen Tertanya Siapa ‘Aisy Mateen’?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di

