Semalam menyaksikan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan mengarahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri di atas kematian Zulfarhan.
Allahyarham dikatakan didera dengan kesan lecur 80 peratus sebelum meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Dalam pada itu warg net melalui laman sosial twitter menzahirkan simpati berterusan kepada kes Zulfarhan ini yang disifatkan sangat kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
Masing-masing memberi respon yang sangat positif kepada mangsa Zulfarhan dan keluarganya.
Tetapi ada netizen mula tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan “Membela diri”, malah, ada yang turut mempersoalkan adakah keputusan itu akan membawa kepada jatuhnya hukuman yang ditetapkan?
Bagi mengelakkan orang ramai daripada sebarang salah faham melalui laporan di Astro Awani, peguam Mohd Redzuan Mohamed Yusoff tampil memberikan penjelasan berhubung perkara ini.
Dipanggil Membela Diri tak bermaksud bersalah.
Harini netizen dilihat gembira meraikan satu kes. Siap kata padan muka, macam-macam lah. Ada jugak page yang dah siap tulis “Di dapati bersalah”. Agak pelik bila netizen yang pakar serba serbi tak perasan belum ada hukuman dijatuhkan. Yang ada cuma dipanggil membela diri.
Perbicaraan 2 peringkat
Untuk semua kes jenayah, perbicaraan ada 2 peringkat:
Ads
Pertama: Peringkat Prima Facie
Pendakwaan perlu membuktikan kes ke atas tertuduh. Pendakwa perlu panggil semua saksi pendakwaan yang material.
Pada peringkat ni, OKT tidak akan memberi sebarang kenyataan. OKT cuma duduk diam-diam dalam kandang tertuduh. Yang beri kenyataan semuanya saksi pendakwa. Bila saksi pendakwa, mestilah semua kenyataan tu akan menunjukkan kesalahan terletak pada OKT.
Di sini selalu netizen membentuk persepsi. Pada peringkat ni, semua yang dinyatakan adalah dari sebelah pihak sahaja.
Tugas peguam pada peringkat ini adalah untuk menunjukkan bahawa tidak ada bukti yang boleh mengaitkan OKT dengan jenayah yang dituduh; sama ada dengan ketiadaan bukti, ketiadaan saksi, kenyataan saksi yang tak kuat, eh banyak la lagi nak kena teliti.
Tugas peguam juga untuk menyebut apa-apa kejadian atau bukti dari sudut OKT. Sama ada fakta kejadian menurut OKT, alibi, kewujudan saksi bebas, atau wujud pembelaan kepada kejadian. (Contoh; bunuh orang untuk tujuan bela diri).
Dihujung kes Prima Facie, mahkamah akan membuat penilaian sama ada Pendakwaan berjaya membuktikan satu kes Prima Facie.
Kalau berjaya, Mahkamah akan ke Peringkat kedua.
Kedua; Peringkat Pembelaan
Ads
Pada peringkat ni, mahkamah telah menerima fakta pertuduhan. Tapi belum secara total. Round kedua ni Mahkamah dengar kenyataan dari OKT dan saksi-saksi pembelaan pula.
Pada peringkat ni OKT boleh pilih antara tiga pilihan:
1- Berdiam diri. Mahkamah akan terus jatuhkan hukuman kerana kes dah terbukti dan tidak dijawab.
2- Beri keterangan di kandang tertuduh. Ni tak kuat sebab kenyataan dia tak boleh di cabar oleh pendakwaan. Ada satu kes dulu dia cuma cakap dalam kandang tertuduh, habis dituduh semua orang. Penerimaan Mahkamah kepada kenyataan ni juga tak kuat. Ye la, kalau cakap betul, kenapa takut kena soal balas kan.
3- Kenyataan dari kandang saksi dalam keadaan bersumpah. Yang ni kuat. Tapi berpeluh la kena gasak.
OKT juga boleh panggil saksi-saksi yang menyokong kenyataan OKT
Habis kes pembelaan, mahkamah akan menilai semula kes secara keseluruhan. Dari awal balik.
Kenapa?
Ads
Kerana pada peringkat awal, walaupun lawyer ada kata hal-hal yang menyokong OKT, ada kalanya ia tak kuat. Mahkamah nak dengar dari saksi.
Bila saksi dah dipanggil, dan kenyataan tu menyokong dan membuktikan kenyataan OKT, mahkamah perlu bebaskan OKT.
Kalau tak, maknanya kes Prima Facie pendakwaan tu kekal la.
Bila kekal, baru mahkamah boleh sabitkan. Baru boleh jatuh hukum.
Malah, mahkamah boleh buat pindaan kepada pertuduhan.
Adakah pembuktian Prima Facie ni dah menang kes?
Tak juga. Tapi ia dah lebih dari 50% nak menang dah. Bergantung kepada pembelaan yang digunakan.
Dan jangan lupa, ada pula proses rayuan, yang dah kami terangkan sebelum ni.
Jadi dalam kes yang viral harini, kita baru dengar dari sebelah pihak. Sekarang kita perlu mendengar dari pihak satu lagi. Baru adil.
Alaa.. masa kau kecik-kecik dulu, bila bergaduh adik-beradik, tiba-tiba kau kena sebat sebab kau abang, mesti kau tak puas hati kan. Tak dapat bela diri tapi kena hukum, padahal adik kau yang buat hal.
Sama la konsep dia. Kena dengar dua-dua pihak. Kena nilai pula kenyataan kedua-dua pihak. Baru buat keputusan.
Niat untuk berhijrah sudah lama ada tetapi dek kerana tuntutan kerja menyebabkan personaliti ini belum bersedia untuk berhijab. Namun setelah berkahwin, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Apatah lagi ketika itu Intan Liana juga turut mengambil keputusan untuk berhenti kerja demi memberi tumpuan kepada rumah tangga juga atas arahan Imamnya ketika itu.
Namun tiada siapa menduga kebahagiaan yang dikecapi hanya mampu dilalui selama 5 tahun sahaja kerana takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Walau diduga ujian maha berat, namun Intan Liana reda dan akan terus istiqomah dengan apa yang telah berlaku.
“Sebelum berkahwin saya dulu adalah seorang penari. Selama 9 tahun menjadi penari sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti setelah berumah tangga. Niat sebelum itu memang ada nak berhijab, tetapi kerjaya sebagai penari tidak begitu bersesuaian ketika itu.
“Setelah berkahwin, saya mengambil keputusan berhijab hinggalah sekarang ini. Tiada siapa mendorong berhijab sebaliknya hidayah datang tepat pada waktunya. Sepanjang lima tahun saya berhijab tidak pernah terlintas untuk membukanya. Bahkan saya rasa selesa dan selamat setelah memakainya,” ungkap Intan Liana yang gemarkan fesyen unik sejak dulu lagi. Ramai sudah maklum bahawa dia kini bekerja keras demi menyara kehidupan setelah ditinggalkan suaminya.
“Walaupun diduga saya tidak akan sesekali buka tudung. Biarpun sebelum ini saya memang ada terfikir untuk kerja balik sebagai penari kerana hanya pekerjaan itu yang saya tahu buat. Tetapi bila saya fikir-fikir balik agak susah kerana saya kini sudah berhijab.
“Jadi apabila ada tawaran daripada Datuk Seri Aliff Syukri saya anggap itu rezeki. Bukan itu sahaja, saya juga terikat menjadi model pakaian raya untuk jenama AshhAnnas. Buat masa ini memang saya fokuskan sebagai model muslimah secara sambilan. Saya juga tidak terfikir untuk cari kerja tetap kerana fokus dengan apa yang ada ada depan mata dulu,” tambahnya yang mempunyai dua orang anak lelaki berumur 3 tahun dan 1 tahun 4 bulan.
Menurut Intan juga anak-anak dan keluarga jadi sumber kekuatannya dalam menghadapi kesukaran yang tidak diduga ini.
“Saya perlu kuat untuk anak-anak. Walaupun kadang-kadang hati saya jadi rapuh dan apabila teringat perkara lalu buat saya menangis. Oleh kerana sebelum ini saya adalah suri rumah tangga, jadi urusan menjaga anak memang terletak pada bahu saya.
“Jadi apabila ada sebarang shooting atau kerja, saya akan bawak anak-anak. Susah untuk tinggalkan mereka, lebih-lebih lagi anak yang masih kecil kerana masih menyusu badan. Baru saya cuba-cuba untuk beri susu botol. Cuma kadang-kadang ayah dia akan ambil seorang terutama anak yang sulung. Dalam hal ini saya tidak hadkan hubungan antara ayah dan anak,” jelasnya yang tekad untuk bekerja dengan lebih kuat dan bersungguh-sungguh demi kelangsungan hidup.
Ditanya persediaan menyambut ramadan tahun ini, Intan memberitahu semuanya sama kecuali kelainan tiada suami di sisi. Kalau dulu menurutnya akan fikirkan untuk sediakan juadah buat suami, tetapi kali ini hanya akan menyambutnya bersama keluarga.
Intan ditemui ketika majlis pelancaran Innersejuk X Lily Petuna di Subang minggu lalu. Kehadirannya walaupun lambat tetapi dia tetap memberikan sepenuh kerjasama dengan pihak penganjur. Innersejuk adalah produk anak tudung keluaran pertama di Malaysia yang menggunakan teknoogi Drichill.
Ditubuhkan sejak tahun 2014 dan keistimewaannya adalah mampu membuang haba berlebihan, menyerap peluh dan cepat kering, tidak mencekik, tidak ketat dan selesa serta tahan lama walaupun dibasuh dan dijemut berulang kali.
Hadir bekerjasama dengan label Lily Petuna dalam satu pertunjukan fesyen dan innersejuk kali ini didatangkan dengan pelbagai warna terang yang menarik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Lain orang lain kelebihan yang dikurniakan kepada Ilahi. Baru-baru ini viral kisah seorang instafamous yang dikatakan gagal dalam kebanyakan mata pelajaran. Pengakuan berani itu menyebabkan dirinya dikecam netizen. Berlainan pula kisah gadis ini yang turut terpanggil menjawab persoalan diajukan kepadanya berhubung isu ini.
Dia yang yang dikenali dengan nama Kak Citi Awe sering muncul dalam video Mat Lutfi ini juga merupakan seorang ahli farmasi yang cukup cemerlang dalam pelajarannya.
Menurut Kak Citi Awe setiap orang itu mempunyai kurniaan atau kebolehan yang berlainan. Dan masing-masing terpulang pada rezeki masing-masing.
My DM is full with request to talk about this, so here is my comment.
Lain orang Allah kurniakan kebolehan yang berlainan. Ada yg tak rajin study tapi jenis cepat pick up. Ada org pandai tapi family susah jadi tak dapat focus belajar, result tak gempak. Ada orang rajin belajar tapi result masih biasa2. Ada yang tak pandai akademik tapi skill dan kemahiran lain luar biasa power dia. Rezeki masing2.
Dia turut mengingatkan adab dengan guru. Cepat-cepat minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab.
Tak kisah la 17A+ ke 7G ke 4flat setiap sem ke, yang penting kita berusaha betul2. Adab menuntut ilmu, adab dengan guru, budi bahasa. Dulu takut sgt kalau cikgu kecik hati. Setiap patah keluar dr mulut sgt berhati-hati. Kalau result tak elok cepat2 minta maaf dengan cikgu takut ada ilmu terhijab.
Pesannya lagi jangan sampai tak belajar sebab seronok dapat duit paid review. Takut kalau Tuhan cabut nyawa awal.
Followers & fame ni temporary je. Nak tiktok & musically berpada-padalah adik2, jangan sampai tak belajar sbb seronok dapat duit paid review. Jauh lagi perjalanan hidup kita ni. Tu pun kalau tuhan tak cabut nyawa awal.
Tak pandai takpe, janji jadilah manusia yang menyumbang kepada masyarakat.
Kalau tak nak sambung belajar takpe, tapi jangan cakap “aku belajar takat SPM, takde pelajaran pun lagi kaya” sebab hidup kita ni bukan duit semata2. Dan yang paling penting, tak pandai takpe. Janji jadi lah manusia yang menyumbang kepada masyarakat, tak buang sampah tepi jalan, tukar lane bagi signal & flush lepas bae-rak.
Turut dipaparkan keputusan SPM 10 tahun lalu. Bukan untuk menunjuk tetapi sekadar berkongsi pengalaman betapa pelajaran itu penting untuk masa depan.
Disclaimer just in case, i sat for my SPM 10 years back. Dah tkde makna dah pun nk berlagak show off result. Org umur 27 berlagak dgn result SPM ni umpama berlagak menang pertandingan mewarna masa darjah 3. In fact sekarang pun i am just a mediocre junior pharmacist, clinical pun tak power. Itu sahaja pesanan khidmat masyarakat daripada kakcitiawe
Setiap kali musim cuti tiba, segerombolan rakyat Malaysia akan menuju ke tempat peranginan ala-ala empat musim. Pastinya Cameron Highlands, kerana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan tempatan yang paling popular yang menjadi tumpuan ramai.
Apa yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia melancong di Cameron Highlands kerana cuaca yang sejuk dan pemandangan panoramik, apatah lagi dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan. Media sosial menjadi rujukan utama para pengunjung sebelum datang ke sini, apa yang di muat turunkan warganet semuanya indah-indah berlaka.
Rupa-rupanya sebenarnya banyak cerita tentang destinasi percutian popular di Pahang yang orang ramai tidak tahu! Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Alia Rizki (@nraliia) melangkah ke hadapan untuk memberi sedikit pencerahan tentang kehidupan di Cameron Highlands.
Catatan mengejutkan raih 1.6 juta tontonan
“Orang sering berkata seronok tinggal di Cameron Highlands. Tunggu geng kedua,” tulis netizen itu. Menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok, hijabi ini mendedahkan dia kerap memakai stokin di dalam rumahnya kerana lantai mozeknya terlalu sejuk. Selain itu, beliau turut menyatakan proses memasak juga akan mengambil sedikit masa kerana minyak masak memerlukan masa untuk dipanaskan.
Bukan itu sahaja, Alia turut berkongsi sering terpaksa mencuci tangan dan pinggan mangkuk dengan cepat akibat air yang sejuk. “Malas nak cuci pinggan, sebab airnya macam ais. Selain itu, makanan menjadi sejuk dengan cepat. Kami juga memerlukan dua lapisan selimut untuk tidur, jika tidak, anda akan menderita di tengah malam,” sindirnya. Semasa waktu mandi, Alia juga perlu menetapkan pemanas air pada suhu maksimum!
Catatan pengguna media sosial itu, yang telah mengumpul lebih 1.6 juta tontonan pada masa penulisan, disambut dengan banyak reaksi lucu daripada netizen tempatan. Berikut adalah beberapa komen yang dikongsi oleh mereka:
Di sebalik pendedahan mengejutkan yang diberikan olehnya pada catatan TikToknya, Alia menjelaskan bahawa dia masih menikmati kehidupannya yang tenang dan damai di Cameron Highlands. 😀
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
SUMBER: Tiktok
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...