Terkadang menyolek wajah dengan efek magis mampu jadikan wajah bak bidadari dunia. Namun berhati-hati dengan trik solekan yang diaplikasikan. Silap mekap boleh menjadikan wajah anda tua dari usia sebenar. Namun usah risau, selesaikan segala kekalutan dengan 6  cara yang salah dan mampu membuatkan raut wajahmu tampak ‘older than your age’. Tentunya anda tidak mahu menghadapi kesulitan ini yang akan menyebabkan penampilan kurang menyerlah.

Kesilapan 1: Menggunakan Terlalu Banyak Bedak Asas

Satu lapisan bedak asas yang terlalu tebal memang boleh menutup garis-garis halus dan kilauan pada kulit anda. Pabila membeli ‘foundation’, elakkan produk ‘matte’, ‘velvet’ dan tahan lama, tetapi carilah produk formula yang lebih ringan.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Kesilapan 2: Terlalu Menyembunyikan Lingkaran Di Bawah Mata

Menyembunyikan lingkaran gelap bawah mata dengan ‘concealer’ tebal tidak sesuai kerana ia juga akan menarik perhatian kepada garis dan lebam yang biasanya muncul di kawasan itu kerana kulit paling nipis di bahagian itu.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Kesilapan 3: Memakai Celak Hitam

Memakai celak adalah satu trik untuk membuat mata anda kelihatan lebih besar tetapi pilih rona coklat berbanding hitam. Jikalau mengenakan celak dengan adunan warna bundar, mata akan nampak lebih besar secara asli.

Ads

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Kesilapan 4 : Memakai Penggaris Bibir

Pensel bibir atau penggaris bibir digunakan supaya gincu kelihatan terletak pada bibir anda dan tidak comot. Jika anda memakai penggaris bibir dengan terlalu banyak, atau dengan warna yang terlalu gelap, ia akan membuatkan bibir anda kelihatan seperti robot dan ‘ketat’.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Ads

Kesilapan 5 : Tidak Memakai Pemerah Pipi

Pemakaian ringan pemerah pipi boleh merubah penampilan wajah anda. Dan, jika digunakan dengan betul, pemerah pipi boleh memberi kesegaran dan menampakkan keremajaan wajah anda. Gunakan berus berbulu besar, dan sapukan pada pipi anda secara membulat, bukan hanya dalam satu garisan menaik.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

 

Ads

Kesilapan 6: Warna Pensel Bulu Kening Terlalu Gelap

Warna bulu kening anda pudar selari dengan umur anda, jadi pensel kening yang anda gunakan pada umur 25 tahun akan nampak terlalu terang jika digunakan pada umur 50 tahun. Pilih satu warna yang lebih ringan dan terang daripada warna kening semula jadi.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Ekstra Info:

Rahsia cantik wanita Greece ialah mengamalkan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin sihat yang baik untuk kulit dan rambut. Diet Mediterranean ini dipercayai menjadi kunci kepada kecantikan kebanyakan wanita Greece.Ayuh!… ‘go go green’.

6 Kesilapan BESAR Ketika Mekap Kalau Dilakukan Boleh Buat Wajah TUA Dari Usia Sebenar. No 6 Jangan Sesekali Buat!

Artikel Berkaitan: Cara Cantik ‘Baby Face’ Puteri Sarah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI