Sebagai seorang Muslim, tahukah kita kenapa berselawat itu amat ditekankan dalam kehidupan seharian? Mungkin ada yang tak perasan, kita sebenarnya berselawat dalam setiap kali solat (ketika bacaan tahiyat) serta setiap kali memulakan dan mengakhiri doa. Selain itu, kita digalakkan untuk berselawat pada bila-bila waktu di luar solat dan apabila nama Baginda disebutkan.
7 Kepentingan Selawat Yang Ramai Terlepas Pandang
1. Ia Adalah Perintah Allah
Anjuran untuk berselawat adalah sesuatu yang dirakamkan di dalam Al-Quran. Dalam surah Al-Ahzab ayat 56, Allah berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah S.W.T. dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Maka, wahai mereka yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya dengan sebaik selawat dan salam.”
Sedangkan Allah serta para malaikatNya juga sentiasa melahirkan rasa hormat dan kasih sayang kepada baginda, apatah lagi kita sebagai hamba yang serba kekurangan ini.
Oleh sebab itu, berselawat ke atas Rasulullah adalah salah satu cara kita menurut perintah Allah di samping mengingati segala jasa baginda dalam memperjuangkan Islam serta peribadinya yang unggul.
2. Allah Membalas Selawat HambaNya
Walaupun berselawat nampak mudah, namun fadhilatnya besar sekali bagi mukmin yang melaziminya. Allah mengasihi hambaNya yang sentiasa meletakkan Rasulullah di dalam hati.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [HR Muslim]
Jika kita berzikir dan berselawat dengan memohon supaya Allah melimpahkan kemuliaan, kehormatan, dan kepujian kepada Nabi Muhammad, Allah pula membalas selawat kita dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada kita.
3. Membuang Kerisauan
Selawat adalah jaminan terpelihara dan terselamatnya kita daripada segala apa yang mendukacitakan dan membimbangkan dari perkara dunia dan akhirat. Seperti yang disebutkan dalam sebuah Hadis Tirmizi, Imam Ahmad, dan Hakim:
Dari Ubai bin Ka’ab, r.a. katanya:
IKLAN
“Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?” Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”; Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”; Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku” Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku” Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik – untukmu”;
Aku berkata:
“(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”; Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu …”
4. Diampunkan Dosa
Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.
IKLAN
Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [HR An-Nasaie]
Sebagai seorang hamba, kita tidak pernah terlepas dari melakukan kekhilafan. Oleh itu, berselawat boleh membantu kita menghapuskan dosa-dosa.
5. Rasulullah Membalas Ucapan Salam
Walaupun kita tidak pernah bertemu dengan Rasulullah, seorang mukmin sejati perlu menghidupkan rasa kerinduan terhadap Nabi sama seperti Nabi yang sentiasa kasih akan kita iaitu umat selepas zamannya.
Selawat merupakan cara istimewa buat umat Nabi Muhammad menyampaikan kata salam dan doa kepada Baginda. Setiap selawat yang dialunkan akan dikirimkan ke Rasulullah melalui malaikat. Rasulullah pula membalas ucapan salam tersebut.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku), melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [HR Abu Daud dan Ahmad, Riyadus Solihin]
6. Meraih Syafaat Daripada Rasulullah Di Akhirat
Selain mengamalkan sunnah dalam rutin harian serta menteladani pekertinya yang mulia, berselawat kepada baginda juga dituntut terutamanya pada hari Jumaat. Ini kerana Rasulullah lebih dekat dengan hambaNya yang sentiasa berselawat untuknya.
IKLAN
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari Jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti). [HR Abu Daud]
7. Doa Mudah Terkabul
Allah juga menyalurkan banyak cara supaya doa lebih mudah diterima, dan salah satunya adalah dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad.
Ali bin Abi Talib r.a berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.” [HR Imam Ath-Thabrani]
Hidupkan Sunnah!
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Semoga usaha kita mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada Allah.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Nabilah Bahrin atau lebih dikenali sebagai Kak Nab telah berkongsi mengenai pengalaman suka dukanya yang bermula dengan hanya menjual barangan melalui ‘car boot sales’
Pasti anda familiar dengan figura seorang ini yang sering tular dengan video makeup di laman media sosial iaitu ‘Mudahnya makeup-by kaknab’. Bukan sahaja video makeup, kini dia juga sering tular di TikTok dengan video-video makanan. Kak Nab juga sering menjadi kegemaran ramai dan terkenal dengan celotehnya (‘beletiaq’) dalam loghat utara. Suka betul dengar!
Berusia 31 tahun, Siti Nabilah Dol Bahrin atau Kak Nab ini telah memiliki empayar sendiri dalam bidang kosmetik iaitu Averly Cosmetics dan juga butik pakaian iaitu Nabella Butik. Mari dalami kisah usahawan ini dengan lebih lanjut!
Mula berniaga lapan tahun lepas
Memetik perkongsiannya bersama Nona, usahawan wanita ini mendedahkan bahawa dia mula berniaga kira-kira lapan tahun lepas.
“Terdetiknya mahu berniaga sekitar tahun 2014. Dengan hanya berbekalkan modal RM500 dari kawan lelaki yang sekarang dah jadi suami, saya gigih jual tudung dekat Pasar Tani, Pasar Malam termasuk Car Boot Sale.”
“Sebelum ini saya pernah bekerja di sektor perbankan. Pagi kerja di bank, sebelah malam pula saya berniaga di pasar. Memang letih tapi puas. Alhamdulillah, saya sentiasa dapat sokongan daripada keluarga dan kawan-kawan.” ujar usahawan wanita ini.
Kak Nab juga telah meluahkan rasa syukur kerana melalui perniagaan ini dia belajar erti hidup susah.
“Sejak zaman universiti lagi saya dah mula berniaga kecil-kecilan. Saya jual barang-barang terpakai kepunyaan sendiri secara Door to Door. Ketuk pintu rumah orang untuk menjual sebab kawasan tersebut jauh dari kedai dan supermarket.
“Sebenarnya sejak awal berniaga, untung yang saya dapat tak adalah banyak mana. Lebih kepada kepuasan dan bantu tampung perbelanjaan yang kurang.” tambahnya lagi.
Permulaan perniagaan
Kak Nab juga telah berkongsi mengenai keseronokan bekerja sendiri dan titik permulaan perniagaannya iaitu Nabella Butik.
“Seronoknya berniaga sebab kita boleh rancang masa sendiri, tambahan pula bila dah ada anak. Sebab itu jugalah saya berhenti kerja dan serius berniaga. Kira-kira dua tahun kumpul duit jualan tudung barulah saya mampu buka butik dengan kos RM15,000.”
Menurutnya, Nabella Butik ini pada awalnya berkonsepkan vendor, tapi bila dah ada modal lebih, dia mula membawa masuk barang sendiri seperti baju, tudung,
handbag, kasut dan macam-macam aksesori.
Setelah itu, apabila dia sudah dikenali dan mempunyai ramai pelanggan, dia cuba untuk mengembangkan perniagaannya dalam bidang kosmetik pula iaitu Averly Cosmetics. Produk kosmetiknya itu kini sudah pun memiliki empat produk iaitu Beauty Oil, Foundation, Krim Jerawat dan Magic Gloss.
Bangkit semua setelah ditipu
Bak kata pepatah ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Perjalanan untuk mencapai kejayaan ini bukannya sesuatu yang mudah dan pasti ada dugaan tersendiri. Buat usahawan ini, dia juga pernah mengalami kerugiaan sebanyak RM20,000 akibat ditipu.
“Untung hasil jualan di butik, saya labur RM20,000 beli kain untuk koleksi raya. Waktu itu saya ambil khidmat orang tengah. Bila dapat sample, kain memang cantik dan kualiti pun ok. Sebaik saja kain sampai, saya terus hantar jahit tanpa periksa keadaan kain.
“Tailor pula tak maklumkan apa-apa. Hampir tiga puluh peratus dah siap dan dihantar kepada saya untuk cuba..Rupanya, material kain tersebut mudah koyak dan pecah. Sudahnya, saya terpaksa juga bayar kos jahit dan buang semua kain sebab dah tak boleh pakai” ujarnya lagi.
Walaupun pernah ditipu berpuluh ribu ringgit, ianya tidak mematahkan semangat usahawan ini untuk terus bangkit. Dengan hanya berbekalkan usaha dan bermula daripada bawah, kini sudah membuahkan hasil buat usahawan ini. Para hijabi boleh menjadikan kisah Kak Nab ini sebagai inspirasi dan pembakar semangat di masa hadapan.
Baru-baru ini tular berkenaan kisah pelakon jelita, Mimi Rozaiana Zainal Abidin atau lebih mesra disapa sebagai Mimi Lana yang bakal mengakhiri zaman bujangnya bersama aktor kacak, Syafiq Kyle.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian wargamaya adalah satu hantaran di lamam Instagram milik Mimi, yang memaparkan dirinya kelihatan begitu manis dan sopan mengenakan hijab.
Hijabista difahamkan muat naik hantaran tersebut dilakukan Mimi selepas sehari bergelar tunangan kepada Syafiq Kyle.
Bertudung Hadiri Kursus Kahwin, Mimi Lana Terlihat Sopan Dan Anggun!
Menerusi video berdurasi pendek itu, dapat dilihat Mimk Lana yang sedang membetulkan hijab yang dikenakan di dalam sebuah kereta.
“Syukur Alhamdulillah dan terima kasih yang tak terhingga atas segala doa-doa yang baik dari kalian. I am so humbled by your kind words. 🥺🤍
“90 peratus adalah perancangan Allah, hanya 10 peratus yang datang dari saya. Segala yang terlihat dan berlangsung beyond my expectations. Bersederhana itu adalah impian perkahwinan saya dan semua disekeliling merestui dengan mudah,” Tulis Mimi pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Mengulas lanjut katanya, sepanjang kehidupanya selama 27 tahun. Mimi menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama dirinya rasa begitu disayangi oleh ramai orang.
“Ini pertama kali saya rasa sangat sangat disayangi Oleh semua orang sehingga tiada satu pun perasaan yang tidak baik terdetik dalam hati saya. Alhamdulillah..🤲
“Terima kasih yang tak terhingga kepada Allah swt, terima kasih kepada keluarga saya dan keluarga pasangan saya. Tiada kata yang tepat untuk saya gambarkan perasaan saya ketika ini. Allah swt telah mempermudahkan segala-galanya untuk saya. Dan saya Akan terus berdoa urusan saya dan orang orang yang menyayangi saya dipermudahkan di masa akan datang. Insyaallah. Amin ya rabb,” tambahnya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati, wargamaya telah membanjiri hantaran itu dengan memuji penampilan Mimi Lana yang manis berhijab, di samping itu ada juga yang mengambil kesempagan mengucapkan tahniah di atas pertunangannya. Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Cantiknya dik awak bertudung..Nampak lagi manis dan semoga bertambah kebahagiaanmu dunia dan akhirat”
“Tahniah Mimi Lana dan Syafiq Kyle..Semoga dipermudahkan urusan korang.. Even saya kecewa capikk dah nak kawen…”
“Cantiknya Mimi”
“Bakpo la comey dok oh ni”
Sekadar info, menerusi satu hantaran lain, Mimi turut memuat naik gambar tangan Syafiq Kyle yang sedang menyarungkan cincin ke jarinya, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan jejaka pilihan hatinya itu bakal menamatkan zaman bujang masing-masing dalam masa yang terdekat.
“One step closer Insyaallah, Alhamdulillah”, tulisnya pada ruangan kapsyen, hantaran tersebut.
Sehubungan itu, perkara ini telah menjadi bualan hangat dikalangan peminat dan wargamaya, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan terbaharu kedua-dua selebriti pujaan mereka itu.
Justeru, bagi meredakan keadaan Syafiq telah tampil membuat kenyataan bahawa dirinya kini sudah bersedia bergelar suami dan merancang untuk berkahwin dengan Mimi Lana pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Dalam video Instagram, Bieber mendedahkan dia telah didiagnosis dengan keadaan yang dipanggil ‘Ramsay Hunt Syndrome’, yang telah melumpuhkan sepenuhnya bahagian kanan mukanya. Apa itu? Bolehkah ia dirawat? Hijabi kalau ada simpton ini jangan ambil mudah!
Apakah Sindrom Ramsay Hunt?
Sindrom Ramsay Hunt, atau herpes zoster oticus, adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku yang biasanya membawa kepada lumpuh saraf muka dan ruam yang biasanya menjejaskan telinga atau mulut. Ia kadangkala menyebabkan telinga berdengung, atau tinnitus, dan kehilangan pendengaran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
“Ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya dan telah menyebabkan muka saya lumpuh,” kata Bieber dalam videonya.
Keadaan ini disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa iaitu virus varicella zoster. Ia biasanya berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran telinga anda. Paling biasa diketahui meninggalkan ruam kayap yang menyakitkan, sindrom ini juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka dan kehilangan pendengaran dalam kes yang lebih serius.
Apakah tanda-tanda Sindrom ‘Ramsay Hunt’?
Gejala yang paling biasa ialah ruam merah, hujan di sekeliling telinga, muka lemah dan lumpuh. Sakit telinga, kehilangan pendengaran, tinnitus, mulut dan mata kering dan kesukaran menutup sebelah mata juga merupakan gejala biasa keadaan ini.
Adakah Sindrom ‘Ramsay Hunt’ menular?
Tidak, tetapi pengaktifan semula virus boleh menyebabkan serangan cacar air pada individu yang tidak pernah menghidap penyakit itu atau telah diberi vaksin untuknya.
Bolehkah Sindrom ‘Ramsay Hunt’ dirawat?
Walaupun penyakit itu hampir selalu hilang, dalam keadaan yang jarang berlaku, kelumpuhan muka dan kehilangan pendengaran boleh menjadi kekal, kata doktor dalam satu temubual di The New York Times.
Individu yang menghidapi sindrom ini, biasanya diberi ubat anti-virus dan dalam kes yang lebih serius, steroid. Dalam catatan Instagramnya, Bieber berkata bahawa dia sedang mengamalkan senaman muka.
SUMBER:The New York Times
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!