Jerawat di wajah sering datang tanpa diundang dan sukar pergi meskipun sudah ‘diusir’ dengan banyak kaedah yang sedia ada. Ia merupakan salah satu masalah kulit yang sentiasa menjadi penghalang khususnya kaum wanita untuk tampil yakin dengan kecantikan diri sendiri.
Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik merawat masalah parut jerawat, apatah lagi jenis parut yang dalam lubangnya disebabkan jerawat batu. Jika ingin menggunakan kaedah klinikal, ia mungkin menelan kos yang tinggi dan jumlah yang banyak. Jadi, kali ini team Hijabista akan berikan tip nak hilangkan jerawat menggunakan cara tradisional. Yang paling menarik, anda hanya perlukan buah-buahan!
ARTIKEL BERKAITAN: Cara Menghilangkan Jerawat Buta Tanpa Menggunakan Produk Penjagaan Kulit
Percaya tak anda boleh menghilangkan jerawat dengan menggunakan cara tradisional iaitu buah-buahan? Umum mengetahui buah-buahan sangat kaya dengan nutrien dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Tambahan itu, ia juga membantu melawan masalah jerawat pada kulit. Antara jenis buah yang bagus untuk masalah jerawat ialah:
Pisang kaya dengan vitamin, mineral, dan asid lemak yang boleh membantu merawat jerawat dan banyak masalah kulit yang lain termasuk parut, jeragat, dan warna kulit yang tidak sekata. Namun, manfaat terbanyak bukan terletak pada buahnya namun kulitnya. Kulit pisang mengandungi vitamin C, E , kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid yang juga memabntu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.
Caranya: sapukan secara terus dan kerap ke atas kulit yang bermasalah. Cukup sekadar dilakukan sekitar seminggu sekali untuk mendapatkan kesan yang positif.
Buah kedua adalah epal. Umum mengetahui epal memiliki sifat antibakteria dan antioksidan yang boleh membantu kulit melawan bakteria serta radikal bebas sekali gus membersihkan kulit daripada masalah jerawat.
Caranya: Anda hanya perlu mengisar buah ini sehingga menjadi bentuk pes sebelum ia disapukan pada kulit yang bermasalah, biarkan, kemudian bilas dan ulang proses sama sekitar 1 ke 2 kali seminggu.
Anggur dianggap sebagai ratu buah. Buah ini mudah didapati di pasaran sepanjang tahun. Bukan sahaja manis dan lazat, tetapi ia juga padat dengan nutrien penting yang menyokong kesihatan badan anda. Tambahan itu, buah anggur mempunyai elemen resveratrol
serta phytoalexin yang dipercayai mampu membantu merawat jerawat dan dalam masa sama mengurangkan masalah parut jerawat.Caranya: Hancurkan beberapa biji buah ini untuk dijadikan pes sebelum disapukan pada kulit. Untuk hasil lebih baik, boleh ulang proses ini 1 ke 2 kali seminggu.
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, malah juga untuk kecantikan. Buah betik mengandungi khasiat yang tinggi dan bagus untuk merawat pelbagai masalah. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E. Buah ini secara semula jadi sangat baik untuk kulit berjerawat. Kalau anda nak tahu, betik memiliki enzim papain di mana secara semula jadi menanggalkan sel kulit mati dan membuka liang roma untuk menyampaikan nutrien penting.
Caranya, hancurkan sebiji betik kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
Tomato mengandungi beta-karotena, kandungan yang boleh melindungi dan merawat kulit daripada masalah jerawat. Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri. Disamping itu, sifat asid tomato juga menjadikannya salah satu bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Caranya: Untuk hasil terbaik, sapukan pes tomato setiap hari dan sapu pada kulit muka yang bermasalah.
Keluarga buah beri memang diketahui mempunyai khasiat yang banyak. Strawberi mengandungi kandungan asid salisilik
semulajadi, yang membantu membersihkan kulit wajah. Tambahan itu, strawberi juga mengandungi vitamin dan polifenol yang menguatkan lagi sistem perlindungan kulit dan berfungsi untuk membantu mencegah masalah seperti jerawat.Caranya: hancurkan beberapa buah strawberi kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Masalah Jerawat Tumbuh Di Pipi, Ada Punca Yang Anda Tak Perasan
Demikianlah beberapa tip mengenai buah yang membantu menghilangkan jerawat iaitu betik, strawberi, anggur, kulit pisang, tomato dan epal. Namun, perlu diingat bahawa tip di atas hanyalah panduan alternatif yang mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Sama juga macam kita memakai skincare, ada produk yang bersesuaian dan ada yang tidak. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang serius, anda harus mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada pakar.
Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.