Tidak kira apa jua panggilannya, tudung, selendang, hijab, ‘shawl’, penambahan aksesori bukan sahaja mampu membuatkan anda tampil cantik kala menggayakannya, bahkan anda akan rasa hebat memakainya mengikut kesesuaian aktiviti harian.
Tetapi tunggu! Sebelum anda berputus asa dalam usaha untuk menggayakannya, HIJABISTA tampilkan beberapa tip dalam usaha menggayakan barang-barang kemas dan perhiasan di samping mengekalkan imej berhijab!
Tika mengenakan hijab polos tanpa motif, gunakan skarf bermotif atau sebaliknya. Skarf biasanya digunakan untuk melengkapi tampilan hijab turban yang menghabiskan seluruh bahagian hijab di atas kepala. Dengan menggunakan skarf, bahagian leher dan dada mampu diselindungkan.
Tidak perlu merasa ragu-ragu untuk memilih aksesori kalung yang akan digunakan, hanya perlu sesuaikan dengan gaya dan acara yang akan dihadiri. Jika ingin bergaya secara kasual, padankan sahaja kalung dengan hijab berona cerah.
Tidak disangkal lagi peri pentingnya mengenakan kaca mata buat hijabi tika panas mentari memancar bumi. Namun tidak salah jika sesekali berfesyen, kaca mata memang mempunyai peranan yang penting untuk penampilan si manis hijabi.
Usai melilit hijab, gunakan pin pelbagai bentuk untuk disematkan di hijab bahagian sisi telinga agar terlihat kemas dan tidak terurai.
Pelbagai ajnas gelang, cincin dan jam tangan dapat digayakan untuk menonjolkan lagi penampilan. Pemakaian aksesori tersebut dapat menambah penampilan terlihat mewah.
Tas tangan ini merupakan suatu wadah atau tempat yang digunakan untuk meletakkan barangan supaya dapat dibawa ke mana pun. Dalam dunia fesyen, tas tangan mempunyai peranan sangat penting, dan sangat terlihat menonjol apatah lagi jika ronanya temerang.
EKSTRA TIP
Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh. Ia adalah untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.