Nissa Sabyan, penyanyi gambus berusia 25 tahun yang mencipta nama bersama kumpulan muzik terkenal Sabyan Gambus sebagai vokalis.
Dia ikenali sebagai salah seorang selebriti berhijab yang sangat up to date berhubung penampilannya yang kontemporari.
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, hijabi muda yang sering mengikut trend fesyen semasa namun masih kelihatan sopan sesuai dengan ketetapan agama Islam.
Sememangnya, penampilan penyanyi kumpulan muzik Sabyan ini sentiasa menjadi rujukan trend di kalangan hijabi di Indonesia.
Melalui platfom media sosialnya, Nissa sering berkongsi OOTDnya.
Dia sentiasa kelihatan memukau dalam setiap outfit yang digayakan walaupun ketika tidak membuat persembahan.
Hijabista kongsikan 6 inspirasi gaya selebriti cantik berusia 25 tahun ini: –
Bagi anda yang ingin tampil feminin, penampilan Nissa yang berbaju putih dengan skirt dan tudung rona senada ini boleh dijadikan inspirasi.
Anda juga boleh menggabungkan sweater dengan seluar jeans untuk menjadikan penampilan anda lebih stylish.
Penampilan ringkas dengan t-shirt berjalur melintang digabungkan dengan skirt membuatkan penampilan Nissa Sabyan ini cukup manis.
Pemakaian t-shirt dan skirt digabungkan dengan seluar jeans luar menjadikan penampilan Nissa Sabyan ini sesuai untuk golongan muda.
Nissa kelihatan feminin dengan memakai tunic putih digabungkan dengan seluar panjang hitam, menjadikan penampilan ringkasnya kelihatan memukau!
Gaya Nissa Sabyan ini boleh ditiru. T-shirt bersaiz besar digabungkan dengan skirt 3/4 dan kemudian ditambah seluar.
BACA JUGA: 3 Gaya Tudung Ala NISSA SABYAN, Ringkas Namun Tetap Kelihatan Bergaya!
Untuk info, Nissa Sabyan bersama kumpulan muziknya terkenal dengan lagu-lagu berunsurkan dakwah serta selawat seperti Deen Assalam dan Ya Habibal Qolbi.
Kebanyakan lagu-lagu mereka menjadi trending di saluran YouTube.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI