Hijabi hari ini kebanyakkannya memilih untuk bekerjaya dan tak dapat dinafikan ramai di kalangan mereka yang mempunyai karier yang mantap. Golongan ini biasanya tak dapat mengelakkan diri dari mempunyai rutin hidup yang sibuk apatah lagi sekiranya sudah berumah tangga.
Mereka perlu menyeimbangkan masa antara kerjaya dan juga keluarga. Tapi dalam menjalani hari-hari yang sibuk, ia bukanlah alasan untuk hijabi tidak melakukan amal ibadah bagi menambah saham akhirat.
Pada zaman yang teknologi di hujung jari, ada beberapa ibadah yang boleh dipraktikkan secara on the go oleh hijabi walaupun ketika sedang bekerja. Apa yang perlu hanyalah keinginan dan usaha untuk melakukannya.
Tak dinafikan separuh dari masa kita sebenarnya banyak dihabiskan di atas jalan raya. Ada waktunya kita terperangkap berjam-jam lamanya akibat kesesakan lalu lintas.
Daripada merungut atau melayan media sosial, ada baiknya hijabi menambah ilmu dengan cara mendengar ceramah atau kuliah agama melalui YouTube, saluran radio mahupun cakera padat. Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan hati yang panas akibat kesesakan.
Selain mendengar kuliah agama di dalam kereta, hijabi juga boleh mengisi masa dengan membasahkan bibir dengan lafaz tasbih zikir sebagai cara mengingati Allah SWT.
Sementara memandu ke tempat kerja atau bertemu klien misalnya, alunkan bacaan zikir tasbih, takbir, tahmid, serta istighfar. Ia juga mampu menjadi penenang hati tatkala berdepan dengan masalah dan kesedihan.
Luangkan sedikit masa, paling tidak 10 minit sehari, untuk membaca surah-surah pendek. Waktu terbaik adalah sebelum hijabi memulakan urusan di pejabat ataupun ketika waktu makan tengah hari. Sambil itu fahami juga terjemahannya agar bacaan lebih bermakna.
Selawat ke atas Nabi junjungan kita adalah amalan yang mudah untuk dilakukan hijabi. Seperti juga zikir, ia boleh diamalkan pada bila-bila masa saja termasuk ketika di tempat kerja.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda “Sampaikan dariku walau sepotong ayat…’ jadi daripada menghantar mesej di aplikasi telefon atau laman sosial yang berbaur gossip atau mengumpat kepada rakan, lebih elok jika hijabi menghantar mesej makna-makna ayat Al-Quran atau pun info berkaitan hukum hakam yang boleh digunapakai. Ini juga salah satu cara memanjangkan ilmu agama, insya-Allah ada ganjarannya.
Apa ada dalam aplikasi ZAYAN ini? Amalan yang disebutkan di atas seperti membaca Al-Quran, berzikir dan menambah ilmu agama dapat dipermudah dengan aplikasi ini.
Aplikasi ini sebenarnya adalah sebahagian dari ZAYAN, iaitu sebuah destinasi gaya hidup muslim moden yang mengetengahkan perkongsian info terkini termasuk fesyen, teknologi, hiburan dan macam-macam lagi
Selain memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, ia turut mengetengahkan lagu-lagu terkini bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.
Tidak hanya itu, brand radio ini turut menyelitkan nilai-nilai agama dalam penyampaian melalui barisan penyampai mereka iaitu Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq.
Bagi hijabi yang sibuk, aplikasi ZAYAN ini amat membantu memudahkan kita melakukan amal ibadah setiap hari dalam keadaan yang lebih teratur.
Hijabi juga tidak perlu memuat naik pelbagai aplikasi berbeza kerana aplikasi ZAYAN lengkap untuk membantu ibadah solat, bacaan Al-Quran, zikir malah boleh mengetahui tips-tips harian yang bermanfaat.
Aplikasi ZAYAN boleh dimuat turun di App Store (iOS) dan Google Play Store (Android).
Antara fungsi aplikasi Zayan yang sangat berguna kepada Hijabi di luar sana ialah:
Aplikasi ini mengandungi perisian waktu solat (Prayer Time) mengikut lokasi yang dilengkapkan dengan fungsi arah kiblat bagi memudahkan hijabi bersolat di mana saja. Untuk mengelakkan terleka dengan urusan kerja, pasangkan notifikasi untuk mengingatkan masuknya waktu solat sekaligus membolehkan hijabi sentiasa solat di awal waktu.
Mengandungi ciri Quran yang memaparkan bacaan video Al-Quran selama 30 hari. Ini bermakna hijabi boleh mengaji mengikut surah dengan lebih teratur. Hijabi juga boleh mendengar dan mengikut sekali bacaan ini yang dibahagikan kepada 5 video sehari sambil belajar membetulkan bacaan.
Aplikasi ZAYAN turut dilengkapi dengan ciri Tasbih yang berfungsi seperti rantai tasbih. Setiap 33 bacaan tasbih akan diberi tanda bagi memudah dan melancarkan zikir. Jadi tidak timbul lagi kekeliruan dengan kiraan.
Bagi hijabi yang selalu keluar untuk temu janji, ciri Mosque Finder atau pencarian masjid terdekat dalam aplikasi ZAYAN juga akan memudahkan urusan menunaikan solat lima waktu dengan lebih sempurna.