6 Butik Wajib Singgah Untuk ‘Last Minute Shopping’ Jika Hijabi Berada Di Sekitar Damansara

Share

Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadan akan pergi tinggalkan kita dan Syawal pula bakal menjelma. Hijabi kini pasti sedang sibuk dan kalut dengan persiapan Hari Raya. Tidak dapat dinafikan, sesetengah hijabi lebih suka membeli-belah di saat-saat akhir kerana tidak sempat membeli-belah dan sibuk dengan kerja.

Kebiasaanya, membeli-belah di saat akhir juga lebih untung kerana anda tentu akan dapat lebih banyak diskaun. Betul tak? Okay, kalau anda berada di sekitar Damansara dan masih mencari-cari baju raya yang cantik-cantik, Hijabista cadangkan 6 butik yang boleh anda pergi. Paling penting, baju-baju yang dijual memang stailo.

1. Poplook

Poplook sentiasa hadir dengan rekaan yang unik dan stailo. Dalam masa yang sama, ia tetap mengekalkan ciri-ciri muslimah yang mahu tampak sopan dan manis. Terletak di The Curve, Mutiara Damansara, anda harus kunjungi butik ini dengan segera kalau tak nak baju yang anda suka kehabisan saiz.

2. Neng Geulis

Terletak di Kota Damansara, Neng Geulis merupakan antara butik yang turut menjual tudung serta busana raya. Tahun ini, Neng Geulis hadir dengan pelbagai pilihan warna bermula daripada warna nude sehinggalah ke warna yang terang.

3. HIJUP

HIJUP merupakan jenama terkemuka di Indonesia yang turut popular di Malaysia. Mengetengahkan konsep fesyen berbentuk Islamik, HIJUP menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia. Jika sebelum ini anda perlu membeli melalui online, kini anda boleh pergi sahaja ke butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara. Tentu Syawal ini anda tampak lebih anggun, sopan dan menawan.

4. Butik NAJJAH

Jika anda merupakan penggemar baju bercorak flora dan abstrak, busana dari butik NAJJAH merupakan pilihan yang tepat untuk anda! Rekaan yang minimalis ini tentu buat hijabi tampak lebih ayu dan manis.

5. Haqqi

Kini anda tidak perlu ke Shah Alam lagi kerana butik Haqqi sudah dibuka di TTDI. Jika anda rasakan Haqqi hanya menjual keperluan haji & umrah, ternyata anda silap! Haqqi turut menjual busana dan hijab daripada jenama-jenama terkemuka seperti Ameera Zaini dan EL by ELFIRA LOY.

6. Naelofar Hijab

Nak bergaya macam Neelofa di pagi raya? Jangan lupa singgah ke butik Naelofar Hijab yang terletak di TTDI. Pelbagai koleksi tudung terkini yang boleh anda dapati di sana.

Published by
Naqiyatul Uzma