Viral bulan lalu yang menyaksikan beberapa selebriti yang pada mulanya berhijab kemudian telah membuka tudung. Namun tidak semua mereka yang telah diberikan hidayah oleh Allah untuk bersikap ‘turning back’ pada kehidupan lalu. Biarpun diuji pelbagai dugaan, namun mereka masih kekal teguh berhijab kerana rasa cinta tidak berbelah bagi pada Tuhan yang satu.
Kekal Berhijab
Begitu juga bagi selebriti yang juga seorang penyanyi, Sharifah Hadijah Wan Moss, atau dikenali dengan Deja Moss. Dia yang diduga oleh kisah perceraian dengan bekas suaminya sejak dua tahun lalu tetap teguh berhijab biarpun ada terdetik untuk membuka tudung.
“Menipu kalau saya kata tidak terdetik sikit pun dalam hati untuk ke arah itu. Tetapi saya teguhkan hati. Saya dekatkan diri bersama Maha Pencipta dengan bersolat dan berzikir.
“Saya amalkan zikir Astagfirullahaladzim 1000 kali pagi dan petang, kemudian Selawat pula 1000 kali pagi dan petang juga dan lafazkan Bismillah 100 pagi dan petang serta sebelum tidur. Itu yang saya amalkan dalam dua tahun ini dan alhamdulillah ia memberi seribu ketenangan.
“Tidak dinafikan soal perceraian itu memang beri tamparan hebat dalam hidup saya. Selepas bercerai saya rasakan hidup jadi kosong. Maklum sahaja sebelum itu hubungan kami sangat baik dan tidak berlaku apa-apa pergaduhan berlaku antara saya dan bekas suami. Dan ia (perceraian) berlaku secara tiba-tiba.
“Pada mulanya memang saya tak boleh terima, saya terkejut dan tak tahu apa nak buat. Ketika itu saya just shutdown hidup saya. Enam bulan saya tak bercakap dengan orang, tak tengok TV dan lebih banyak lock myself dalam bilik. Bila kita rasa kehilangan memang sangat terasa kekosongannya,” ungkap Deja Moss yang kemudiannya mencari kekuatan berdepan saat sukar itu.
Rasa Bahagia Lepas Bercerai
“Saya cuba bangkit dan cari kekuatan dengan menghambakan diri pada Allah. Saya minta Allah untuk memberi saya kekuatan menghadapi dugaan itu. Alhamdulillah Allah dengar permintaan saya dan sedikit demi sedikit saya mula bangkit semula.
“Selepas melalui fasa perceraian itu saya mula mencari sesuatu yang boleh mengisi naluri. Dan ketika itu saya rasakan dengan melakukan charity yang paling dekat dengan diri saya. Sebelum itu memang sudah lama terdetik dalam hati tetapi tidak tahu cara lakukannya.
Ads
“Saya melihat ramai kawan-kawan yang lost bila berlaku perceraian begini. Malah ada yang buka hijab atau mula pergi ke tempat tidak sepatutnya. Tetapi saya memilih jalan untuk rapat dengan Maha Pencipta. Dulu saya pernah lost dan inilah masanya untuk saya gantikan dengan perkara berfaedah (melakukan perkara kebajikan).
“Sesungguhnya Allah atur perjalanan kita itu dengan bersebab. Malah saya tidak pernah rasa sebahagia ini selepas perceraian. Saya isi masa dengan membantu anak-anak yatim, orang asli, ibu tunggal serta golongan yang memerlukan.
“Malah saya juga turut kongsi pengalaman saya sebagai seorang usahawan kepada pelajar jika dijemput memberikan ceramah motivasi,” tambah Deja yang sudah 10 tahun bergelar usahawan Kek Lapis Sarawak.
Menurutnya yang bakal keluar dengan single terbaru bertajuk ‘Menepis Rawan’ ini begitu teruja berkongsi pengalamannya menjalin kolaborasi dengan Teratak Che Dah iaitu sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kundang.
“Saya tiada duit untuk beri tiap-tiap bulan dan di kampung itu ada komuniti ibu tunggal. Jadi saya salurkan ilmu buat Kek Lapis Sarawak dengan mereka. Kita buat, jual dan sebahagian keuntungan disalurkan kepada rumah anak yatim berkenaan.
Ads
“Kalau ada rezeki lebih, kita juga turut salurkan pada rumah anak yatim lain, golongan ibu tunggal serta golongan asnaf yang memerlukan. Di tempat itu ada station seperti sebuah kilang untuk ibu tunggal ini bekerja dan cari pendapatan bulanan.
“Saya tidak kisah berkongsi ilmu ini kerana bagi saya biarlah legasi kek lapis saya ini berkembang maju. Kita tidak tahu bila kita akan mati, jadi saya mahu orang terus mengingati kek lapis ini dan inilah yang yang saya berikan balik pada komuniti,” ujar Deja yang memerlukan RM18 ribu sebulan untuk keseluruhan operasi di Teratak Che Dah berkenaan.
Justeru untuk memastikan segalanya berjalan lancar, Deja turut turun padang mengutip dana bagi membantu golongan anak yatim ini. Pada mulanya agak sukar tetapi dia bersyukur segala urusan dipermudahkan Allah.
Ads
Deja Moss yang popular dengan lagu ‘Asmara’ masih lagi meneruskan aktiviti dalam bidang seni melalui nyanyian.
“Kalau dulu memang saya hambakan diri ini pada seorang lelaki (bekas suami) selama 10. Akan tetapi setelah berpisah, saya letakkan diri saya semuanya pada Allah. Hidup dan mati saya kerana Allah.
“Saya bersyukur setiap hari kerana Allah memberi pinjaman nyawa ini. Setiap pagi saya bersyukur kerana masih lagi bernafas kerana tak tahu apa yang akan berlaku selepasnya.
“Allah beri pinjam nyawa pada kita. Dan semua yang ada di dunia ini hanya pinjaman. Semua milik Allah dan kita patut bersyukur atas kurniaan-Nya. Oleh sebab itu apabila saya hambakan diri pada Allah (selepas bercerai) saya rasa cukup tenang sekali.
“Saya reda dan terima dengan hati terbuka apa yang berlaku sebelum ini. Kata orang sudah ‘move on’ dan paling penting kena kerja keras untuk capai segala impian,” katanya yang sudah enam tahun kekal berhijab, sebelum akhiri perbualan.
Pada awal tahun ini, ahli perniagaan terkenal, Mawar Karim yang juga bekas isteri kepada pelakon, Fizo Omar telah disahkan positif covid-19 bersama anaknya, Wan Maryam.
Mereka berdua telah diberikan rawatan dan menjalani kuarantin di hospital. Terbaharu, menerusi Instastory Mawar semalam dia menjelaskan bahawa dia serta Maryam sudah pulih daripada virus itu dan sudah pun keluar dari hospital.
Mawar juga mengucapkan terima kasih buat semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan mereka anak beranak.
Berkongsi pengalamannya, Mawar telah mengalami sesak nafas serta sakit kepala pada awalnya sebelum disahkan positif wabak tersebut.
Percaya mampu menanganinya, Mawar bersyukur kerana menerima bantuan yang sangat menakjubkan daripada kakitangan barisan hadapan.
Dia juga sempat menitipkan pesanan buat mereka yang mengalami nasib yang sama dengannya supaya tidak bersedih dan kekal positif agar dapat melawan virus ini dengan sebaik mungkin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Tasha Manshahar dan Raqib Majid yang juga penyampai stesen radio Zayan FM selamat bergelar suami isteri. Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Jamek Kajang pada jam 9.30 pagi tadi. Keistimewaan majlis akad nikah pasangan ini adalah apabila pengantin lelaki turut membacakan surah Al-Fatihah dengan suara lantang bergema yang di ruang masjid berkenaan. Menurut Raqib dalam posting di laman instagramnya, dia memang berhajat mahu menghadiahkan mahar buat isterinya dengan surah Agung berkenaaan. Ternyata bacaan dari Imamnya itu mengundang rasa sebak pada Tasha hingga menitiskan air mata.
Malah tambahnya lagi, bacaannya hanya biasa-biasa sahaja dan tiada yang istimewa. Cuma yang ada perasaan berdebar, resah kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai seorang suami.
Surah Al-fatihah ini dibacakan sebagai tanda dia mengucap syukur kepada Allah kerana menyatukan cinta mereka berdua.
Menurutnya juga kalimah inilah yang membesarkan dia dan keluarga. Raqib juga mengharapkan agar mereka berdua akan terus mencintai Al-Quran sampai syurga.
Netizen juga turut tersentuh hati dan sebak mendengar bacaan surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Raqib ini.
bykakmek Allahuuuu sebak dengar. Semoga Bahagia sampai ke SyurgaNya
nissaasri Masya Allah, mahar paling indah. Taniah kak tasha and shuben
_theainur Tersentuh jiwa bila dengar alunan bacaan al fatihah drpd abang raqib . Congratulations to kak tasha manshaharXraqibmajid . Semoga berkekalan hingga jannah dan dikurniakan anak anak yang soleh & solehah , aminn .
Kedua mempelai juga tampil cantik dan cukup segak dengan penampilan kurung moden serta baju Melayu cekak musang rona putih yang menyerikan penampilan raja sehari ini.
Ternyata peminat Tasha Manshahar turut mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia till jannah.
nriqlima_ Mabrookk kak tashaa !! Moga bahagia sampai ke syurgaa. Aminnn
nrftnnh congrats kak tasha so happy for you smoga brkekalan hgga ke jannah
kaka_momed taniah si cantekk manes .semoge kekal ke jannah
Tidak seperti pasangan lain yang baru berkahwin, Tasha dan Raqib tidak ada sebarang perancangan untuk berbulan madu kerana beranggapan itu bukan sesuatu kewajipan yang perlu dilaksanakan.
Baginya asalkan dapat meluangkan masa berkualiti bersama itu sudah dikira seperti berbulan madu.
Tasha yang popular dengan lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku sudah tidak aktif lagi menyanyi, sebaliknya memberi tumpuan kepada tugas sebagai guru dan penceramah motivasi.
Manakala suaminya, Raqib pula yang juga qari sebelum bertugas sebagai penyampai radio, juga merupakan bekas peserta Akademi Fantasi musim ke 9 dan pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC, Bintang Syurga selain muncul dengan album Luahan Rasa pada 2014.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM TASHA MANSHAHAR, RAQIB MAJID & ZAYAN FM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik, Elfira Loy meluahkan kesyukuran apabila impiannya bersama Mama tercinta untuk tunai Haji bersama akhirnya termakbul.
Terdahulu, ibu kepada dua anak ini berkongsi berita gembira di Instagram peribadinya apabila berpeluang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun ini.
“Syukur sangat impian mama and el untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.”
Menceritakan semula detik permulaan mereka mendapat peluang mengerjakan Haji, Elfira Loy memaklumkan dia dan ibunya, Filzah Yusoff pergi ke tanah suci secara berasingan.
Elfira Loy mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi manakala ibunya bersama Tabung Haji. Namun akhirnya mereka bertemu di Mekah.
“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan Haji dari Tabung Haji.”
Namun, atas faktor anak Elfira Loy menolak dan mendahulukan ibunya untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Kalau sudah rezeki tidak akan ke mana. Elfira Loy menerima ‘jemputan’ kali kedua bagi menunaikan ibadah Haji.
“Pada hari doa selamat Mama, El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah.
“Allah benar benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya. Jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira Loy turut merasa terharu serta menitipkan doa buatnya.
“Allah always the best planner, untungnya jadi Elfira.”
“Alhamdulillah bestnya Kak el. Dua kali dijemput, rezeki memang tak salah alamat.”
“Dreams of semua daughters in the world. To perform Hajj / Umrah with Mama.”
Malah, ada yang merasa kagum dengan perubahan terkini Elfira Loy terutama dari segi penampilan.
“Suka tengok el slowly berubah ke arah yang lebih baik dari segala aspect terutamanya yang saya suka bab pakaian, anak yang baik, adik/kakak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, Allah gantikan segala kebaikan dengan jemputan Haji. MasyaAllah. Selamat Pulang ke Tanah Air Hajjah Elfira, Haji mabrur insyaAllah.”
Semoga dilancarkan segala urusan Elfira Loy di sana dan dikurniakan Haji mabrur.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...