Kecantikan

6 Bahan Berbahaya Ini Ada dalam Makeup dan Skincare Anda Yang Berpontensi Mendapat Kanser

Share

Perlu bijak sebelum membeli, ketahui bahan yang terkandung di dalam produk kecantikan, mahu pun makeup, tida semuanya mengandung bahan-bahan yang selamat untuk kulit atau kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Ada beberapa kandungan yang berpontesi mencetuskan reaksi dari badan anda. Bermula dari yang paling sederhana, seperti kemerahan dan gatal-gatal, hingga perkara yang lebih berbahaya, seperti meningkatkan potensi kanser.

Ketika seseorang sudah didiagnosis mengidap kanser, pemakaian produk dengan kandungan berbahaya akan memengaruhi proses penyembuhan atau turut memperburukkan keadaan penyakit. Jadi, kandungan apa yang perlu dihindari untuk menolak risiko kanser mahupun gangguan kesihatan lainnya?

Formaldehyde

Sering terkandung dalam produk rambut, formaldehyde bersifat karsinogen. menurut Environmental Protection Agency (EPA), formaldehyde boleh menyebabkan iritasi pada kulit, mata, hidung, dan tekak. Paparan tinggi pada bahan ini boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Ketika bercampur dengan air, bahan ini disebut methylene glycol. Selain pada produk rambut, kandungan ini juga ditemukan dalam tembakau.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Elak Wajah Rosak, Ambil Tahu Makna Simbol Yang Terdapat Pada Pembungkusan Skincare Anda

Fragrance

essential oils and medical flowers herbs

Meskipun wangian, fragrance berkaitan dengan masalah kesihatan yang berbeza-beza, mulai dari iritasi kulit dan mata hingga kanser serta gangguan endokrin. Kandungan ini diperbuat dari senyawa berbahaya, atau terbuat dari bahan-bahan misteri yang belum dapat diketahui efek sampingnya. Pelbagai produk kecantikan memiliki fragrance, bahkan dijumpai juga dalam produk keperluan seharian.

Logam Berat

Lead atau timbal adalah logam berat dengan kandungan racun tinggi yang terbentuk secara alami pada kerak bumi. Kandungan ini terdapat dalam berbagai produk yang umum digunakan anda seharian. Namun pelbagai penelitian menemukan kalau timbal berkaitan dengan kanser dan pembiakan toksik, dan jenis ini terbukti bersifat neurotoksin.

BACA ARTIKEL INI JUGA: Ini Cara Macam Mana Nak Tahu Ingredient Dalam Skincare Okey Atau Tidak, Senang Je Check

Paraben

Tidak asing lagi, paraben adalah salah satu kandungan yang dapat anda jumpa di pelbagai produk kecantikan. Kandungan ini dapat menimbulkan efek sampingan yang berbahaya untuk tubuh, seperti menirukan estrogen, kanser payudara, kanser kulit, dan mengurangkan jumlah sperma.

Sodium Lauryl Sulfate

Terkandung dalam syampo, sabun, foundation, pencuci wajah, penyegar mulut, sodium lauryl sulfate telah terbukti dapat menyebabkan berbagai masalah kesihatan. Mulai dari iritasi kulit, gangguan keseimbangan minyak semulajadi kulit, dan kerosakan penglihatan. Bahan ini juga diyakini memberikan penyumbang besar yang mendorong tumbuhnya jerawat di sekitar mulut dan dagu.

Glyphosate

Glyphosate adalah bahan utama yang digunakan salah satu pembasmi ganja. Melalui berbagai penelitian kesihatan, bahan ini terbukti berpengaruhi pada kanser limfoma non hodgkin dan beberapa jenis kanser lainnya. Namun sampai saat ini, glyphosate masih banyak digunakan dalam pelbagai produk, termasuk salah satunya adalah makanan.

Published by
SH