Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
1. Terlibat dalam pembinaan masjid. Tentunya pahala anda akan berganda-ganda.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital-hospital. Apabila orang sakit menggunakannya, kita juga akan mendapat pahala.
3. Menghadiahkan Al-Quran pada seseorang atau di masjid pasti anda mendapat pahala setiap kali Al-Quran tersebut dibaca mahupun diselak helaiannya.
4. Apabila air diminum dari water cooler dan dapat menghilangkan dahaga orang ramai, anda juga turut mendapat pahalanya.
5. Menanam pokok untuk orang berteduh dari panas terik dan hujan lebat, serta juga tempat berteduh haiwan, anda akan mendapat ganjaran pahala.
6. Dan yang paling mudah tolong sebarkan perkara ini, pasti anda akan mendapat pahala dengan mudah.
InsyaAllah, amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perbaiki Kualiti Solat, MY #QURANTIME 2.0 Buka Peluang Untuk Semua, Mudah Dan Pratikal
My #QuranTime 2.0 (MQT) yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebanyak 2111 episod akan mula bersiaran setiap hari bermula Rabu ini, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour.
Dengan matlamat mempertingkatkan kualiti solat melalui bacaan Al-Quran bertajwid, memahami isi bacaan Al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat serta elemen baharu program iaitu menambah hafalan Surah melalui kaedah hafalan Al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran Al-Hafiz.
MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah
Terdahulu, program MQT yang telah mencipta fenomena “Baca, Faham, Amal Al-Quran” 1 jam setiap hari, bermula pada tahun 2020 telah diterbitkan dengan kerjasama TV Al-Hijrah. Kali ini, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas membuka peluang kepada semua stesen TV dalam dan luar negara untuk menayangkan MQT 2.0 agar program Al-Quran ini menjadi solusi dalam membina kerangka fikir dan karakter ummah yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.
“Kami sedang berunding dengan beberapa stesen TV agar program MQT yang diterbitkan oleh Yayasan WUI dengan sebahagian hasil dana daripada sumbangan Tabung Gerakan Quran oleh orang ramai dapat membawa impak besar kepada proses membumikan Al-Quran yang disasarkan pada tahun 1500 Hijrah untuk “MengQurankan Bangsa, MengIkhlaskan Ummah”.
Langkah pendidikan jiwa dan karakter
Program MQT ini dibina atas usaha Wakaf Konten di mana sumbangan dari individu, organisasi dan orang ramai digunakan sepenuhnya untuk tujuan melahirkan pelbagai kajian dan program digital dan TV untuk ummah. Program -program yang dilahirkan atas misi Wakaf Konten ini boleh dimasuki dengan mudah di platform digital Quran Hour agar menjadi bahan rujukan sepanjang zaman kepada orang ramai, sekolah, kelas pengajian dan organisasi. Usaha yang bermula lebih giat pada tahun 2020 ini telah menjadi pusat khazanah Al-Quran di mana kajian dan program Al-Quran diletakkan secara atas talian untuk rujukan semua. Wakaf Konten ini telahpun dimanfaatkan oleh siaran Quran TV di negara jiran juga, seperti Indonesia.
Siaran MQT kali ini dilancarkan di semua platform digital Yayasan WUI dan Kumpulan Media Karangkraf sebagai pendekatan untuk menarik lebih ramai segmen orang muda selain golongan dewasa, penonton setia dan baru.
Insya-Allah dengan sinergi media untuk ummah di beberapa saluran TV, MQT bukan lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran TV AlHijrah sahaja, program MQT ini akan menjadi langkah pendidikan jiwa dan karakter bagi banyak keluarga dan orang ramai melalui baca, faham, amal setiap halaman Al-Quran sebanyak 3 bahagian Al-Quran setiap hari.
Latihan tubi du makmal ujian
Pada musim pertama sebanyak 838 episod, program ini telah mencatatkan sebanyak 85 juta tontonan di skrin, lebih 150 ribu sahabah Al-Quran di dalam dan luar negara. Malah program MQT ini akan mengekalkan peneraju, Ustaz Fazrul Ismail sebagai pentadabbur dan Ustaz Ahmad Tirmizi Ali serta Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman sebagai Qari. Pentadabbur serta Qari jemputan akan mengisi di slot ulangkaji.
Program ini telah siap untuk dilancarkan selepas melalui kajian konten dengan rujukan 18 Kitab Tafsir dan Kitab Hadith Bukhari Muslim, melakukan latih tubi program di makmal ujian studio My #QuranTime Plus dalam tempoh lebih dua bulan secara intensif agar isi Al-Quran dapat disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami para pelayar dan penonton MQT. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Marhaini Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif WUI di 0133593165.
Ayuh saksikan My #QuranTime 2.0 Bermula 14 Disember 2022, Rabu, jam 12.00 tengah hari di semua platform media sosial rasmi ini:
- PORTAL: www.sinarharian.com.my | FACEBOOK: https://www.facebook.com/myqurantimeofficial/ | https://www.facebook.com/SinarHarian | https://www.facebook.com/KaryaBestari
- YOUTUBE: https://www.youtube.com/MyQuranTimeOfficial | https://www.youtube.com/user /SinarHarianWebTV | https://www.youtube.com/@SinarHarianTV
- TWITTER: https://twitter.com/myqurantime | https://twitter.com/SinarOnline
- TIKTOK: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline?lang=en
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keutamaan Membaca Surah As-Sajdah, Pengampunan Dosa Untuk Ganjaran Syurga!
Surah As-Sajdah adalah surah ke-32 dalam Al-Quran. Surah ini terdiri daripada 30 ayat dan termasuk dalam kategori surah Makkiyah.
Surah Sajdah diambil daripada perkataan dalam ayat 15 yang bermaksud sujud. Surah ini diturunkan selepas surah Al-Mu’minun.
Artikel Berkaitan : Keutamaan Menjaga Silaturrahim, Dilapangkan Pintu Rezeki!
Nabi berpesan kepada umatnya supaya membiasakan diri membaca Surah As-Sajdah. Secara khusus, ia dibaca pada rakaat pertama dan Surat Al-Insan dibaca pada rakaat kedua semasa solat Subuh pada hari Jumaat.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw membaca Alif Lam Mim Tanzil (As-Sajdah) pada rakaat pertama solat subuh Jumaat. Adapun pada rakaat kedua, bacalah Surah Al-Insan.
Artinya: Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedangkan dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? (HR. Ahmad dan Al-Bukhari)
Selain itu, sebagaimana diriwayatkan oleh At-Tirmidzi:
Artinya: Dari Jabir, ia berkata, Rasulullah SAW tidak tidur sebelum membaca Alif Lam Mim Tanzil (As-Sajdah) dan surah Tabarak (Al-Mulk).
Kandungan Surah As-Sajdah.
- Peraturan mengerjakan solat malam (solat Tahajud dan Witir)
- Jelaskan proses perkembangan manusia sejak dalam kandungan hingga penjelmaan
- Jelaskan keadaan orang beriman di dunia dan nikmat yang akan mereka terima di akhirat.
- Menceritakan tentang kehinaan yang dialami oleh orang-orang kafir di akhirat sehingga mereka memohon untuk dikembalikan ke dunia.
5. Jelaskan kebenaran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang rasul dan jelaskan bahawa tiada rasul yang diutuskan kepada kaum musyrikin di Mekah.
6. Jelaskan bahawa Allah adalah penguasa alam semesta dan memerintahnya dengan peraturan yang sempurna.
Keutamaan Membaca Surah As-Sajdah.
- Diampunkan segala dosa
Khalid bin Ma’dan RA berkata: “Bacalah Surah Al-Munjiah (orang yang menyelamatkan) iaitu alif lam tanzil As-Sajdah kerana aku mendapat maklumat bahawa ada orang yang membacanya lebih awal, tetapi tidak membacanya Sedangkan yang lain. sedang melakukan banyak dosa, tiba-tiba surah ini mengepakkan sayapnya dan berkata, “Ya Tuhanku, ampunilah orang ini, kerana dia selalu membaca kepada-Ku,” lalu Allah menerima pembelaannya (syafaat) dan berfirman, “Tulislah untuk ini hamba-hamba-Ku sebagai pengganti “semuanya berbuat dosa dengan kebaikan dan bertambah derajatnya” (HR. Addarimi).
2.Surah As-Sajdah selalu dibaca oleh Rasulullah SAW
Jabir RA berkata: “Biasanya Rasulullah SAW tidak tidur sehingga membaca Surah Alif lam mim Tanzil (As-Sajdah) dan Tabarakalladzi biyadihil mulku (Al-Mulk)” (HR. Ahmad, Tirmidzi, An-Nasa’i, Al Hakim).
Artikel Berkaitan : Mendahului Agama Bukan Budaya, Himpunan 200 Orang Saudara Baru Islam Tarik Perhatian
- Lindungi pembaca
Nabi saw bersabda: “Alif Lam miim As-Sajdah akan datang pada hari kiamat dengan dua sayap yang membayangi pembaca dan berkata: Tidak mungkin ada orang lain di atas kamu, tidak, tidak mungkin. ” Tiada orang lain di atas awak. .” (HR. Abu ‘Ubaid).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berhenti Solat Penting Walaupun Ketika Berhibur. 3 Cara Lain Untuk Berhibur Dengan Betul
Berhibur tiada salahnya, kerana hiburan itu indah. Hanya apabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah.
Fitrah untuk hati, jiwa, perasan dan akal untuk berehat daripada keletihan dan kelesuan adalah melalui hiburan. Islam punya jalan yang cukup praktikal dalam memberi kerehatan kepada elemen dalaman ini. Justeru, ajaran Islam telah menetapkan konsep hiburan yang sebenarnya. Sesungguh, Islam itu bukan sekadar mendorong malah mengatur umatnya walaupun untuk menikmati hiburan.
Menerusi dua dimensi hiburan ini, hiburan asasi akan memberi ketenangan dan keteguhan hati apabila menikmatinya. Ini adalah hiburan yang diperolehi menerusi iman yang membawa kepada aman.
1. Solat Juga Hiburan
Solat juga hiburan asasi sepertimana sabda Rasulullah SAW mafhumnya “Wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat”. (Riwayat Ahmad). Ini bermakna solat juga satu bentuk kerehatan sekaligus menjadi satu hiburan yang hakiki dan sejati.
Mengenang Rasulullah SAW seterusnya berselawat kepada baginda juga termasuk di dalam hiburan asasi ini. Ia diperintahkan oleh Allah SWT dan lebih daripada itu selawat juga di lakukan oleh Allah SWT dan para malaikat.
2. Membaca Al Quran Hiburan Asasi
Selain itu, membaca al-Quran merupakan satu lagi bentuk hiburan asasi. Menerusi membaca al-Quran kita mendengar kata-kata Allah secara terus kepada kita. Bayangkan jika meletakkan Allah sebagai kecintaan dan kekasih serta al-Quran sebagai warkah cinta pasti kebahagiaan dan kedamaian hadir dalam jiwa.
3. Isteri Solehah
Begitu juga isteri solehah; berjauhan membawa rindu dan cinta, hampir dengannya dibelai dan disuntik kekuatan, nasihat dan peringatan. Menjadi hiburan buat suami. Dan begitu juga sebaliknya, suami yang soleh adalah hiburan buat wanita. Tidak ketinggalan anak-anak yang soleh menjadi penyejuk mata menghiburkan di dunia lebih dari itu menggembirakan di akhirat.
4. Sifat Reda & Pemaaf
Hiburan asasi juga boleh diperolehi melalui sifat-sifat mahmudah yang dimiliki termasuk sabar, reda dan pemaaf. Dengan memiliki sifat-sifat ini jiwa akan tenang dan secara automatik hati akan terhibur dengan hiburan yang hadir dari dalam diri sendiri.
Berhenti Rehat Memberi Masa Mengerjakan Solat
Seterusnya adalah hiburan sampingan. Ia adalah hiburan yang bertindak sebagai penggalak, pemangkin, pendorong dan pembawa kepada hiburan asasi. Ia penting sebagai medium mempromosi atau pengiklan hiburan asasi dan abadi.
Menerusi industri hiburan yang menyajikan lagu-lagu bermesej positif secara tidak langsung membawa kepada penambahbaikan iman, menyubur sifat mahmudah.
Konsert Hous Boom pada 10 November depan di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.
Memberi masa selama 45 minit berhenti rehat untuk mereka yang dating menyaksikan konsert ini solat dan berehat. Satu pujian di beri kepada pihak penganjur yang mementingkan ibadah walaupun semasa berlibur.
Turut sama terlibat di dalam konsert yang bermula jam 4.00 petang itu nanti ialah Hujan, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Pop Shuvit dan Budak Nakal Hujung Simpang di samping Ratu Rock Negara, Ella.
Mengambil tempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) tiket jualan konsert berkenaan hanya boleh dilakukan menerusi aplikasi TicketApps bermula Jumaat, 18 Oktober depan. Jualan tiket bermula dari RM30 (Early Bird), RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI