Tanpa aksesori maka tak lengkap dan tak berserilah penampilan seseorang. Bagi hijabi, aksesori sesuai digayakan dengan tudung bercorak mahupun polos.
Terdapat banyak pilihan aksesori untuk menyerlahkan penampilan.
Bagi yang sedang mencari idea untuk aksesori tudung yang boleh digunakan untuk majlis formal mahupun santai, Hijabista kongsikan tipnya.
Topi Boater
Walaupun bertudung, anda masih boleh tampil bergaya dengan topi boater. Topi jenis ini sesuai untuk semua bentuk wajah.
Topi ini sesuai digayakan di acara luar seperti berkelah atau berjalan di pantai. Lengkapkan penampilan dengan selendang yang diikat di leher.
Bucket Hat
Ads
Buckethat menjadi trend sepanjang tahun 2021. Bagi yang bertudung, anda juga boleh menggunakan bucket hat sebagai aksesori tudung untuk menyempurnakan penampilan.
Pilih topi dengan motif yang berbeza dan padankan bersama pakaian pilihan anda.
Duckbil Clip
Bukan saja sesuai sebagai aksesori rambut, duckbil clip juga sesuai sebagai pelengkap penampilan.
Ads
Gunakan dua atau tiga duckbill clip di bahagian tepi tudung dengan warna yang kontra tudung yang dipakai. Selain duckbill clip, anda juga boleh menggunakan jenis clip lain seperti pin rambut dan snap clip.
Scarf
Penggunaan scarf bukan lagi sekadar untuk dililit pada leher. Kini, selendang juga berfungsi sebagai item fesyen yang melengkapkan penampilan hijabi.
Selendang boleh menjadikan penampilan kasual anda lebih stylish. Gunakan selendang bercorak dan balut di bahagian kepala.
Ads
Cermin Mata Hitam
Cermin mata hitam bukan saja berfungsi untuk mengurangkan pendedahan matahari pada mata, ia juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.
Subang
Aksesori subang sememangnya popular dan trending di kalangan hijabi. Subang biasanya dilekatkan pada tudung di kedua-dua belah telinga. Kini, terdapat banyak jenis subang yang sesuai untuk yang bertudung.
Sebagai hijabi, kebanyakan daripada kita mesti runsing kepala kadang-kadang untuk ‘mix and match’ warna tudung dengan baju yang ingin dipakai terutamanya pada pagi Syawal nanti yang akan tiba dalam dua hari sahaja lagi.
Jangan khuatir, sememangnya banyak warna yang kita boleh sesuaikan mengikut citarasa kita. Jom kita baca tip ini daripada Anany.Co .
Jika anda team blue tahun ini, bolehlah cuba penggayaan sebegini.
Pink juga nampak sweet bukan? Padankan dengan coklat juga boleh tau !
Bagaimana pula dengan warna hijau ?
Merah Mak Ngah…. Pasti banyak mata yang terpukau nanti !
Baju warna ungu juga sangat sesuai dikenakan dengan tudung pastel.
Rupanya banyak pilihan warna yang boleh kita sesuaikan . Jadi selepas ini tidaklah kita terikat kepada satu warna tudung sahaja.Yang paling penting kita perlu yakin dengan apa yang kita pakai dan pastinya kecantikkan itu akan terserlah nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama Emma Maembong sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Orangnya kecil molek namun punya bakat yang besar dalam bidang lakonan. Sudahlah berbakat, orangnya pula cantik, anggun dan cukup manis.
Bila dalam bab bergaya, Emma memang ringkas dan tidak begitu gemarkan stail yang terlalu heavy. Apa yang boleh admin katakan, pakailah apa sahaja, Emma tetap nampak cantik.
Hijabi dengan pin tudung berpisah tiada jua. Fungsi pin tudung ini semestinya membuat pengayaan tudung cantik terletak seperti digayakan pada awal waktu dan sehingga menjadi keselesaan pada si pemakai.
Namun yang menjadi teguran dari seorang Doktor, hijabi patut bertindak segera untuk menghidari tabiat yang tidak baik ini. Seringkali sebelum pengayaan tudung tempat yang paling mudah untuk meletakkan pin tudung adalah celahan bibir.
Habit mengepit pin tudung, selalunya jarum peniti di bibir adalah sama sekali tindakan membahayakan. Jom ikuti nasihat Doktor Samhan semoga bermanfaat kepada hijabi semua.
Perbuatan yang tidak di jangka
Mengundang maut
Elakkan 5 perkara ini
SUMBER: Twiter @DoktorSamhan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...