Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh kita semua. Sampaikan ada yang terlupa akan beberapa adab-adab yang perlu kita tahu mengenai berbuka puasa.
Walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan tetapi dengan mengamalkan adab-adab ini, kita akan dapat pahala dan juga mampu mentarbiah diri dan orang sekeliling kita.
Mari kita lihat adab-adab berbuka puasa.
1. Menyegerakan berbuka apabila sudah masuk waktunya
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
2. Berbuka puasa secara sederhana
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-Araf, ayat 31)
3. Berdoa ketika berbuka
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang yang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
4. Berbuka dengan rutab, tamar atau air
Anas bin Malik R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Marghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
5. Berdoa kepada mereka yang menjamu makanan untuk berbuka
Berkata Anas R.A:
“Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: ‘Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’.” (Riwayat Abu Daud)
6. Bersegera mengerjakan solat Marghrib
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadikanlah adab-adab ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari agar ia mengajar kita untuk menjadi Muslim dan manusia yang lebih baik, di samping menuai pahala yang melimpah-limpah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI