Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari pada setiap tahun. 5 wanita berhijab ini cetus inspirasi seluruh dunia dengan kisah tersendiri.
Terdahulu, Hari Hijab Sedunia merupakan cetusan idea Nazma Khan selepas dia dibuli dan menjadi mangsa diskriminasi kerana berhijab.
Hari Hijab Sedunia mula disambut seluruh dunia pada 2013 bagi menggalakkan wanita daripada latar belakang dan agama yang berbeza memakai dan merasai pengalaman berhijab.
Selain itu, matlamat Hari Hijab Sedunia ialah berkempen untuk solidariti di samping memupuk sikap saling menghormati dan menghapuskan diskriminasi terhadap wanita Islam khususnya yang berhijab.
Lima figura berhijab ini antara wanita yang berjaya mencetuskan inspirasi dengan kisah tersendiri.
NOOR HARAZEEN
Salah seorang wartawan bertugas yang melaporkan keadaan di Gaza. Keberanian Noor Harazeen mempertaruhkan nyawanya ketika menyampaikan berita menjadi perhatian.
Di media sosial, tersebar sebuah video di mana Noor Harazeen menangis ketika melaporkan keadaan semasa di Gaza.
PROF JACKIE YI-RU YING
Beliau telah diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Raja Faisal untuk Sains Perubatan. Ternyata, banyak sumbangan beliau kepada sains dan perubatan.
Profesor Ying berjaya mencipta kit ujian virus Corona pantas. Sebagai perintis dalam bidangnya, penyelidikan dan inovasi Profesor Ying telah memajukan sempadan sains bioperubatan.
Dipetik daripada About Islam, Profesor Ying ialah seorang penyelidik nanoteknologi berkelulusan dalam Bioengineering dan Nanoteknologi dari Massachusetts Institute of Technology (MIT). Beliau mengetuai Makmal NanoBio di Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan, Singapura.
Ads
FITRIYA MOHAMED
Dilaporkan oleh Janamtv, Fitriya Mohamed mengasaskan Liga Bola Keranjang wanita Islam di Toronto, Kanada. Usaha Fitriya Mohamed menarik perhatian ramai, bukan hanya kebolehannya dalam dunia sukan bahkan peranannya sebagai ikon budaya.
Kemunculan Fitriya dalam bola keranjang profesional memberi impak yang besar. Kehadirannya di gelanggang mencabar imej konvensional pemain bola keranjang, dan menawarkan perspektif baharu tentang perkara yang boleh dicapai oleh wanita Islam dalam sukan.
Fitriya ingin menggalakkan wanita muda Islam mengejar impian mereka dalam dunia sukan sambil mengekalkan identiti mereka sebagai wanita Islam.
ZAINAB JIWA
Pencipta kandungan digital Zainab Jiwa memenangi anugerah Wanita dalam Media di Anugerah Wanita Muslimah UK 2023. Acara ini memberi anugerah kepada mereka yang cemerlang dan menjadi teladan di dunia Islam.
Zainab terkenal dengan konten gaya hidup khsusunya berkenaan solekan. Baru-baru ini, Zainab menjadi hos di karpet merah BAFTA TV Awards. Selain itu, Zainab juga pernah bekerja dengan jenama-jenama tersohor seperti Nike, H&M, dan Mac.
RAHMA & MUNA
Rahma (@4c_hijabi) dan Muna (@coveredncurly) merupakan figura terkenal yang memberi pendekatan inovatif dalam perawatan rambut wanita Muslim kulit hitam menerusi konferensi “Curls, Coils and Sisters” pada Mei 2023.
Mereka mewujudkan komuniti di mana wanita Islam kulit hitam boleh secara terbuka menerima dan menjaga rambut semula jadi mereka. Mereka juga mahu mencabar piawaian kecantikan mengenai jenis rambut unik wanita kulit hitam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Noh Gadut , menyarankan seluruh umat Islam di negara ini dan waris pesakit koronavirus (Covid-19) digalakkan menunaikan solat jenazah ghaib bagi pesakit yang meninggal dunia akibat pandemik itu.
“Tiap-tiap yang hidup pasti menemui kematian, maka berlaku ujian kita iaitu kematian akibat Covid-19. Jadi, saya mencadangkan selepas kita semua mengetahui ada kematian (akibat Covid-19) dan telah pasti dikebumikan mayat itu, maka semua umat Islam digalakkan menunaikan sembahyang jenazah ghaib di rumah masing-masing untuk si mati disebabkan Covid-19 ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Noh berkata, walaupun ahli keluarga berdukacita atas kematian itu, namun ia mempunyai hikmah yang tersurat dan tersirat di mana ramai umat Islam akan mengadakan solat jenazah ghaib untuk si mati.
“Bayangkan kalau kematian biasa, biasanya yang hadir (melakukan solat jenzah) hanya paling tinggi 200 orang dan jarang sekali sembahyang ghaib, tetapi apabila berlaku kematian disebabkan Covid-19, apa kata umat Islam di Malaysia bersembahyang jenazah untuk si mati ini… pahalanya berganda-ganda,” katanya.
Beliau turut menasihati waris mangsa yang meninggal dunia akibat Covid-19 supaya bersabar dan tidak berpanjangan dalam bersedih kerana kehidupan mesti diteruskan sepanjang temubual bersama Bernama.
PIC: BERNAMA
Solat Jenazah Secara Ghaib
Solat jenazah secara ghaib adalah solat yang dilakukan apabila jenazah tidak berada di sesuatu tempat sama ada kerana jenazah tersebut berada jauh atau kerana sebab lain seperti mayat tidak dijumpai kerana lemas atau musnah dalam kecelakaan.
Pensyariatan solat jenazah ghaib ini dilakukan bersandarkan kepada riwayat oleh Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda SAW keluar ke tempat solat, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.” (Riwayat Al-Bukhari, no.1245 dan Muslim, no.951)
Syarat Solat Jenazah
Solat jenazah dilakukan di negeri berlainan dengan negeri di mana jenazah berada.
Solat jenazah secara ghaib dilakukan setelah mayat dimandikan.
Waktu Solat Jenazah Ghaib
Menurut Ibn Hajar Al-Asqalani, solat jenazah ghaib boleh dilakukan bermula dari saat berita kematian dan berlanjutan selama tiga hari.
Mengikut pandangan ulama Mazhab Syafie, jika mayat sudah dikebumikan dan seseorang masih belum melakukan solat jenazah ke atas mayat tersebut, maka sunat baginya untuk melakukan solat jenazah secara ghaib ke atas mayat tersebut.
Cara-Cara Solat Jenazah
Cara solat jenazah secara ghaib sama sahaja dengan solat jenazah biasa.
Takbiratul ihram (dikira takbir yang pertama) sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat adalah seperti berikut:
“Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala”
Setelah bertakbir, letakkan kedua-dua tangan ke dada sebagaimana solat biasa, kemudian baca Al-Fatihah.
Bertakbir kali kedua, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Boleh dibaca selawat ke atas Nabi SAW, namun selawat yang afdal ialah selawat Ibrahimiyyah (seperti dalam tahiyat).
Takbir kali ketiga, kemudian kembali meletakkan tangan ke dada. Baca doa untuk jenazah.
Takbir kali keempat. Selepas takbir dibacakan doa di bawah.
Memberi salam ke kanan dan ke kiri sebagaimana dalam solat fardu (cuma dalam keadaan berdiri).
Sekalipun kita tidak berkesempatan untuk hadir untuk bersolat jenazah kerana faktor jarak yang jauh atau pun keadaan tidak mengizinkan (bimbang jangkitan virus menular), tetapi kelonggaran dan kemudahan yang dibenarkan untuk menunaikan solat jenazah secara ghaib boleh dimanfaatkan.
Solat dan doa lah yang menjadi penghormatan terakhir yang boleh dilakukan kepada orang yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.
Rujukan: Panduan Mengerjakan Solat Khas Yang Disediakan oleh UNISZA
Julai menyaksikan beberapa selebriti serta tokoh kenamaan yang menyambut hari lahir, antaranya Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad. Jika tahun lalu sambutannya cukup istimewa kerana cukup 100 hari pemerintahan beliau setelah dilantik sebagai Perdana Menteri Ketujuh.
Dan hari ini melihat pada usianya beliau tetap aktif dan cergas menjalankan tanggung jawab sebagai Perdana Menteri.
Tiga perkara yang diamalkan adalah tidak merokok, tidak minum arak dan jangan makan terlalu banyak.
Selain itu beliau juga turut menjaga soal pemakanannya. Tun Mahathir juga akan pastikan berhenti sebelum kenyang kerana jika tidak beringat maka perut mudah jadi besar.
Selain itu beliau juga turut memberi nasihat agar jaga jantung masing-masing kerana ia merupakan organ penting dalam tubuh badan.
“Jantung bekerja sepanjang masa, dari dalam rahim lagi hingga akhir hayat kita, jadi ingat-ingatlah sikit dan janganlah bagi ia kerja banyak.
“Bila badan kecil, jantung berupaya bekerja dengan lebih mudah untk mengepam darah ke seluruh tubuh, tapi bila badan besar, organ tersebut perlu bekerja dengan lebih kuat lagi, katanya.
Tun Dr Mahathir yang turun padang sekali lagi dalam kancah politik selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke empat sebelum ini, turut berkongsi petua yang diberikan oleh ibunya satu ketika dulu.
“Ibu saya kata ketika tengah seronok makan berhenti. Apabila kita biasakan diri dengan tabiat ini, ia akan jadi lebih mudah.
“Oleh sebab itu seluar yang saya beli 40 tahun dahulu masih lagi muat,” tambahnya lagi.
Shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Apatah lagi bila tiba menjelang raya , pasti ramai yang memborong segala barang yang diinginkan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk berjimat tau waktu membeli-belah. Eh, bagaimana tu?
Pastinya ke penjimatan yang berganda dan pulangannya berbeza-beza mengikut musin tertentu.
Di Twitter, akaun @magicbrushes_ telah berkongsikan cara dan tips nak berjimat waktu online shopping. Wow, menarik ni!
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!