Sebagai wanita yang mahukan kehidupan yang sihat, perlu amalkan beberapa tip yang boleh membuatkan anda sentiasa sihat dan cergas. Jika semua pakej ini anda, anda akan kelihatan cantik secara semula jadi.
Ikuti 5 perkongsian tip kesihatan daripada Pegawai Perubatan, Dr Muhammad Shazril bin Shaharuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Say, yang begitu menitik beratkan 5 tip kesihatan yang perlu setiap wanita amalkan untuk kekal sihat dan cergas menjalani rutin harian.
1. Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang secukupnya amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Disarankan minum mengikut berat badan. Misalnya berat 25kg perlu minum 1 liter air. Anda boleh kira sendiri berapa agaknya air yang perlu diminum mengikut berat badan masing-masing.
2. Tidur 6 Hingga 8 jam Sehari
Tidur yang cukup juga perlu untuk memastikan kita akan cergas setiap kali bangun tidur dan menjalani kehidupan untuk sepanjang hari. Jika tidur kita mencukupi, tiada masalah untuk bangun awal dan bersedia untuk memikirkan perkara positif.
3. Rajin Bersenam
Jangan malas untuk bersenam bagi mengekalkan kecergasan tubuh badan. Disarankan bersenam sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu. Tidak kisahlah melakukannya ketika di rumah atau luar kerana yang penting ia dapat mengeluarkan peluh. Turun naik tangga juga boleh dikatakan sebagai salah satu senaman paling mudah dilakukan.
Artikel berkaitan: Runsing Fikir Perut Buncit Bak ‘Tayar Spare?’, Dua Senaman Mudah Ini Bantu Selesaikan Masalah Hijabi!
4. Elak Diri Alami Stress
Jangan sesekali atau elakkan diri kita dari mengalami stress. Stress ini tidak elok untuk kesihatan dan juga penampilan diri. Bayangkan jika anda mengalami stress akan menyebabkan semua kerja terbantut dan emosi yang sukar untuk dikawal. Sentiasa berfikiran positif dan pastinya semua dilakukan akan dipermudahkan oleh Allah.
5. Hidup Dengan Ceria
Kalau boleh jalani hidup ini dengan rasa ceria dan gembira. Jangan sesakkan fikiran dengan perkara negatif membabitkan urusan kerja atau personal. Walau apa juga dugaan yang Tuhan berikan, anggap sahaja ada hikmah di sebaliknya dan berusaha untuk cari jalan penyelesaian dengan baik. Anda ada pilihan dan jangan lupa sentiasa berterima kasih kepada Allah atas kehidupan yang dilalui sekarang.
Artikel berkaitan: Selain ‘Skincare’, 5 Senaman Ini Juga Bantu Hijabi Atasi Masalah Jerawat. Tak Perlu Keluarkan Kos!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI