5 Tip Wajib Ikut Untuk Yang Pakai Hijab Bercorak, Elak Jadi Mangsa Fesyen Ya!

Share

Pelbagai cara untuk menonjolkan lagi gaya polos anda dengan hijab bercorak yang kian trending kini. Namun harus berhati-hati untuk tidak mencampuradukkan dua atau lebih cetakan pada satu penggayaan. Buat gadis hijabi, kena ambil kisah tip di bawah untuk elak anda menjadi mangsa fesyen.

Hijab bercorak jadi trend kini.
  1. Elakkan daripada menambahkan corak cetakan yang sama pada blaus, celana mahupun sepatu anda. Tidak perlu menggunakan satu corak yang sama dari hujung rambut ke kaki.

2. Cuba pilih warna yang lebih neutral seperti ‘nude’, hitam dan putih  pada pakaian anda apabila menggayakan hijab yang bercetak dan bercorak sarat. Ini adalah bertujuan agar ‘look’ itu lebih sedap dipandang.

Elak pakai baju vercorak dan tudung pun bercorak.

3. Aksesori dempak ataupun sandal rona emas dan gangsa amat sesuai dan padan untuk melengkapkan gaya anda pabila menyarungkan hijab yang bercetak.

4. Awas! Hijab yang bercetak rona terang harus dielakkan apabila menghadiri mesyuarat mahupun acara formal, kecuali anda mahukan seluruh tumpuan pada penampilanmu.

Sesuai digayakan untuk acara formal.

5. Setiap hijabi ada stail sendiri untuk menata rias hijab mereka, namun tip yang amat penting untuk tidak bermain dengan ‘volume’ yang terlampau

untuk tidak membuat gaya anda terlalu sarat.

Artikel Berkaitan: 7 Gaya Hijab Paling Popular & Trending

 

Published by
SH