Hijabi yang belum ada idea aktiviti apa nak dilakukan ketika hujung minggu, apa kata jom luangkan masa beriadah sambil berlibur. Sudah menjadi trend kini banyak pihak menganjurkan acara yang tampil dengan pelbagai tema dan acara.
Walau bagaimanapun admin suka berkongsi tip untuk hijabi memulakan riadah larian ini dengan langkah berjaga-jaga tanpa memaksa diri untuk melakukannya.
Tip ini manfaatnya untuk keselamatan dan kesihatan yang berpanjangan. Ada 3 langkah paling utama untuk memastikan hijabi terus ‘Awesome’ sepanjang larian.
SEBELUM ACARA
Persediaan Awal – Jangan tunggu sampai pagi untuk siap sedia. Hijabi harus bersedia untuk sebarang kemungkin. Rancang persediaan peralatan terlebih dahulu seperti senaraikan: pakaian, tuala dan pakaian untuk kemudian, air, makanan ringan, plaster, sokongan otot jika diperlukan, wang, telefon, pemegang barang berharga dan juga ubat.
Tidur malam yang cukup – Saraf pra-larian adalah normal, terutamanya jika anda adalah pemasa pertama. Oleh itu, cuba untuk berehat sebanyak yang boleh dan nikmati tidur malam dengan baik dan secukupnya sebelum berlari.
Hari Acara
Makanan Untuk Bahan Bakar – Rancang apa yang akan anda makan pada hari larian dan pastikan sarapan pagi supaya tidak mendapat kekejangan. Sekiranya sebelum larian anda memerlukan tenaga, perlulah mengambil makanan ringan sebelum berlari. Banyakkan pengambilan makanan karbohidrat, tetapi jangan lupa protein juga sama pentingnya.
Rengangan Dinamik – Rengangan ini melibatkan pergerakan dan usaha otot untuk peregangan berlaku. Walaupun regangan statik, masa yang diperlukan selama 15 hingga 60 saat, regangan dinamik mengambil tisu lembut untuk panjang penuh dan bukannya memegangnya. Selepas rengangan singkat 3 hingga 5 saat, otot sedang menjangkau kontrak dan otot-otot dan tendon mengerahkan tenaga. Dengan cara ini, kita boleh memanjangkan otot, menguatkannya dalam julat barunya dan juga bekerja pada keseimbangan dan koordinasi. Ia juga memberikan pemanasan yang baik sebelum berlari.
Selepas Acara
Hidrat – Anda pasti akan menggantikan peluh dengan cecair selepas berlari jadi apa yang harus minum dan bila? Air, jus dan minuman sukan dicairkan adalah pengganti cecair yang baik. Sekiranya anda berjalan selama kurang daripada sejam, air kosong adalah pilihan yang baik. Tetapi, jika anda telah berlari selama lebih dari satu jam, minuman yang mengandungi gula dan sodium membantu mempercepatkan pemulihan.
Live The Beat – Yang paling penting, setelah larian hijabi harus tenang dan chill dengan mendengar muzik . #LiveTheBeat raikan bersama The Music Run di KL Sport City untuk aktiviti chill hijabi di hujung minggu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dilantik Sebagai Duta UNHCR, Maya Ghazal Jadi Pelarian Wanita Syria Pertama Bergelar Juruterbang!
Gadis berusia 23 tahun ini membuktikan yang gender dan hijab bukanlah halangan untuk mengecap kejayaan, lebih-lebih lagi apabila status dirinya sebagai seorang pelarian. Namun kesemua itu tidak menjadi penghalang.
Dia menjadi lambang seorang wanita beragama Islam yang mementingkan pendidikan dan bercita-cita tinggi. Bukan hanya cemerlang dalam bidang akademik, kredibiliti gadis yang berasal dari Syria ini menarik perhatian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
Dia antara barisan gadis muda yang dilantik sebagai duta kepada UNHCR Good Will Ambassador bermula 2021 bagi meraih kesedaran mengenai hak asasi manusia dan juga mewujudkan kesedaran kemanusian terhadap isu pelarian.
Memetik kenyataan UNHCR yang dimuat naik di laman sesawang pertubuhan itu, Maya telah menyampaikan ucapan yang memberi inspirasi di seluruh dunia kepada khalayak kanak-kanak sekolah kepada negarawan, sektor swasta kepada diraja, termasuk di Forum Pemerkasaan Belia WE Day, Forum Sosial Global mengenai Pendidikan, Istana Westminster, Sidang Kemuncak WISE dan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada tahun 2019 Maya memberikan ucapan yang penuh inspirasi di TEDxPalaisDesNationsWomen yang mana dia memecah stereotaip dan menawarkan lima penyelesaian untuk lebih memahami pelarian dan mengapa masyarakat harus melabur dalam potensi mereka yang tiada had.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Muslim Berhijab Pertama Bergelar Senator Di Australia, Fatima Payman Cipta Sejarah
Sedikit latar belakang mengenai gadis manis berhijab ini, dia merupakan pelarian Syria yang terpaksa meninggalkan negaranya disebabkan pergolakan peperangan pada 2015 ketika berusia 16 tahun. Kemudiannya dia memulakan kehidupan baru di United Kingdom di bawah skim penyatuan semula keluarga.
Jauh dari negara asalnya, Maya tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, dia belajar sendiri dan mengatasi pelbagai halangan untuk mendapatkan tempat di sekolah untuk memulakan semula pengajiannya yang tergendala. Melalui gabungan kerja keras dan ketabahan dia kini sedang menuntut di peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Penerbangan dan Pengajian Juruterbang di Universiti di London.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber: UNHCR Kredit foto: Instagram Maya Ghazal
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah
Pembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Sentiasa bersemangat
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Rindu padanya
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
IN PERSON WITH YB NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM by hijabista
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Buat ini bila sedih
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,” tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Welcome to visit us anytime, dear @natashahudsonofficial ????#Parliament #SoulSisters
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Minat fesyen ringkas
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
5 perkara menarik tentang YB
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
YB Bersukan?
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Media Sosial
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Hubungan dengan Datin Seri Wan Azizah
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang mendoakan agar bonda @drwanazizah lekas sembuh. #PPUM
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Muzik
Sukakan muzik. Saya memang minat M.Nasir dan kalau artis muda Wany Hasrita. Lagu paling saya suka adalah Srikandi Cintaku.
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Fesyen
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Fashionvalet
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Petua cantik
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Kalau bukan ahli politik sekarang
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
NO TURNING BACK WITH YB NURUL IZZAH by hijabista
KREDIT:
FOTO& VIDEOGRAPHER: MOHD IZARI ROSLI
KONSEP: SURIA HASSAN
BUSANA: SETH & LUNA, MOOD BY MIROL JONIT
SOLEKAN: KELRINA
AKSESORI: SCHA FADLY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Makan Nasi Lemak Tanpa Rasa Bersalah, Resepi Ini Paling Sihat. Rugi Tak Cuba!
Hidangan ikonik yang berjaya menawan hati semua yang telah mencubanya. Nasi lemak menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Mudah didapati di mana-mana negeri dan menjadi makanan pilihan tak mengira waktu, Bagi mereka yang sudah mencubanya.
Oleh kerana mendapat sambutan yang begitu baik dan tempat di hati rakyat Malaysia, Nasi Lemak sememangnya antara hidangan yang diagung-agungkan sehingga mereka di luar negara turut mengenalinya. Walaupun enak, ada juga beberapa individu yang tidak akan menggemarinya. Mungkin mereka dikalangan pengamal diet sihat, sudah pastinya jumlah kalori menjadi penghalang.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarapan Pagi Nak Makan Nasi Lemak? Tiada Masalah…Boleh Ikut Saranan ‘Fitness Instructor’ Ini
Tetap sihat
Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat,protein,lemak lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? Takut bukan
Nah, HIJABISTA kongsi resepi nasi lemak paling sihat untuk mereka pengamal diet yang masih teringin menikmati rasa hidangan nasi lemak.
Nasi Lemak Oat
BAHAN A:
- 3 sudu besar jem beri campuran*
- 1 cawan Susu oat*
- ½ sudu kecil Garam laut falksalt*
- 2 sudu besar ROSTAD LÖK bawang goreng*
- 2 cawan Roaled Oat
- 1 cawan Santan ringan
- 1 keping Daun pandan
- 1 biji timun (dihiris nipis)
- 2 sudu besar ikan bilis kering (goreng udara)
- 2 sudu besar kacang tanah (goreng udara)
- Telur puyuh (direbus & dikupas)
Ramuan dari IKEA Swedish Food Market
- Sambal
- ½ Bawang besar (dihiris)
- 1 sudu besar pes cili
- Gula secukup rasa
- Minyak masak
Pes Rempah (Blended)
- 5 bawang merah kecil
- 2 ulas halia
- 1 inci halia
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hadiahkan’ Emak Untung Jual Nasi Lemak RM1, Tindakan Gadis Ini Cuit Hati Netizen –…
Cara menyediakan:
Sambal
- Tumiskan bahan pes dalam minyak masak hingga naik bau. Masukkan pes cili dan masak sehingga pecah minyak cili.
- Masukkan bawang besar yang dihiris, jem beri campur dan masak sehingga bawang lembut.
- Perasakan secukup rasa dengan serpihan garam laut dan gula secukup
2. Susun kepingan timun keliling bekas.
Panaskan susu Oatly, santan bersama garam dan daun pandan. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, susun hirisan timun di sisi bekas kaca IKEA BESTÄMMA.
Tuangkan roaled oat dan adunan cecair. Biarkan dalam peti ais semalaman.
Apabila sedia untuk dimakan, tambahkan oat semalaman dengan ikan bilis kering, kacang tanah, telur puyuh dan sambal.
Sama sahaja nasi lemak biasa, bezanya nasi lemak ini menggantikan oat sebagai nasi. Resepi ini dicipta oleh Chef Abang Brian dalam sesi temubual bersama Hijabista ketika majlis berbuka puasa bersama IKEA, Chef Abang Brian menekankan supaya kita harus tetap menjaga keseimbangan pemakanan walaupun berpuasa. Nah anda yang berhajat makan nasi lemak di bulan puasa jangan takut untuk mencuba, Rasanya memang enak. Selamat mencuba!
Resipi baharu untuk menyelerakan hidangan anda pada Ramadan ini
Kemungkinannya, anda mempunyai resipi kegemaran anda untuk musim ini, tetapi mengapa tidak menyedapkannya dan mencuba sesuatu yang baharu tahun ini? IKEA telah bekerjasama dengan Chef Abang Brian dan Dr Ezani untuk mencipta resipi ringkas yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia bersama rakan dan keluarga. Dengan bahan-bahan utama yang anda boleh dapatkan dari IKEA Swedish Food Market, jadikan perayaan anda di rumah lebih meriah dan cuba hidangan ini.
IKEA Meatball Rendang by Abang Brian
Abang Brian telah mencipta resipi rendang yang menggiurkan menggunakan bebola daging klasik IKEA, sesuai untuk dinikmati semasa berbuka puasa atau bersahur mahupun sebagai bahan utama untuk sambutan Raya yang akan datang. Ikuti langkah di bawah atau tonton Abang Brian beraksi di SINI.
IKEA Chocolate Almond Torte by Dr Ezani
Puaskan hati manis anda dengan resipi IKEA Chocolate Almond Torte Dr Ezani yang lazat. Pencuci mulut dekaden ini pastinya menjadi pilihan ramai untuk jamuan Ramadan atau Raya anda. Ikuti langkah di bawah atau tonton Dr Ezani membuat resipi di SINI.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI