Kecantikan

Diet Selalu Gagal Kerana Makan Tidak Teratur? Ini 5 Tip Kreatif Elak Anda Obesiti Di Pejabat

Share

Jika anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer, tentu saja anda memerlukankan energi untuk berfikir dan bekerja. Makan makanan yang tidak tepat justeru akan mengundang rasa mengantuk, lemas, bahkan obesiti.

Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang. Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Disamping dapat menjaga diet untuk dapatkan bentuk badan ideal. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.

Jika menginginkan diet anda lancar, simak beberapa tips makan sihat di pejabat berikut ini.

1. Bawa Makan Dari Rumah


Selain Anda dapat jimat, makanan yang anda masak di rumah juga lebih terjamin kesihatannya. Anda boleh membawa makanan sisa makan malam atau sarapan anda. Sediakan bahan masakan pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari.

2. Selalu sedia air putih di meja

Sangat digalakkan untuk tetap menjaga hidrasi tubuh di tempat kerja untuk menghindari banyak masalah kesihatan. Selalu sediakan botol minuman ataupun secawan gelas air putih di meja anda.

3. Kreativiti


Berfikirlah dua kali jika anda ingin makan makanan cepat siap. Selain tidak memberikan nutrisi, makanan ini mengundang kegemukan. Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. Tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Sedap bukan!

4. Sediakan Snek Yang Sihat

Ganti snek anda dengan berbagai makanan sihat seperti kacang-kacangan, granola bar atau buah segar. Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari.

5. Jangan menunda waktu makan

Luangkan waktu 30 minit untuk beralih dari pekerjaan dan pergi untuk makan tengah hari. Anda akan merasa lebih segar dan kembali bertenaga setelah selesai makan siang.

Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak dan sambal itu dapatlah berjimat . Selamat mencuba!

Published by
SH