Jika anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer, tentu saja anda memerlukankan energi untuk berfikir dan bekerja. Makan makanan yang tidak tepat justeru akan mengundang rasa mengantuk, lemas, bahkan obesiti.
Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang. Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Disamping dapat menjaga diet untuk dapatkan bentuk badan ideal. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.
Jika menginginkan diet anda lancar, simak beberapa tips makan sihat di pejabat berikut ini.
1. Bawa Makan Dari Rumah
Selain Anda dapat jimat, makanan yang anda masak di rumah juga lebih terjamin kesihatannya. Anda boleh membawa makanan sisa makan malam atau sarapan anda. Sediakan bahan masakan pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari.
Ads
2. Selalu sedia air putih di meja
Sangat digalakkan untuk tetap menjaga hidrasi tubuh di tempat kerja untuk menghindari banyak masalah kesihatan. Selalu sediakan botol minuman ataupun secawan gelas air putih di meja anda.
3. Kreativiti
Berfikirlah dua kali jika anda ingin makan makanan cepat siap. Selain tidak memberikan nutrisi, makanan ini mengundang kegemukan. Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. Tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Sedap bukan!
Ads
4. Sediakan Snek Yang Sihat
Ganti snek anda dengan berbagai makanan sihat seperti kacang-kacangan, granola bar atau buah segar. Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari.
Ads
5. Jangan menunda waktu makan
Luangkan waktu 30 minit untuk beralih dari pekerjaan dan pergi untuk makan tengah hari. Anda akan merasa lebih segar dan kembali bertenaga setelah selesai makan siang.
Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak dan sambal itu dapatlah berjimat . Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya pastilah kita menjadi antara insan bertuah.
Seperti juga perkongsian pelakon serta penyanyi, Nonny Nadirah yang bersyukur menerima hidayah dari Allah dalam usia yang masih muda dan detik permulaan ketika menjadi tetamu-Nya awal tahun ini.
Dia menunaikan umrah di Tanah Suci dengan tujuan untuk beribadah, tetapi tidak menyangka hatinya telah dijentik oleh Allah untuk melakukan penghijrahan.
Sebaik pulang, Nonny mula berhijrah dengan memakai tudung sebagai menunaikan kewajipan menurut aurat bagi setiap wanita Muslim.
“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menunaikan umrah ketika itu. Dan itu adalah detik permulaan untuk mula memakai tudung. Perasaan ingin memakai tudung ini adalah dari diri saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya ingat lagi ketika itu mahu pergi buat satu recording untuk satu program. Dan bila habis saja tugasan di situ terus terdetik hati untuk memakai tudung. Waktu itu saya terus ambil satu selendang dan terus pakai di kepala,” ungkap Nonny menceritakan detik permulaan hijrahnya.
Menurut Nonny juga pada masa yang sama dia terus mengajak temannya itu untuk membeli tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Saya terus beli 5 helai tudung bawal yang berharga RM10. Sebenarnya sebelum ini saya memang pernah pakai tudung terutama yang dituntut untuk sesi penggambaran drama. Tetapi waktu itu belum tergerak hati untuk memakai secara sempurna.
“Dan perasaan yang betul-betul saya rasa selesa untuk berhijab adalah apabila berada di Tanah Suci. Ini kerana di situ kita tahu wajib menutup aurat sepenuhnya. Dan selepas balik dari umrah saya rasa ada benda yang hilang dari atas kepala. Malah kepala rasa macam berangin saja. Kemudian barulah bermula episod saya mula memakai tudung.
“Perasaan pertama kali berhijab dengan kerelaan hati ini sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan rasanya orang lain juga begitu. Perasaannya memang lain macam sedikit.
“Pada mulanya memang saya ada juga perasaan takut untuk berhijab ini. Maklum diri kita ini selebriti, apa yang kita buat jahat memanglah salah. Tetapi bila kita buat baik nanti akan dikatakan seperti acah-acah nak jadi baik pula. Tetapi bagi saya yang penting adalah niat berhijab itu kerana Allah,” tambah Nonny yang tidak menolak jika ada orang yang menganggap perhijrahannya itu sebagai ‘propa’.
Walau bagaimanpun sebagai hamba-Nya dia hanya meminta dipermudahkan urusan sepanjang di awal penghijrahannya ini.
“Memang orang akan beranggapan macam-macam pada kita. Tetapi sebagai hamba Allah, saya berbalik padaNya, saya minta padaNya, dipermudahkan segala urusan. Sebabnya kalau kita sedang menuju ke arah kebaikan dan berbuat baik, Allah akan mudahkan jalan kita. Malah Dia juga akan mengangkat darjat kita ke satu level yang lain.
“Saya rasa dengan berbuat baik, kita tidak perlu ada perasaaan malu. Lebih baik ada rasa malu dengan Allah dan itulah yang saya buat. Bagi saya ketepikan saja cakap-acap orang. Bila kita asyik pikir cakap mereka, alamatnya tak akan maju ke depan la kita,” jelasnya yang memberitahu dia masih lagi Nonny Nadhirah yang dulu cuma berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bercerita lanjut tentang penghijrahannya juga, Nonny bersyukur kerana seluruh keluarga menyambut baik keputusan untuk bertudung.
“Sudah tentu keluarga merupakan orang pertama yang saya beritahu tentang penghijrahan ini. Emak adalah insan paling gembira dengan penghijrahan saya. Saya percaya berkat doa ibu yang tidak pernah terlebih atau terkurang. Selama ini ibu tak pernah mengongkong. Dia telah jalankan tanggung jawab seorang ibu yang baik.
“Ibu tunjukkan perbuatannya. Memakai tudung, dia bersolat dan juga menegur dengan cara baik. Berkat doanya selama ini saya dibukakan hati untuk berhijab. Selepas bertudung memang tidak dinafikan ada dugaannya tersendiri.
“Maklumlah kita pertama kali berhijab dan tak reti nak belit sana belit sini. Kalau dulu zaman free hair senang tak payah gayakan sangat rambut. Bila bertudung, kita nak pastikan hijab digayakan itu kemas dan terletak di kepala.
“Untuk kemasan perlu jarum yang lebih dan pernah satu hari itu belum masuk kereta pin dah terjatuh dulu. Momen ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya perhatikan macam-macam jenis gaya orang bertudung.
“Saya juga lakukan carian cara pakai hijab tanpa perlu pakai jarum yang banyak. Lama kelamaan barulah kita boleh belajar dan gayakan ikut cita rasa sendiri,” tambahnya yang suka gaya ringkas tetapi menyenangkan pergerakan.
Menurut Nonny, tidak susah sebenarnya seseorang itu untuk berhijab. Cuma pada permulaan kerana tidak tahu gayakan stail yang sesuai.
“Kita belajar perlahan-lahan dan lama-lama mesti pandai. Tak payah belit-belit sangat janji tutup kepala. Bagi saya bila masanya lagi untuk berhijab. Nanti bila mati kena tutup semua juga. Jadi tanya pada diri sendiri nak tutup sekarang atau masa mati nanti.
“Pesan saya pada mereka di luar sana, jika ada rasa terdetik sikit pun nak pakai tudung, teruskan saja niat berkenaan. Jangan berhenti sebab kita tak tahu bila lagi perasaan itu akan datang. Insya-Allah mohon pada Tuhan agar segala urusan nanti akan dipermudahkan,” jelasnya yang menjadikan ibunya sebagai ikon dalam berfesyen.
Hidup tidak selalunya indah. Ada masanya, anda pasti akan alami ‘bad day’ hingga merosakkan mood anda sampai ke malam. Bawa bertenang hijabi, ingatlah perasaan amarah itu merupakan sifat syaitan. Sebaiknya, hindari sifat buruk ini.
Sekiranya anda mengalami ‘bad day’, cuba baca 6 kata-kata positif ini. Pasti anda akan kembali bersemangat! Jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan di media sosial supaya semua menjadi positif. Singkirkan aura negatif, yang penting cuba amalkan 7 doa ini juga.
Ya, menjadi positif itu tidak semestinya berpura-pura bahawa semuanya baik. Tetapi sebenarnya ia melihat sesuatu perkara dari sudut yang baik. Pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi kan?
Sebaik-baiknya, jangan biarkan situasai yang buruk itu menguasai diri anda. Daripada bersifat negatif, lebih baik anda kuat dan berfikiran positif. Memang susah tetapi individu yang hebat pasti mampu melakukannya!
Sayangi diri anda dahulu kerana ia merupakan perkara yang utama untuk kekal positif. Kecantikan datang daripada dalam dan luar. Kedua-duanya haruslah seiring.
Tidak dapat dinafikan, kata-kata ini memang tepat sekali! Sekiranya anda berfikiran positif, pasti akan ada perkara yang baik muncul. Jadi, jangan sesekali berfikiran negatif okay!
Pastikan anda berkawan dengan sahabat yang baik dan positif kerana ia akan buat anda lebih bersemangat dan memberi tenaga yang positif.
Setiap pagi selepas bangun tidur, anda mempunyai dua pilihan sama ada mahu menjadi seorang yang positif atau negatif, optimis atau pesimis. Pilihlah untuk menjadi positif dan optimis. Ia akan menceriakan hari anda. Percayalah.
Berikut adalah himpunan doa penenang hati dari Al-Quran dan hadis yang boleh diamalkan. Ianya pendek dan mudah dihafal.
(Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.)
Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
– Sahih Bukhari
Doa 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
(Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya:Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
– Hadis Riwayat Tirmidzi
Doa 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
(Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
(Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.)
Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
– Sahih Bukhari
Doa 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
(Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin.)
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.
Hujung tahun keterujaan bercuti bersama girl gang travel semakin memuncak, namun jangan lupa akan penjagaan kulit agar sentiasa kelihatan cantik, berseri dan segar sepanjang percutian.
Sudah semestinya setiap kali bercuti, musuh utama adalah sinaran matahari berbahaya akan memberi kesan kepada kulit terutama di bahagian yang terdedah terutama wajah. Bukan itu sahaja mlahan perubahan cuaca di negara yang dilawati juga memang tak dapat di jangka.
Girl gang travel, inilah masanya mencari pek kecantikan yang mudah untuk dibawa ke mana shaja. Kebiasaanya hujung tahun lambakan jenama penjagaan kulit wajah mahupun penjagaan badan mempunyai pakej istimewa dengan didatangi pek istimewa percutian. Jangan lepaskan peluang memiliki pek terhad san istimewa sesuai juga dijadikan hadiah istimewa untuk teman tersayang dan ahli keluarga. Hijabista senaraikan pek kecantikan istimewa ini bagi menaikkan mood girl gang travel untuk kekal cantik ketika bercuti.
Kit bantuan pertama untuk tidur, cara semula jadi untuk memulihkan corak tidur yang normal. Spray bantal tidur membantu anda tidur malam yang lebih baik, hasil campuran aromaterapi yang kuat dari minyak pati Lavender, Camomile dan Vetivert. Sleep on it semburan bantal, dengan teknologi mikro-enkapsulasi yang bijak, adalah semburan terapi untuk anda yang sukar tidur dan yang tidak selesa. Stress check roll-on tekanan ketegangan dibina sepanjang hari dan mengandungi Eucalyptus untuk merangsang dan membantu melawan keletihan, Frankincense untuk membantu melegakan fizikal dan mental dan Lavender tidur yang menggembirakan.
Pengelupasan berganda dengan skrub duo kulit, skrub Asal saya dibuat dari kacang robusta yang dibakar dan tanah yang akan memberi kulit suatu penyingkiran yang mendalam dan menggalakkan peredaran sementara minyak badam manis untuk menghidrat. Untuk mandi yang lebih menyeronokkan (tiada had) edisi terhad Rose Gold Shimmer Scrub untuk sesi berenang dan muncul dengan licin, terhidrasi dan dengan kemuncak berkilauan emas mawar pada kulit.
Mengeluarkan sisa kotoran, melembutkan kulit dengan Sugar Strawberry Exfoliating Face Wash juga perlahan-lahan mengelupaskan kulit mati. Masker muka selama 5 minit Lotus Youth Preserve Rescue Merangsangkan dan melicinkan.Penghidratan pelepasan masa kulit penglidapkejutan dengan Krim gel Rose Deep Hydration Face Cream.
Peningkatan ketenangan dengan Lotus Youth Preserve Face Cream untuk kelembapan 24 jam.Merangsang kulit wajah dengan masker muka selama 5 minit Lotus Youth Preserve Rescue lebig bercahaya dan melicinkan. Detoks kulit yang mati dengan menggunakan Lotus Youth Preserve Dream Face Cream Fights yang kaya dengan antioksidan.
Rose Deep Hydration Facial Toner disemai dengan kelopak mawar sebenar mampu mengecilkan pori-pori. Kelembapan yang tahan lama dan melindungi bibir Sugar Rosé Tinted Lip Treatment SPF 15 Sheer rose. Rose Face Mask Hydrates and tones disemai dengan kelopak mawar sebenar bersama Rose Deep Hydration Face Cream Skin-quenching gel cream hidrasi berpanjangan.
Innisfree Green Holidays dengan semangat menyebarkan kegembiaraan melalui lagu, kami telah bekerjasama dengan seniman Belanda bernama Jordy van den Nieuwendijk untuk merancang barisan produk Green Holidays Collection 2019. Jordy mengilhamkan rekabentuk dari muzik yang bergema pada musim cuti pada akhir tahun ini.Gandakan keseronokan dengan keindahan kecantikan anda yang paling penting yang menguatkan penghalang kulit dan mengekalkan kelembapan di dalam kulit dengan 2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Serum (160ml/RM152) bersaiz jumbo.
Bingkisan cenderahati musim percutian dengan penuh kasih sayang bersama 2019 Green Holidays Perfumed Hand Cream Set (30ml x 3ea/RM51) yang mempunyai teknologi separa berlilin untuk memastikan kekal wangi dan melembapkan sepanjang hari.
2019 Green Holidays Jumbo-sized Green Tea Seed Cream (100ml/RM142) Krim bersaiz jumbo eksklusif yang menghidrat dengan tekstur gel lembut, menjaga kulit dan mencerah dengan sihat semasa musim cuti.
2019 Green Holidays Perfumed Diffuser (110ml/RM100) Aroma segar dan mewah yang datang dalam dua aroma. Contrabass aroma romantik bauan kayu dan Soft Trumpet memancarkan melodi orkestra yang indah pada akhir tahun.
2019 Green Holidays Bright Music Notes Scented Candle (60g/RM105) Mencerahkan semangat percutian dengan aroma tajam, berkayu dan musky yang menyerupai kehangatan yang kita rasakan pada akhir tahun ini. Lilin wangi yang selesa dan elegan juga berputar dengan indah dengan muzik lazat musim cuti.
Selaras dengan tema muzik pada tahun ini, innesfree menjemput anda untuk menyebarkan aura gembira dengan konsep retro Kit Kertas DIY. Dengan setiap pembelian produk dari Green Holiday Collection 2019, dengan harga RM10 (harga asal RM30).
2019 Travel Essential Hydration Set (RM154)
Keperluan penting ketika anda sedang dalam perjalanan Edisi terhad ini mungkin berbeza sama sekali. Pakej Edisi terhad ini, terdapat barangan kecantikan seperti
Cactus Flower & Tibetan Ginseng Hydrating Mist 75ml RM74 28ml – Satu formula penyejukan, menyegarkan yang membersihkan juga menghidrat kulit anda, memberi nafas baru ke dalam kulit anda dengan setiap spritz.
Ultra Facial Cream RM80 percuma 30ml – Langkah penghidrasi selama 24 jam dengan Kiehl’s Ultra Facial Cream. Bertekstur ringan dan meninggalkan kesan kulit yang selesa dan kelihatan seimbang, terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas. Campuran unik ramuan membantu mengurangkan kehilangan lembapan, sambil melakar dan menyerap kelembapan dari air.
Ultra Facial Cleanser – Diilhamkan dari Ultimate award-winning moisturizer, Ultra Facial Cream. Pembersih muka ini adalah formula ringan yang membersihkan dan menghilangkan kotoran tanpa mengeringkan kulit minyak semulajadi. Sesuai untuk semua jenis kulit, dan diuji untuk keselamatan dan kelembutan dengan PH seimbang untuk mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit.
Hair Heroes Gift Set RM230
Kit ini termasuk masker rambut yang disemai dengan kelapa, ara, mentega shea, biji rami dan minyak argan untuk menguatkan dan mengembalikan rambut kepada keadaan dara tulennya. Formula yang dikenakan terlalu tinggi memberikan hidrasi dari akar ke hujung, membaiki rambut yang rosak dari haba, pengayaan rambut, pewarna dan alam sekitar. Ia meningkatkan tekstur rambut dari rambut bercabang, kering dan menambah kilauan.
The Tangle Tamer, dengan teknologi bulu halus, merawat rambut dari kerosakan yang minimum. Ia membantu dengan penggunaan masker dan selepas penjagaan rambut berkilau seperti baru. Pembungkus Towel Microfibre Deluxe adalah tuala rambut mikrofiber yang lembut dan penyerap air pada rambut yang dibungkus. Ia mengeringkan rambut dengan cepat dan mudah, secara drastik dan menjimatkan masa. The Luxury Drawstring Cosmetic Bag untuk menyimpa produk kecantikan rambut.
Honk if You’re Hot Makeup Set (Limited Edition 2019) RM210
Set edisi terhad khas ini termasuk saiz penuh The POREfessional, Gimme Brow +, Memang benar! maskara hitam menonjolkan sinar mata seperti “supermodel. Semuanya datang dalam bungkusan yang unik ini.
• They’re Real! beyond mascara in jet black | full-size.
• High Beam satiny pink complexion highlighter | full-size.
• Gimme Brow+ brow volumizing fibre gel in shade 3 | full-size.
Kotak edisi terhad diisi dengan topeng untuk rutin penjagaan kulit yang lengkap! 8 topeng Koleksi Sephora yang dipilih dengan teliti supaya anda boleh memanjakan diri dari kepala hingga kaki.
Rangkaian mask:
•1 Lychee face mask
•1 Cucumber eye mask
•1 Charcoal nose strip
•1 Coconut Hair sleeping mask
•1 Aloe vera hand mask
•1 Almond foot mask
•1 Shea lip mask
Tips: Untuk menjimatkan masa atau menambah keseronokan dan semasa percutian anda, beberapa topeng boleh digunakan pada masa yang sama untuk kesan multi-masking (contohnya topeng mata dengan jalur arang, topeng bibir dan tangan topeng, dsb.).
Mandian hebat The Body Shop, manjakan diri bersama girl gang travel dengan buihan mewah Bom Mandian! Rasa segar dengan buah-buahan seperti Strawberry, Mangga dan Candied Plum. Melegakan deria dengan Moringa dan Vanilla Delight Bath Bubbles. Bersantai dan pulihkan mode percutian dengan Bom Mandian Teh Hijau yang menaikkan semangat di musim percutian. Lengkap dengan penggosok badan berstekstur, Bath Lily, Isi masa lapang anda dengan berendam dengan pek mandian musim percutian Bersama The Body Shop.
24 kejutan yang memanjakan. Cara yang indah untuk teruja dengan Percutian! Ini adalah tawaran Pembelian dengan Pembelian (PWP). Dapatkan Kalendar Istimewaan Pakej Cantik secara Premium pada harga RM358 dengan min. RM30 belanja secara dalam talian! Hanya tambah item biasa bernilai RM30 & ke dalam troli beli-belah anda, Anda layak memiliki Kalender Terhad ini. Hanya 2 unit bagi setiap transaksi sahaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.