Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.
Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Justeru, Hijabista sempat bertanyakan kepada empunya badan, apakah ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
Artikel Berkaitan : Gaya Hijab Watak Putri Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah Jadi Ikutan, Sweet Sangat!
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Artikel Berkaitan : Bengkak Mata Tengok Drama, Ini Pesanan Suami Ummi Naziera Buat Anda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.