Sebut sahaja nama figura wanita yang satu ini, Dayang Nabellah Awang Astillah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Bella Astillah pasti Nonarians terbayangkan si cantik kecil molek suri hati kepada Aliff Aziz ini.
Meskipun kini sudah berusia 29 tahun, namun penampilan jelitawan bertuit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, bella masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Justeru, Hijabista sempat bertanyakan kepada empunya badan, apakah ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Ads
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Hasil perkongsian hidup bersama mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Bagi anak-anak muda apabila sudah mula memasuki alam pekerjaan, ‘benda’ pertama yang ingin dimiliki adalah kereta. Namun ada yang membeli kereta melebihi kemampuan mereka sebenarnya hingga akhirnya menjadi satu beban yang ‘menyesakkan’.
Bayangkan setiap bulan perlu ikat perut semata-mata ingin menampung kos servis kereta dan sebagainya. Itu belum lagi kos-kos lain yang tidak dijangka. Kereta baru tentunya menjadi pilihan walaupun lebih separuh gaji terpaksa dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan kereta.
Berikut perkongsian Azizul Azli Ahmad yang merupakan seorang pelabur hartanah yang boleh dijadikan panduan.
KERETA BUKA PLASTIK ATAU TERPAKAI?
Sebaik sahaja anda mula bekerja, salah satu keputusan penting yang anda akan ambil ialah membeli sebuah kereta.
Walaupun kereta merupakan kaedah pengangkutan yang selesa, namun perlu diketahui bahawa memiliki sebuah kereta bukan setakat membayar ansuran bulanan sahaja.
Ia juga melibatkan kos lain seperti petrol, bayaran tol, bayaran parkir kereta, cukai jalan, insurans, kos penyelenggaraan serta kos membaiki apabila kereta anda rosak.
Seandainya anda boleh membayar segala kos yang disebutkan tadi dengan selesa, anda masih perlu bertanya kepada diri anda sama ada kereta itu merupakan suatu keperluan atau kehendak?
Apabila kereta adalah keperluan, anda perlu membuat keputusan sama ada ingin membeli kereta baru atau kereta terpakai.
Ramai orang beranggapan bahawa membeli kereta baru adalah lebih baik kerana kos penyelenggaraannya rendah, tetapi pada hakikatnya memiliki kereta baru juga ada kelemahannya.
Ketika memutuskan jenis kereta yang diperlukan, anda hendaklah terlebih dahulu menilai kemampuan anda.
Jika didapati membeli kereta baru boleh membebankan, belilah kereta terpakai yang masih berkeadaan baik.
Lagipun, kereta hanya sebuah kenderaan yang membawa anda bergerak dari suatu tempat A ke tempat yang lain B.
TIP BIJAK MEMBELI KERETA:
• Buat perbandingan untuk mendapatkan kereta yang boleh diharapkan dan memenuhi keperluan anda.
Ada baiknya jika anda meminta nasihat daripada ahli keluarga atau sahabat yang mahir/pakar mengenai kereta.
• Jika anda ingin membeli kereta terpakai, dapatkan khidmat mekanik yang boleh dipercayai atau melakukan pemeriksaan kereta tersebut di PUSPAKOM.
• Pertimbangkan harga jualan semula atau nilai tukar beli kereta sekiranya anda bercadang untuk menukarnya kelak.
• Sekiranya anda mengambil keputusan untuk memohon pinjaman kereta, cari pakej terbaik berdasarkan kemampuan anda.
Dapatkan maklumat mengenai kadar faedah efektif yang akan dikenakan.
• Rangka bajet mengikut pendapatan anda. Ambil kira ansuran bulanan kereta dan kos-kos lain, seperti kos petrol, bayaran tol, parkir kereta, perbelanjaan lain, termasuk cukai jalan, insurans dan servis biasa.
• Cuba tingkatkan tabungan untuk bayaran pendahuluan supaya pinjaman yang diambil lebih rendah dengan tempoh pembayaran yang lebih singkat.
Perlu diingatkan bahawa semakin panjang tempoh pinjaman, semakin banyak faedah yang anda perlu bayar.
Ini mungkin akan menyukarkan anda untuk menjual kereta tersebut kerana nilai pasaran kereta jauh lebih rendah berbanding dengan baki pinjaman.
• Jangan gunakan kad kredit untuk membuat bayaran pendahuluan kerana anda terikat dengan pinjaman pada kadar faedah yang sangat tinggi.
• Bersedia untuk menanggung perbelanjaan di luar dugaan seperti membaiki kereta sekiranya berlaku kerosakan atau kemalangan.
Ada baiknya untuk mengetahui tentang kemudahan mendapat alat ganti serta kos untuk menggantikannya.
• Pastikan kereta anda mempunyai perlindungan insurans komprehensif yang mencukupi atau sekurang-kurangnya mempunyai perlindungan insurans pihak ketiga.
Kadar bayaran bukan tidak melebihi 15% gaji bersih anda.
Buat keutamaan dalam hidup, cari kediaman yang hampir dengan tempat kerja atau kemudahan awam. Rancang beli rumah seawal kerja atau kali pertama jumpa bakal mertua.
HIJABISTA: Kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan tidak ada salahnya untuk anda memiliki kereta yang baru dengan model baru. Jika tidak, beli sahaja kereta terpakai untuk kemudahan anda asalkan ia tidak membebankan kewangan anda setiap bulan.
Saban hari selalu kita lihat ramai diantara umat manusia yang menerima hidayah dari Allah yang maha esa, meski mempunyai latarbelakang dan sejarah yang berbeza sebelum berhijrah menganuti agama Islam.
Begitu jugalah yang berlaku kepada seorang lelaki berketurunan India yang akhirnya memeluk Islam kerana merasakan kekosongan jiwa, walaupun kehidupanya sudah berjaya dan menyayangi serta menyanjungi ibunya dengan sepenuh jiwa raga.
Jiwa Kosong, Nampak Berjaya Tapi Hati Semakin Tenat!
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah menerusi sebuah muatnaik video di aplikasi TikTok miliknya menggunakan akaun pengguna @mukagangster
Menerusi video berkenaan Mikael menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrah miliknya sehingga akhirnya jiwanya terasa tenang dan amat bermakna.
Menurut Mikael, sebelum memeluk Islam dirinya merasa sangat kosong sehingga tidak tahu apakah erti kehidupan yang sebenar. Malah, dia telah berkali-kali berusaha untuk mengisi kekosongab tersebut namun tidak membuahkan hasil.
“Saya cuba mengisi kekosongan. Tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi. Diluar nampak berjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
“Namun pada satu pagi iaitu waktu subuh, dia terdengar satu suara seakan memberi ‘petunjuk’ kepadanya. Menurut Mikhael, meskipun pada waktu itu dia tahu apakah maksud di sebalik petunjuk itu namun dia tidak mengendahkannya. Malah dia terus mengejar dunia namun hatinya tetap tidak tenteram.
“Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah, aku yang cipta kamu tapi ini yang aku beri pada kamu. Terima sahajalah. Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu tapi saya masih tidak mahu menerima,” ujarnya.
Tak Sangka Mak Begitu Baik, Terima Penghijrahan Mikael Dengan Berlapang Dada
Namun, pada suatu hari Mikael berkata, dia akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk islam dan mengumpul keberanian untuk memaklumkan perkara itu kepada ibunya.
“Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.
“Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya,” jelasnya.
Tambah Mikael lagi, sebaik sahaja menganut agama Islam dia merasakan hati semakin tenang dan damai. Malah, segala kerunsingan yang dialaminya lenyap sekelip mata.
Justeru, merasakan dirinya seorang pendosa, Mikael sanggup berpuasa selama setahun demi menyucikan dirinya dari dosa-dosa lampau sehingga kesihatanya terjejas, meskipun dia sedar perkara itu adalah ditentang di dalam Islam kerana mendatangkan kemudaratan.
“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit,” katanya.
Apa yang lebih membuatkan Mikael bahagia selepas memeluk agama Islam adalah menerima rezeki yang tidak disangka apabila, Mikael akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya yang begitu baik dan tulus menjalaninya sebagai seorang anak, walaupun berlainan agama.
Badan lesu dan tak bertenaga bukan alasan untuk hijabis menjalankan tugasan seperti biasa. Sering kali bila tiba waktu makan tengahari mula lah perut terasa sebu dan badan sudah tidak bermaya. Namun kita tidak boleh memberikan alasan tidak boleh melakukan kerja harian seperti biasa. Jadi kami kongsikan 7 tip yang berguna bertenaga sepanjang hari.
1. Elakkan Makanan Masin Ketika Sarapan.
Namun, tahukah anda bahawa lauk-pauk masin sebegitu akan membuatkan tubuh anda cepat kering lalu berasa dahaga? Ini adalah disebabkan reaksi tubuh terhadap garam di mana ia memerlukan kuantiti air lebih banyak untuk membasmi rasa masin tersebut. Jadi, sila elak menikmati makanan yang masin ketika sahur.
2. Kunyah Makanan Sehingga Hancur
Menurut sunnah nabi, seseorang perlu mengunyah makanan 40 hingga 44 kali untuk pastikannya betul-betul hancur sebelum ditelan. Dengan itu, makan dalam kuantiti sedikit pun sudah boleh terasa kenyang!
3. Makan Kekacang & Kurma
Kekacang adalah gabungan nutrien yang penuh termasuklah protein serta lemak dan serat yang baik untuk membuatkan perut cepat kenyang. Jika bosan untuk menikmati nasi, anda boleh makan segenggam kekacang pilihan (gajus/badam/walnut/kacang tanah). Cara ini pasti membantu.
4. Segelas Air Sebelum Makan
Tetapi mengikut kajian saintifik, taktik meminum segelas air sebelum makan adalah terbaik untuk buat perut terasa kenyang.Jadi, sebelum menikmati sajian , terlebih dahulu jangan lupa untuk meminum segelas air kosong.
5. Lebihkan Buah-Buahan & Sayur
Jika ingin menghalang tubuh dari kehilangan nutrien serta kekurangan bendalir, sila makan buah dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang lebih banyak. Setiap jenis buah yang berlainan warna memiliki vitamin dan nutrisinya tersendri.
6. Sibukkan Diri
Cuba sibukkan diri dengan tugasan harian seperti menyiapkan kerja sehabis mungkin di pejabat mahupun alihkan perhatian dengan menonton siri televisyen kegemaran ketika hujung minggu. Membaca Al-Quran pun membantu! Bila lagi anda hendak kumpul pahala berlipat kali ganda kan?
7. Makan Bijian Penuh
Bijian penuh seperti oat, granola bar dan oat porridge umpamanya kaya dengan serat dan protein yang boleh menguatkan otot bahkan secara tidak langsung membekal tenaga ke dalam tubuh agar kekal cergas dan bermaya sepanjang hari .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...