Memutihkan wajah tidak hanya menggunakan bahan-bahan alami atau krim pemutih wajah saja tetapi juga boleh dilakukan tanpa ubat dan cukup menjalani perintah agama.

Dalam agama Islam untuk mendapatkan wajah putih berseri dan awet muda amat mudah asalkan rajin dalam melaksanakan ibadah seperti solat dan lainnya.

5 Tip Agar Wajah Cantik & Betul-betul Putih Berseri Menurut Islam. No 2 Patut Amalkan Selalu!
Kredit foto: Pinterest

Bagi Anda yang ingin terampil cantik dan wajah berseri maka tidak perlu dengan membeli pelbagai produk-produk kecantikan yang berharga mahal. Ini kearna cara memutihkan wajah menurut Islam ini boleh anda amalkan. Selain kelihatan cantik dari luar, cara ini juga akan membuat penampilan anda cantik dari dalam sehingga membuat siapa saja yang meilhat akan terpesona.

Amalan Cantik Mengikut Cara Islam

1. BerwuduK

Wuduk merupakan salah satu syarat wajib untuk mendirikan solat. Bermula dari membasuh anggota badan dari bahagian wajah hinggalah pada kaki bukan hanya akan membuatkan anda bebas dari kotoran, tetapi sangat baik untuk kecantikan kulit terutama wajah. Jadi tidak hairanlah mereka yang kerap berwuduk wajah akan putih  berseri dan tampak segar serta awet muda.

5 Tip Agar Wajah Cantik & Betul-betul Putih Berseri Menurut Islam. No 2 Patut Amalkan Selalu!

Ads

2. Murah Senyuman

Senyum bukanlah hal yang menyulitkan dan sangat mudah dilakukan. Senyum ini juga termasuk salah satu ibadah dalam islam sehingga itulah mengapa kita dianjurkan agar murah senyuman terhadap siapa saja. Namun selain mendapatkan pahala, orang yang murah senyum wajahnya akan tampak cantik dan berseri sehingga mereka akan terlihat lebih awet muda.

3. Menghilangkan Sifat Iri Hati & Dengki

Ads

Perasaan iri hati dan dengki tentu saja ada di setiap manusia sehingga anda perlu kuat untuk melawan sifat ini agar tidak menguasai diri. Seseorang yang ada sifat ini biasanya akan melakukan apa saja untuk menjatuhkan seseorang. Selain itu, wajah orang yang suka iri hati dan dengki tentunya akan selalu terlihat kusut dan kusam kadang-kadang terlihat hitam sehingga mereka akan terlihat cepat tua kerana jarang tersenyum. Hindarilah sikap ini dalam diri agar hati kita tetap terjaga dan merasa damai.

5 Tip Agar Wajah Cantik & Betul-betul Putih Berseri Menurut Islam. No 2 Patut Amalkan Selalu!
Kredit foto: Pinterest

4. SAntuni Anak Yatim

Ads

Dalam Islam menyayangi dan menyatuni anak yatim merupakan suatu keharusan kerana itu merupakan salah satu jalan kita menuju syurga. Dengan menyayangi anak yatim maka hati kita akan menjadi lembut dan penuh kasih sayang. Kelembutan ini akan terpancar melalui wajah kita sehingga anda akan terlihat cantik luar dan dalam.

5. Solat

Solat merupakan kewajiban bagi umat Islam kerana ini merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat ini boleh membantu wajah anda terlihat lebih segar dan berseri, terutama gerakan sujud. Ketika kita sujud maka darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan tetapi juga bermanfaat untuk kecantikan wajah.

5 Tip Agar Wajah Cantik & Betul-betul Putih Berseri Menurut Islam. No 2 Patut Amalkan Selalu!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI