Ramai yang menjadikan penggunaan ‘toner’ sebagai salah satu rejim kecantikan mereka. Pelbagai jenis jenama ‘toner’ dijadikan pilihan untuk menjadikan kulit wajah menjadi lebih berseri dan sihat. 5 teknik menggunakan ‘toner’ dengan betul, barulah wajah bersih dan berseri!
Namun, ramai juga sebenarnya yang teknik yang salah ketika menggunakan ‘toner’. Apabila menggunakan teknik yang salah, ia boleh menyebabkan keradangan pada kulit wajah dan menghilangkan fungsi ‘toner’ itu sendiri seperti menyuci kotoran di kulit wajah.
Selalunya kita akan pakai kapas untuk menggunakan toner, dan cara ini sebenarnya sesuai untuk semua jenis kulit, tetapi akan memberi kebaikan untuk anda yang ada masalah kulit berminyak dan kombinasi kerana pemakaian ‘toner’ dengan kapas ini akan membersihkan kulit dengan lebih mendalam, dan membuang minyak yang berlebihan serta berfungsi untuk “exfoliate” kan sel mati.
2. KULIT NORMAL, KERING & SENSITIF: GUNAKAN TANGAN
Perasan atau tidak apabila anda ‘dap dap’ muka dengan tangan, anda dapat rasakan yang kulit muka anda menyerap tekstur ‘toner’ itu. Ini disebabkan pergerakan tangan yang lembut pada kulit muka, dan haba pada tangan akan menyebabkan ‘toner’ diserap lebih baik oleh kulit. Sebab itu lah ia sesuai untuk orang yang kulit kering
Kalau anda risau membazir pakai ‘toner’ dengan kapas, ada trik nya. Basahkan dulu kapas anda dengan air bersih dan perah sampai kering. Kemudian baru lah anda letak toner, supaya kapas anda akan menyerap semua toner tu dan membazir.
3. GERAKAN ‘TAP”IAITU TEPUK BUKANNYA ‘RUB’ IAITU GOSOK
Ads
Ada yang percaya bahawa apabila kita menyapu ‘toner’ dengan gerakan ‘menggosok’ ia akan membuat pori semakin terbuka. Hal ini adalah benar, tapi perlu diingat juga bahawa fungsi utama ‘toner’ ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran.
Jadi, pemakaian secara ‘rub’ sebenarnya masih relevan. Jika kita tidak gosok, tidak akan ada atau kurang dari 30% kotoran yang mampu ditarik keluar. Toner juga umumnya dicipta untuk menutup pori terbuka,jadi tidak usah risau jika cara ‘menggosok’ boleh menyebabkan pori semakin terbuka. Cuma perlu berhati-hati, jangan gosok terlalu kuat kerana nanti akan merengsakan kulit.
Namun ia bergantung juga dengan jenama toner yang dipakai,mungkin ada sesetengah toner yang mengandungi bahan yang tidak mampu menutup pori jika disapu secara ‘rub’.
4. CAMPUR DENGAN PRODUK LAIN SEPERTI SERUM, KRIM PELEMBAP DAN ‘FOUNDATION’
Ads
Cara ini jarang dilakukan tapi sebenarnya sering diamalkan oleh orang Korea. Ini bertujuan untuk menjimatkan masa bagi mereka yang selalu sibuk dan perlu cepat bersiap. Juga memang bagus diamalkan untuk penjimatan masa tetapi kita akan ketinggalan bahagian membersih kotoran dengan ‘toner’.
Namun kuasa penyerapannya masih sangat tinggi seperti kita menyapu ‘toner’ dengan jari dan menggunakan teknik ‘tap’. Cara ni bolehlah diamalkan sekali sekala tetapi jangan ketinggalan bahagian menggosok ‘toner’ pada kulit menggunakan kapas untuk menyingkirkan lebihan kotoran tau!
5. CUKUP GUNAKAN DUA KALI SEHARI
Memakai ‘toner’ secara berlebihan justeru dapat membuat wajah lebih berminyak dan berisiko timbul jerawat. ‘Toner’ cukup digunakan dua kali sehari, yakni pagi dan malam hari.
Bagi kamu yang memiliki kondisi kulit kering, gunakan ‘toner’ hanya pada malam hari saja untuk mengurangi pori-pori wajah tersumbat. ‘Toner’ digunakan setelah membersihkan wajah dan sebelum langkah ‘skincare’ selanjutnya, iaitu serum atau perawatan wajah lainnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA PUN SUDAH SAMPAI DITAYANG DI PELAMIN
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Gambar sekadar hiasan.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Gambar sekadar hiasan.
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Rasulullah SAW berjenaka
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Gambar sekadar hiasan.
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Etika Dalam Melawak
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Tidak Menipu Dalam Lawak
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Tidak mempermainkan syiar agama
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
KESIMPULAN
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Gambar sekadar hiasan.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, kita-kira jam 9.35 malam, Jumaat lalu dengan sekali lafaz. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media. Bagi majlis penuh bersejarah itu, Eyra menggayakan persalinan hasil rekaan sendiri yang dijahit ibunya, Qhuzie Johari.
Akui Eyra sememangnya dia mahu ibunya sendiri ‘memberikan sentuhan’ untuk baju nikah di hari paling bersejarah dalam hidupnya.
Tulis Eyra di laman Instagramnya:
Syukur Ya Allah. Mummy siapkan baju and veil eyra dalam masa seminggu saja. Thank you so much Supermom, @qhuzie ❤️. I love you so so so much
Namun kejutan paling istimewa pada majlis resepsi merpati dua sejoli ini ialah apabila abang kandung Eyra membuat kejutan pulang dari Jepun bagi meraikan hari bahagia adik tercinta.
Terdahulu, Eyra dan Haziq bertunang pada 1 Disember lalu selepas setahun menjalin cinta.
Tular baru-baru ini apabila seorang tiktoker membuat satu hantaran menunjukkan satu jenama rempah yang ‘mengandungi’ bahan haram iaitu khinzir. Dia juga menunjukkan senarai bahan-bahan itu sebagai bukti.
Namun, apa yang lebih mengejutkan lagi ‘pork’ yang tertulis di produk itu tersenarai dalam ‘USE ON: Beef, Chicken, Lamb, Pork, Fish, Seafood, Potatoes’ yang bermakna ‘Digunakan untuk; Daging lembu, ayam, kambing, khinzir, ikan, makanan laut’. Salah faham ini telah membuatkan warganet memberikan komen keatas video perkongsian itu.
Wanita itu juga terlalu berseloroh untuk membuat kenyataan tanpa melakukan pemeriksaan yang betul. Komen yang diberikan juga banyak menasihati untuk lebih berjaga-jaga dalam setiap perkongsian dan fahami apa yang tertulis di setiap produk.
Sumber komen dari Twitter @isusemasaviral
Ada juga yang membuat rentetan dan nasihat isu ini menjadi pengajaran untuk lebih peka dan membuat usul periksa sebelum membuat satu perkongsian. Ia boleh membuatkan orang ramai keliru oleh kerana kecuaian seorang individu.
Bagaimana nak periksa produk itu mengandungi bahan haram?
Sudah pasti ada yang tertanya-tanya bagaimana hendak pastikan makanan, minuman, atau produk yang dibeli itu halal bukan? Sudah tentu anda perlu kenali logo halal rasmi JAKIM.
Menurut Portal myHealth, ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan label pembungkusan atau bahan ramuan itu diiktiraf halal. Salah satunya adalah menggunakan aplikasi yang mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memeriksa status halal sesuatu produk.
Verify Halal merupakan satu peranti pintar yang boleh dimuat turun pada android dan applestore untuk memudahkan anda periksa dengan segera produk yang mahu anda beli. Jadi tiada alasan untuk anda terus keliru untuk membezakan halal produk yang hendak di beli.
Tak terasa, Ramadan semakin menuju ke penghujung dan Syawal pula bakal menjelang. Inilah masa yang dinanti-nantikan—bukan sekadar untuk meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi...