Umum sedia maklum bahawa pelakon popular, Elfira Loy telah selamat bernikah dengan cinta hatinya iaitu Faris Khairol Anuar pada pagi semalam. Perkahwinan mereka mendapat tumpuan ramai sekaligus menjadi trending di laman sosial.
Ternyata ada kisah menarik di sebalik kisah percintaan mereka. Menerusi instastory penyampai radio terkenal iaitu Hani Fadzil, dia telah berkongsi cerita yang sebenarnya Elfira telah menjadi gadis idaman Faris sejak 5 tahun yang lalu.
“Faris pernah berkata sewaktu berada dalam kelas yang gadis idamannya ialah Elfira Loy. Itu adalah 5 tahun yang lalu. Dan hari ini dia telah berkahwin dengan gadis idamannya. Jodoh adalah satu perkara yang sangat indah!”
Sememangnya jodoh dan pertemuan itu semuanya rahsia Allah. Hijabista doakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya. InsyaAllah. Buat hijabi yang belum bertemu jodoh, jangan risau! Tuhan sedang menyediakan yang terbaik untukmu. Tunggu masa yang sesuai sahaja because the right person will come at the right time
. 🙂kredit: instagram @hahanybunch , @elfiraloy