5 Tahun Dulu Jadi Crush & Akhirnya Berimamkan Si Dia. Lebih Hebat Pasangan Ini Sama-Sama Bergelar Doktor!

Share

Segala urusan rezeki, ajal, maut termasuk jodoh itu adalah urusan Allah. Tiada siapa dapat meneka siapakah bakal Imam kita. Siapa sangka orang yang pernah kita suka dalam diam rupanya menjadi jodoh.

Seperti perkongsian wanita ini Alia Zaferi di akaun twitter @aliazaff yang memberitahu crush yang diminatinya lima tahun dulu kini telah menjadi suami yang sah.

Menurut Alia, suaminya itu merupakan senior dalam satu unversiti yang sama lima tahun lalu. Sebelum itu dia memang ada memendam perasaan pada suaminya itu.

Namun jika sudah tertulis jodoh antara mereka berdua, tidak akan ke mana. Kedua-duanya selamat disatukan sebagai suami isteri April lalu.

Menyambut Syawal pertama sebagai pasangan suami isteri di Kota Mekah. Malah tahun ini juga turut memberi lebih kegembiraan apabila kedua-duanya turut berkongsi kegembiraan apabila Alia berjaya sama-sama mencapai impian dan cita-cita bergelar doktor.

Bagi Alia Zaferi yang muat turut status di laman sosial Instagram memberitahu dia begitu berbangga dengan pencapaian dimiliki apabila berjaya memperoleh gelaran doktor setelah suaminya terdahulu memiliki gelaran sama empat tahun lalu.

Walaupun suaminya dulu mendapat gelaran berkenaan, tetapi Alia akhirnya turut berjaya menamatkan pengajiannya dengan mendapat CGPA kedua tertinggi dari batch yang menerima ijazah kedoktoran berkenaan.

Dalam perkongsiannya di Instagram juga Alia turut menceritakan bagaimana perjalanannya dari mula hinggalah berjaya mendapat ijazah kedoktorannya di Russia.

Many asked about my journey to come here. Basically, I did my Foundation in Science (FIS) and then applied to Sechenov University via an agency. You can find a lot of these agencies at edu fairs (like in Mid Valley or KLCC). They’ll arrange everything for you. Now that’s all they’ll do for you. Some asked me if our SPM results are important. My answer is, OF COURSE IT IS IMPORTANT. 

When you’re in Moscow, it’s totally your choice to study and excel, or to just enjoy this city and have fun. You can do both, definitely. I’m not gonna lie, the system here is very different than Malaysia. You won’t be spoon fed by your professors. We don’t have tutorials, extra classes or any of that sort. So it’s totally and purely your own efforts to study and search for materials. 

Now medicine is hard, I can’t deny that. But with determination and perseverance, you will make it through. If you’re not up for memorizing stuff and learning things you can only imagine, think again about studying medicine. You’ll have to remember a lot of arteries and veins and nerves that are marked with colors in our textbooks, but just look almost the same in a real human body. Lol. You’ll also have to remember a lot of mechanism of actions of drugs. And when I say a lot, I mean A LOOOOTTT. Also, people asked me if I’m not scared of blood and everything. Haha I think the feeling fades naturally. Of course it was kinda creepy looking at cadavers for the first few times. But after that, you won’t really feel anything 

Hope this helps you to choose your career path! 

Moga kisah Alia ini turut memberi inspirsi kepada hijabi di luar sana yang mahu berjaya sepertinya.

Published by
Siti Zurina