Walaupun sudah mengamalkan diet yang sihat, kurang mengambil makanan manis, melakukan senaman setiap hari tetapi berat badan tetap sukar untuk diturunkan malah makin bertambah.

Tahukah anda kebanyakkan orang tidak menyedari bahawa rutin pagi yang sering dilakukan memberi kesan besar untuk mendapatkan bentuk badan impian.

5 Tabiat Pagi Jadi Punca Berat Badan Bertambah

1.    Tidur Terlalu Banyak

 

Ads

Tidur tidak cukup akan menyebabkan badan lebih cenderung untuk menghasilkan tekanan tindak balas hormon kortisol yang meningkatkan selera makan. Walau bagaimanapun, terlebih tidur juga tidak baik untuk anda. Menurut kajian yang dijalankan oleh PLOS One Jurnal, tidur lebih daripada 10 jam setiap malam boleh menyebabkan indeks jisim badan menjadi lebih tinggi. Jadi tidak hairanlah doktor mengesyorkan tidur selama 7 hingga  9 jam setiap hari.

2.    Sering Bersiap Dalam Gelap

5 Tabiat Buruk Perlu Elak Sebaik Bangun Tidur, Kalau Tak Nak Berat Naik. No 3 Macam Betul Jer!

Menurut kajian dari Jurnal PLoS One,  gelombang cahaya biru dari matahari awal pagi meningkatkan metabolisme anda dan membantu untuk membangunkan badan anda. Malah 20 hingga 30 minit sahaja dari siang hari sudah cukup untuk memberi kesan kepada indeks jisim badan anda. Jadi selepas ini, buka mata sahaja buka langsir.

Ads

3.    Tidak Mengemas Katil

Kedengaran seperti aneh, tetapi fakta ini adalah benar. Satu kajian dari Yayasan Tidur Kebangsaan Amerika Syarikat mendedahkan bahawa mereka yang dilaporkan mengemas katil dikatakan mendapat tidur yang lebih lena. Tidur yang sihat sekaligus merupakan cara yang optimum ke arah berat badan yang sihat.

4.    Tidak Menimbang Berat Badan

5 Tabiat Buruk Perlu Elak Sebaik Bangun Tidur, Kalau Tak Nak Berat Naik. No 3 Macam Betul Jer!

Ads

Penyelidik dari Universiti Cornell membuktikan bahawa menimbang berat badansetiap hari merupakan teknik yang berjaya yang menggalakkan penurunan berat badan. Masa terbaik untuk melangkah ke atas skala adalah perkara pertama pada waktu pagi sebelum makan atau minum apa-apa. Ini kerana jika anda kehilangan berat air semalaman, anda akan mendapat nombor yang paling tepat.

5.    Makan Sarapan Terlalu Sedikit

5 Tabiat Buruk Perlu Elak Sebaik Bangun Tidur, Kalau Tak Nak Berat Naik. No 3 Macam Betul Jer!

Penyelidik dari Universiti Tel Aviv menegaskan bahawa anda perlu memanjakan diri dengan hidangan yang lazat pada waktu pagi. Malah, sarapan yang seimbang mengandungi 600 kalori protein tanpa lemak, karbohidrat, dan beberapa pencuci mulut sebagai diet harian anda menjadi lebih mudah.

SUMBER: BRIGHTSIDE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI