Sumber Gambar: pexels.com

Pernahkah anda berdepan dengan keadaan yang mana rakan anda kelihatan tua sebelum usia ataupun anda sendiri pernah dikatakan sudah tua sedangkan usia masih lagi muda?

Tahukah bagaimana wajah boleh nampak tua walaupun usia kita masih muda? Ini adalah 5 perkara yang selalu diabaikan sehingga membuatkan wajah kurang berseri dan kusam sehingga menampakkan anda lebih berusia berbanding usia sebenar.

Ini lima faktornya.

IKLAN
  1. Tidak Menggunakan Produk Kecantikan Yang Tepat

Jangan mudah terpengaruh dengan lambakan produk-produk di pasaran. Sebaiknya anda harus tahu jenis kulit dan juga masalah yang ada diwajah anda, sama ada ia berjerawat, tona tidak sekata, kulit kering atau kulit berminyak. Setiap satu masalah ini ada produk yang telah dikhaskan demi mengatasi masalah tersebut. Jika salah guna produk, itu yang menjadikan keadaan kulit semakin teruk.

Innisfree Intensive Long Lasting Sunscreen Sun Cream Sunblock SPF 50
  1. Tidak Menggunakan Krim Tabir Suria

Krim tabir suria atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai sunscreen sangat penting untuk diaplikasikan ke kulit wajah saat anda keluar rumah. Pancara UV yang berlebihan boleh memberikan pelbagai masalah kepada kulit. Apabila sudah mengenakan krim tabir suria jangan lupa untuk oleskan sekali ke bahagian lain yang terdedah.

IKLAN
Avene Thermal Spring Water
  1. Tidak Kerap Minum Air

Kulit sangat memerlukan air untuk mengekalkan keanjalan dan juga kelembapan. Selain dari bantuan moisturizer atau pelembap, pengambilan air sangat penting untuk memastikan kulit kekal terhidrat sepanjang masa. Jika anda sedang berpuasa boleh amalkan semburan mist air mineral yang banyak terdapat di pasaran. Puasa tak batal, kulit kekal terhidrat!

IKLAN
  1. Tidur Tidak Mencukupi

Tahukah anda yang tidur merupakan rutin kesihatan dan kecantikan yang sangat penting. Tidur yang kurang menyebabkan sel-sel badan tidak dapat diperbaiki dengan efisien lantan melambatkan penggantian sel. Oleh itu tikur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.

SUNDAY RILEY C.E.O. Glow Vitamin C + Turmeric Face Oil
  1. Tidak Menggunakan Produk Berasaskan Vitamin C

Vitamin C merupakan satu bahan yang baik untuk kulit. Ia membantu mengatasi masalah kulit sekaligus mampu mencerahkannya. Oleh itu bila mencari porudk untuk pertimbangkan untuk memilih produk yang mengandungi vitamin C.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI