Ria Ricis dikenali sebagai YouTuber wanita pertama yang mempunyai jumlah subscriber terbesar di Asia Tenggara. Pasti ada yang berimpian mahu berjaya seperti Ria Ricis, kan?
Berikut 5 ‘petua’ kejayaan pempengaruh cantik yang juga adik kepada pendakwah terkenal, Oki Setiana Dewi ini.
Pemilik nama penuh Ria Yunita ini terkenal dengan karakter yang nakal, menarik, kelakar serta comel. Pelbagai keistimewaan yang ada pada Ria Ricis membuatkan dia menarik di media sosial.
Daripada menjadi YouTuber, Ria Ricis menceburi dunia nyanyian dan lakonan. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu single.
Ria Ricis juga pernah membintangi sekurang-kurangnya 10 buah filem.
Niat
Menurut Ria Ricis, jika anda ingin menjadi content creator perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai niat. Jika mengikut sahaja tak akan bertahan lama.
Konsisten
Ria Ricis juga berpendapat, jika ingin menjadi content creator, konsistenlah dalam mencipta kandungan. Konsisten akan menjadikan anda lebih dikenali.
Mental Yang Kuat
Pelakon filem Wedding Agreement ini berkata, jika anda konsisten dan benar-benar serius mencari pendapatan di media sosial, anda perlu tabah terutama dari segi mental.
Elakkan Clickbait
Ria Ricis menekankan, jika mahu menjadi content creator anda harus mengelak daripada membuat video dengan tajuk clickbait kerana ia boleh mempengaruhi kepercayaan penonton.
BACA JUGA: RIA RICIS Kini Pengasas Tadika Islam Kanak-Kanak, Turut Bergelar Tenaga Pengajar
Pun begitu, kata Ria Ricis ada sesetengah content memerlukan clickbait kerana dalam keadaan buntu barulah boleh digunakan.
Reaksi Terhadap Haters
Jika sering mendapat komen negatif, Ria Ricis berpendapat jangan mudah melenting dan membalasnya. Lakukan perkara yang anda fikir positif.
Cari dan lakukan apa sahaja perkara diminati yang dapat membantu menambah pendapatan seterusnya mengubah taraf kehidupan menjadi lebih baik.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila Tahu Kejadian Tembakan Meremang Bulu Roma, Rasa Tak Selamat Berhijab” – Finalis Miss Universe New Zealand
Kejadian tembakan di masjid New Zeland bukan sahaja menggemparkan seluruh rakyat New Zeland, tetapi juga umat manusia seluruh dunia. Salah seorang penduduk yang telah lama menetap di sana, Top 5 Miss Universe New Zealand, Nurul Zuriantie Shamsul. Menurut Nurul yang berketurunan Melayu memberitahu kejadian berkenaan membuat bulu roma meremang kerana boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk dirinya.
Dia yang menetap di Hamilton di North Island kira-kira 677 kilometer dari Christchurch berkata semua masjid diarah tutup dan masyarakat Islam dinasihatkan tidak mengunjunginya berikutan kejadian yang telah membunuh 49 nyawa serta 48 lagi cedera.
Bercakap kepada Harian Metro, Nurul berkata New Zealand sebuah negara yang selamat dan aman untuk didiami dan perkara begini tidak sepatutnya berlaku.
Dia dan keluarga yang sudah 16 tahun menetap bersama keluarga di negara itu mengakui kejadian berkenaan sangat meruntun hatinya.
Dalam posting terbarunya juga Nurul turut meluahkan kesedihannya terhadap situasi yang berlaku. Sebelum ini sebagai seorang hijabi dia rasa selesa apabila berada di Christchurch dengan bertudung.
Tetapi selepas kejadian Jumaat lepas, dia mula merasakan ketakukan sebagai seorang hijabi. Namun apabila melihat semua orang yang berbilang etnik, budaya dan kepercayaan datang ke masjid untuk memberi sokongan dan memperingati mangsa kejadian tembakan berkenaan mengubah perasaanya itu.
Jadi ketakutan yang dirasainya itu bertukar kepada kepercayaan. Percaya bahawa Tuhan akan membimbing serta melindungi kita semua.
Christchurch holds a very special place in my heart. Two years ago when I was at my darkest, Christchurch gave me hope and the courage to heal, grow and learn. Christchurch made me stronger in faith and much more comfortable with wearing my hijab. But yesterday, I felt what it feels like to have that fear as a hijabi- to be more cautious as it in the back of your mind and to have that sickening feeling in your stomach.
Today each time I pass by the mosque, I couldn’t help but cry. Holy places should be safe places and anyone and everyone has their right to practice their faith. However, it warms my heart to see so many flowers laid and thoughts written at the mosque by people of different ethnicities, culture and faith. It reminded me that humanity can still be beautiful. Tonight I was also overwhelmed by the number of people that came together in solidarity for the vigil in Hamilton.
It felt like how I felt when I was in Christchurch. Although we all came from different backgrounds and 15/3/2019 is New Zealand’s darkest day, Christchurch gave us the opportunity to grow together and understand one another. The unity of love, hope and compassion was healing. Now my fear has been turned into trust. And I trust that God will guide us and protect us.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM NURUL ZURIANTIE
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urus Jenazah Semasa Banjir Satu Kewajipan! Ini 4 Cara Yang Perlu Dilakukan Menurut Ustazah Asma’
Isi Kandungan
TogglePengurusan jenazah bukanlah suatu perkara baharu. Dalam Islam, pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah dan wajib disempurnakan sebelum jenazah itu dikebumikan. Bahkan dalam anutan lain sekalipun, pengurusan jenazah adalah sebagai penghormatan terakhir bagi orang yang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia.
Semua orang bakal berdepan situasi ini jika ada ahli keluarga, saudara-mara mahupun tetangga yang meninggal dunia. Namun begitu, dalam musim banjir yang sedang melanda di beberapa kawasan di seluruh negara, situasi pengurusan jenazah ini agak sukar untuk disempurnakan.
Bencana banjir yang melanda beberapa tempat di negara kita baru-baru ini memang meruntun hati pelbagai pihak. Ramai mangsa banjir yang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka musnah kerana bencana alam tersebut. Bukan sahaja diuji dengan kehilangan tempat tinggal dan kerosakan harta benda, malah ada antara mereka yang diuji dengan pemergian insan tersayang.
Ketika berada dalam situasi ini, satu perkara yang sering menjadi tanda tanya adalah bagaimana cara mahu menguruskan jenazah di kawasan yang masih dilanda banjir.
Salah seorang penceramah bebas iaitu Ustazah Asma Harun, yang banyak berkongsi kemusykilan soal jawab agama tidak terlepas untuk mengulas mengenai isu ini. Ustazah Asma’ telah tampil memberikan pencerahan menerusi satu perkongsian di Facebook baru-baru ini.
Fardu kifayah
Memetik coretan Ustazah Asma’, menguruskan jenazah semasa banjir adalah satu kewajipan dan ia termasuk dalam fardhu kifayah bagi masyarakat di sesuatu tempat. Kewajipan itu hanya akan terangkat apabila ada sebahagian daripada masyarakat menunaikan tanggungjawab tersebut.
Ijma’ Ulama bersepakat bahawa setiap individu yang TIDAK mati dalam keadaan syahid atau berada dalam ihram WAJIB bagi mereka diuruskan dengan empat perkara ini:
- Dimandikan
- Dikafankan
- Disolatkan
- Dikebumikan
Artikel berkaitan: Bergaul Bukan Mahram Dan Bertudung, Pesta Halloween Disambut Baik Negara Islam. Ustazah Asma Harun bimbang…
4 cara pengurusan jenazah ketika banjir
Berikut adalah penjelasan dan huraian Ustazah’ Asma mengenai empat perkara tersebut:
#1 Memandikan jenazah
Dalam situasi banjir, dibolehkan bagi seseorang menggunakan air banjir untuk memandikan jenazah. Urusan memandikan jenazah lebih utama diuruskan oleh orang yang sama jantinanya, jika tidak ada maka diharuskan yang berlainan jantina menguruskannya.
Sekiranya pusat penempatan banjir tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi atau air hanya cukup untuk keperluan asas sahaja seperti air minum, jenazah boleh ditayamumkan bagi menggantikan kefarduan mandi jenazah. Orang yang menguruskan jenazah tersebut perlulah menekap atau menepuk tanah dengan tangannya, kemudian menyapu ke bahagian muka dan kedua tangan jenazah tersebut.
Tambahnya, keadaan darurat dan situasi sulit seperti banjir yang menyebabkan simpanan air bersih perlu digunakan untuk keperluan-keperluan asas yang lain seperti air minum menjadikan tayammum dijadikan rukhsah atau keringanan oleh syara’.
Firman Allah SWT:
وَإِن كُنتُم مَّرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيداً طَيِّباً فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُم مِّنْهُ
Maksudnya: “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu).” (Surah al-Maidah: 6)
#2 Mengkafankan jenazah
Kafan yang dituntut oleh syarak adalah kain putih yang mencukupi untuk menutup aurat jenazah. Sunat tiga lapis kain putih bagi jenazah lelaki dan lima lapis kain putih bagi wanita. Sekiranya menghadapi kesukaran menyediakan kain kafan yang mencukupi atau yang bewarna putih ketika di dalam situasi banjir, dibolehkan untuk mengkafankan jenazah sekadar untuk menutup jenazah sahaja.
Daripada Ibn Abbas RA, Rasulullah SAW bersabda:
الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ
Maksudnya: “Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih kerana ia adalah sebaik-baik pakaian dan kafankanlah yang mati di kalangan kamu dengannya.” (HR Tirmizi, hadis Sahih)
#3 Sembahyang jenazah
Jenazah yang telah dikafankan, wajib disolatkan sama ada secara sendirian atau berjemaah mengikut keadaan.
Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda :
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَعَى لِلنَّاسِ النَّجَاشِيَ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ فَخَرَجَ بِهِمْ إِلَى الْمُصَلَّى وَكَبَّرَ أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ
Maksudnya: “Rasulullah SAW bersabda atas kematian al-Najasyi lalu baginda keluar ke tempat solat, berbaris bersama-sama sahabat dan bersolat sebanyak empat kali takbir.”
(HR Muslim, Hadis Sahih)
#4 Mengebumikan jenazah
Jenazah yang sudah disolatkan wajib dikebumikan di kawasan perkuburan yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Sekiranya tidak dapat diuruskan, dinasihatkan untuk menghubungi pihak yang bertanggungjawab bagi menguruskannya. Sekiranya tidak berjaya, maka perlu dilakukan perkara-perkara berikut:
- Dikebumikan di mana-mana kawasan atau tanah yang boleh didapati. Setelah banjir surut, jenazah tersebut perlu dipindahkan oleh pihak berkuasa agama negeri ke tanah perkuburan yang disediakan sekiranya diperlukan. Atau;
- Menyimpan jenazah di tempat yang sesuai dalam suatu tempoh yang dirasakan tidak akan membusuk sehingga banjir reda dan dikebumikan setelah itu. Atau;
- Menghanyutkan jenazah dengan harapan agar ada orang yang menguruskan jenazah itu ketika menemuinya. Atau;
- Melakukan apa-apa alternatif lain untuk mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dan memudaratkan orang awam.
Artikel berkaitan: Supaya Konsisten Buat Kebaikan, Amalkan Tip Yang Ustazah Asma’ Harun Kongsi
MasyaAllah, semoga perkongsian Ustazah Asma’ ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Buat yang sedang diuji dengan musibah banjir, semoga diberi kekuatan dan dimudahkan segala urusan. Amin.
Sumber: Facebook
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat Kembar Seiras, Kurniaan Illahi Tak Ternilai Sempena Ulang Tahun Ke 28 Personaliti TV Farahanim
Setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran pasti kita akan mencucap syukur kepada Tuhan kerana masih berpeluang untuk bernafas lagi. Bagi personaliti dan juga penyampai di TV Alhijrah Farahanim Razak, sambutan ulang tahun dirinya ke 28 tahun ini begitu bermakna dengan kurniaan Illahi yang tidak terhingga. Ibu muda ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata kembar dan inilah hadiah yang tidak ternilai yang dimaksudkannya.
Baru-baru ini Hanim ada muat turut foto videonya bersama kembar ini ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke 28. Aksi dia yang mengendong bayinya di kiri kanan begitu comel sekali.
Posting sebelum itu yang memuatkan caption “syukur untuk rezeki Allah di hari lahir ku ke-28 tahun dengan video di mana kedua-dua kembar ini berciuman mendapat hampir 700 ribu view.
Dan dalam masa sama netizen turut mendoakan kesejahteraan dirinya dan kedua-dua kembarnya ini.
Dia yang mendirikan rumah tangga hampir setahun lalu bersama pasangannya,Dr Arif Aizuddin yang juga merupakan seorang doktor gigi.
Sebaik berkahwin, rezekinya kerana disahkan hamil. Lebih bermakna apabila dikurniakan anak kembar yang selamat dilahirkan Januari lalu.
A post shared by @ farahanimrazak on
Geram melihat keletah anak kembar kepada pasangan ini yang semakin membesar dan bijak. Walaupun masih kecil tetapi sudah punyai peminatnya tersendiri.
Setiap kali muat naik foto bersama kembar perempuan seiras iras, akan mendapat butang view cukup tinggi hingga ada kalanya cecah setengah juta. Keletah kembar ini cukup mencuit hati walaupun usianya baru mencecah 4 bulan.
Jika dilihat di laman instagram Hanim, sebagai ibu dia memng cukup teruja melayan kerenah anak-anak kembarnya. Malah baju atau aksesori juga akan dipakaikan sedondon setiap hari.
Dia juga sentiasa ‘update’ mengenai perkembangan bayinya yang semakin bijak ini. Terbaru-kedua-duanya sudah boleh meniarap dan berlumba-lumba antara satu sama lain.
Sekali pandang memang tidak dapat membezakan antara keduanya yang mana adik dan yang mana satu kakak.
Oleh kerana kedua-duanya bekerja, Hanim dan suami akan bergilir-gilir menjaga kembar ini yang dinamakan Amina Raissa dan Amira Raissa. Hanim dan suami turut menggelarkan kedua-duanya sebagai ‘Rassa Twin’.
LAGI FOTO & AKSI MENARIK ‘RAISSA TWIN’
#1. @najiha.no Shomelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee eeeeeeee gigit pipi tuuuuy
#2. @safahenna ya Allah comelnyaaa ? mcm mak diaa
#3. @amiera_syahidah So bambam
#4. @virgoamal comelnyaaaa lahai
#5. @nawalherbalbeautyofficial adorable sgt masya Allah
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAHANIM RAZAK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI