Kecantikan

5 Produk Innisfree Yang Wajib Anda Cuba. Sangat Berkesan & Memang Berbaloi Untuk Kulit Anda!

Share

Sebagai seorang wanita, anda tentu mementingkan penjagaan kulit agar kulit sentiasa sihat, bersih dan segar. Untuk menjaga kulit wajah, anda memerlukan produk yang sesuai mengikut jenis kulit anda.

Sebaiknya, baca review dahulu sebelum membeli sesuatu produk kerana ia tidak semestinya berkesan pada kulit anda. Mungkin produk tersebut tidak sesuai dengan kulit anda tetapi berkesan pada orang lain.

Jika anda sudah mencuba pelbagai produk tetapi masih tidak berkesan, apa kata anda cuba pula koleksi Green Tea keluaran innisfree. Berasal dari Korea, koleksi Green Tea kini telah diperbaharui dan dikatakan lebih berkesan serta baik untuk kulit wajah.

Dikenali sebagai koleksi Beauty Green Tea, ia dihasilkan selepas penyelidikan khusus terhadap 2,401 jenis daun teh hijau dilakukan. Hasilnya, spesis daun teh terbaik yang boleh digunakan untuk memelihara kondisi kulit wajah telah ditemui.

Buat para peminat green tea, inilah produk yang boleh anda cuba. Hijabista kongsikan 5 item yang wajib ada di dalam almari anda.

1. Pencuci Muka (Green Tea Foam Cleanser)

Pencuci muka ini membantu menghidrat kulit serta membersihkan pori-pori anda. Hasilnya, kulit akan jadi lebih bersih dan lembap.

2. Serum (Green Tea Seed Serum)

Perlu anda tahu bahawa serum ini telah menerima pengesahan sijil Halal! Jadi, tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakan serum ini. Menariknya, serum yang telah diperbaharui ini akan memberi kelembapan yang berpanjangan pada kulit wajah anda. Malah, kulit juga akan jadi lebih anjal. Gunakan ia sebaik sahaja anda mencuci muka.

3. Hilangkan Lingkaran Gelap Pada Bawah Mata (Green Tea Seed Eye & Face Ball)

Jika anda mempunyai masalah lingkaran gelap pada bahagian bawah mata anda, gunakan rollerball ini kerana ia mudah menyerap dan membuat kulit anda jadi lebih lembap. Ia mudah digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja!

4. Skin Pack (3-Minute Green Tea Skin Pack)

Ibarat masker wajah, skin pack ini akan melembapkan kulit wajah anda serta-merta. Caranya mudah sahaja, hanya letakkan ia pada sebarang tempat yang anda mahukan dan biarkan selama 3 minit. Siap!

5. Face Mist (Green Tea Mist)

Buat anda yang mahukan kulit sentiasa lembap, gunakan face mist ini. Senang sahaja, hanya semburkan

Published by
Siti Zurina