Wanita dan rona merah tidak dapat dipisahkan lagi. Buka sahaja almari baju ataupun beg solekan, pasti akan ada rona merah ini sama ada yang terang mahupun gelap. Kali ini, team Hijabista memperkenalkan kepada kamu pilihan 5 lipstick rona merah untuk kamu tampak lebih seksis, klasik dan mahal persis Marilyn Monroe!
Sumber gambar: Harrods
Sempena meraikan Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada tahun lepasm 2020, produk ini menjadi dambaan kaum hawa untuk tampil eksklusif dengan calitan rona merah dari jenama Givenchy. Menjadikan penampilan lebih segar, produk ini bersifat lembut, berkrim dan teksturnya yang ringan menjadi pilihan wanita moden di luar sana. Antara sebab lain ia menjadi pilihan ramai adalah kerana rekaan luaran lipstick ini yang unik dan melambangkan simbol seksis, semestinya harus ada dalam koleksi solekan kamu!
Sumber gambar: Sephora.my
Memilik tekstur ‘matte’ yang kuat, menjadikan produk dari Duck Cosmetics ini antara pilihan wanita yang inginkan gaya yang serba sederhana namun eksklusif. Selesa dan hanya satu calitan sahaja, anda boleh jadikan ia sebagai ‘must have item’ dalam koleksi solekan anda! Diformulasi dengan rangakaian bahan terbaik yang menjadikan ia tahan lama, ringan dan tidak terlalu ‘heavy’. Semuanya boleh dengan hanya produk Matte Love ini!
Sumber gambar: Sephora.my
Sebuah produk yang ‘brilliant!’. Tekstur yang lembut dan melembapkan tidak menjadi kerisauan buat si pemakai. Jenis yang tidak melekit serta didatangkan dengan rangkaian warna dari terang kepada yang kuat antara kekuatan produk ini! Apa yang pasti, efek kilatan dan bersinar menjadi kunci dalam penggayaan produk emas dari Bobbi Brown ini! Tidak perlu dipakai dengan volum yang banyak dan tebal, cukup sekadar satu calitan, rona merah pasti menyerlah di bibir anda! Cubalah!
Sumber gambar: Sephora.my
Lihat sahaja bekasnya yang ‘chic’ dan ‘sexy’ itu sudah menarik minat dan melambangkan rentak warna lipstick dari jenama ini. Menjadikan ‘matte’ sebagai tekstur utama, ia dihasilkan dengan volum yang begitu ringan serta pilihan warna yang moden. Ia bersifat ‘creamy’ dan sangat lembap untuk mengelakkan bibir dari kering. Apa yang menariknya, kriteria berlian ialah inspirasi utama produk ini yang sudah pasti menjadikan si pemakai tampak glamor biarpun di malam hari!