Kecantikan

5 Petua Ini Boleh Bantu Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata. Barulah Mata Tak Macam Panda!

Share

Lingkaran gelap pada bawah mata memang memalukan. Malah, kita juga akan nampak lebih tua daripada usia sebenar.

Anda dah cuba pelbagai produk tapi lingkaran gelap tersebut masih tidak hilang? Usah bimbang. Hijabista paparkan 5 petua yang diperbuat daripada bahan alami yang semestinya murah dan mudah didapati.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

1. Minyak Badam

Minyak badam ini diperkaya dengan Vitamin E yang memberi manfaat untuk lingkaran gelap pada bawa mata. Minyak ini merupakan salah satu ubat yang terbaik untuk mata panda anda. Hanya urut pada kawasan gelap pada bawah mata sebelum anda tidur. Biarkan minyak tersebut sehingga esok pagi. Kemudian bilas dengan air sejuk. Anda akan lihat hasilnya bermula daripada hari pertama anda menggunakannya.

2. Timun

Bila sebut sahaja tentang rawatan lingkaran gelap pada bawah mata, timun sering menjadi pilihan. Potong kepingan timun dan letak di dalam peti sejuk selama 30 minit. Kemudian. letakkan kepingan timun tersebut pada lingkaran gelap selama 10 minit dan relaks. Lakukan dua kali sehari dan ia akan membuatkan kulit anda menjadi lebih segar dan licin.

3. Kentang mentah

Kentang mentah merupakan salah satu agen pemutihan yang baik. Jus daripada kentang bertindak memutihkan kulit yang gelap secara semula jadi. Ia turut membantu menghalang mata daripada bengkak. Cuma parutkan kentang yang sejuk dan dapatkan jus yang segar daripada kentang tersebut. Gunakan bebola kapas untuk menyerap jus tersebut dan letakkannya pada bahagian lingkaran gelap. Biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas menggunakan air sejuk. Jus daripada kentang mentah itu merupakan antara tip menghilangkan lingkaran gelap yang terbaik.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Elak Mata Kelihatan Lesu Dengan 10 Krim Mata Ini Supaya Sentiasa Kelihatan Menawan

4. Tomato

Di samping rasanya yang hebat, tomato merupakan antara bahan yang terbaik untuk memutihkan kulit. Ia mampu menghilangkan lingkaran gelap secara semula jadi. Ekstrak tomato tersebut dan tambahkan sedikit jus lemon di dalamnya. Sapukan campuran tomato dan lemon pada lingkaran gelap tersebut menggunakan bebola kapas. Biarkan selama 10 minit dan kemudian baru bilas menggunakan air sejuk. Lakukan 2 kali sehari dan anda akan lihat hasilnya dalam masa 2 hingga 3 minggu.

5. Gel Aloe Vera

Aloe Vera punya banyak manfaat untuk mendapatkan kulit yang sihat sekali gus dapat merawat lingkaran gelap. Kumpulkan beberapa batang daun lidah buaya dan ekstrak pulpa

daripada daun bersebut. Kemudian, sapukan gel aloe vera secara terus pada lingkaran gelap tersebut. Urut menggunakan jari dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu, bersihkan menggunakan bebola kapas.

SUMBER: TALKINGSPARROW.COM

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
SH