Ria Ricis dikenali sebagai YouTuber wanita pertama yang mempunyai jumlah subscriber terbesar di Asia Tenggara. Pasti ada yang berimpian mahu berjaya seperti Ria Ricis, kan?
Berikut 5 ‘petua’ daripada YouTuber dengan 35.9 juta subscriber ini.
Pemilik nama penuh Ria Yunita ini terkenal dengan karakter yang nakal, menarik, kelakar serta comel. Pelbagai keistimewaan yang ada pada Ria Ricis membuatkan dia menarik di media sosial.
Daripada menjadi YouTuber, Ria Ricis menceburi dunia nyanyian dan lakonan. Dia telah mengeluarkan beberapa lagu single.
Adik kepada Oki Setiana Dewi ini juga pernah membintangi sekurang-kurangnya 10 buah filem.
BACA JUGA: “Ikan Duyung Versi Bertudung, Cantiknya!” RIA RICIS Suka Hobi Lasak, Siap Ada Lesen Diving Profesional
Niat
Menurut Ria Ricis, jika anda ingin menjadi content creator perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mempunyai niat. Jika mengikut sahaja tak akan bertahan lama.
Konsisten
Ria Ricis juga berpendapat, jika ingin menjadi content creator, konsistenlah dalam mencipta kandungan. Konsisten akan menjadikan anda lebih dikenali.
Mental Yang Kuat
Pelakon filem Wedding Agreement ini berkata, jika anda konsisten dan benar-benar serius mencari pendapatan di media sosial, anda perlu tabah terutama dari segi mental.
Elakkan Clickbait
Ria Ricis menekankan, jika mahu menjadi content creator anda harus mengelak daripada membuat video dengan tajuk clickbait kerana ia boleh mempengaruhi kepercayaan penonton.
Pun begitu, kata Ria Ricis ada sesetengah content
memerlukan clickbait kerana dalam keadaan buntu barulah boleh digunakan.Reaksi Terhadap Haters
Jika sering mendapat komen negatif, Ria Ricis berpendapat usah membalasnya. Yang penting lakukan perkara yang anda fikir positif.
Cari dan lakukan apa sahaja yang boleh menaik taraf kepada sesuatu yang lebih baik.