Bukan mudah untuk bergelar wanita stylish. Namun, ia tidak mustahil walaupun kita berhijab. Stylish hijabi kini sudah menjadi global trend dan ia dikenali dan approved di media sosial dan dunia fesyen.
Terdapat lima perkara seorang wanita stylish lakukan setiap hari.
1. Lakukan inventori pada closet anda
Kita mungkin tiada masa untuk melakukannya setiap hari. Ambil sedikit masa pada hujung minggu untuk lihat busana yang anda miliki. Mix & match
adalah kunci yang baik untuk menjadi stylish.2. Berpakaian yang sesuai untuk tubuh anda
Kenal pasti bentuk tubuh badan anda. Bukanlah untuk memakai busana yang menjolok mata, tetapi untuk mencari yang sesuai untuk compliment strature badan anda.
Mereka yang berbadan plus size sama sekali tidak sesuai bergaya seperti mereka yang slim. Begitu juga sebaliknya. It’s not stylish!
3. Bergaya kena dengan majlis
Jangan berbusana kasual apabila menghadiri majlis formal. Begitu juga sebaliknya. Pastikan dress code majlis yang anda perlu hadiri dan analisa busana yang anda miliki.
Ini akan menyelamatkan anda dari embarassment.
4. Jangan jadi hamba trend
Trend bukanlah sesuatu yang negatif tetapi jika anda jadi hamba trend, ia tidak akan berkesudahan. Cari style anda yang tersendiri dan sesuaikan dengan trend terkini tanpa mengorbankan style anda.
5. Pelan busana anda in advance
Plans make the world go around
. Pilih busana yang anda perlu pakai esok, hari ini. Ini membenarkan anda berfikir, menukar dan menggayakannya dengan baik.Walaupun spur of the moment itu kadangkala magic, tetapi ia tidaklah berlaku selalu.
Jika mahu menjadi hijabi stylish, pastikan juga akhlak kita juga stylo ok? Selamat bergaya!