Tidur dapat menghilangkan rasa penat dan memberi rehat kepada seluruh anggota badan anda. Seorang individu dewasa perlu mendapatkan tidur selama 6 hingga 8 jam sehari. Barulah tubuh akan terasa segar pada keesokan harinya.
Pernah tak anda terfikir apa yang terjadi sewaktu anda sedang tidur? Sebenarnya otak merupakan anggota yang tidak pernah mendapat rehat yang secukupnya dan ia akan melakukan 5 perkara ini sewaktu anda sedang tidur.
Nak tahu apa? Ini jawapannya.
Satu kajian menyatakan otak akan memproses maklumat dan membuat keputusan sewaktu anda tidur. Perkara ini terjadi pada bawah alam sedar. Rupanya, ini punca yang menyebabkan anda mudah membuat keputusan selepas bangun tidur.
Ketika tidur, otak tetap bekerja. Otak akan menyusun memori baru dan memperkuat memori sebelumnya. Selain itu, otak juga akan menghubungkan memori baru dengan memori sebelumnya.
Mungkin anda tidak menyangka bahawa sewaktu sedang tidur juga otak akan membangkitkan idea yang kreatif. Kajian menyatakan 33% individu akan muncul dengan idea baru selepas bangun tidur.
Menurut satu kajian, ketika tikus sedang tidur, otak tikus akan membersihkan molekul rosak yang boleh menyebabkan ganguan. Perkara ini turut terjadi pada otak manusia.
Otak mempunyai kemampuan untuk menyimpan maklumat ketika anda tidur. Jadi, anda akan ingat beberapa gerakan fizikal yang anda lakukan sebelum anda tidur.
Sumber: cewekbanget