5 Perkara Anda Suka Buat Time Selfie, Tapi Sebenarnya Tak Disukai Lelaki. No 2 Tolong Jauhkan!

Share

Syawal lalu pastinya menjadi medan buat hijabi yang gemar sekali berselfie. Tampil dengan baju cantik serta wajah disolek, memang rugi jika lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama teman-teman. Sebenarnya tidak salah untuk berselfie, tetapi ada beberapa perkara yang tidak disukai kaum lelaki. Jadi daripada menjadi kejian atau cemuhan mereka, lebih baik hijabi ambil tahu perkara yang tidak membuatkan mereka suka sewaktu anda sedang berselfie.

1. ‘Update’ status seperti menghina diri sendiri atau rasa rendah diri

Jangan sesekali membuat status seperti menghina diri sendiri kerana membuatkan anda seperti tiada keyakinan diri. Yakinlah dengan diri sendiri kerana setiap insan ada keistimewaan tersendiri.

2. Solekan tebal seperti artis popular

Setiap kali muat turun foto pastinya dengan solekan tebal yang seperti menenggelamkan diri anda sendiri. Biasanya ada yang tidak mahu berselfie selagi tiada riasan pada wajah. Tetapi sebenarnya kaum lelaki tidak suka anda bermekap tebal, cukuplah yang ringkas kerana lebih manis buat mereka.

3. Tidak berhenti-henti berselfie

Biasalah wanita akan terus mengambil gambar atau selfie tanpa henti selagi tidak tidak dapat gambar yang sesuai dan menarik. Namun sebenarnya lelaki melihat jika asyik berselfie seperti tiada rasa keyakinan dalam diri. Sikap ini sebenarnya boleh membuatkan lelaki pandang rendah pada anda. Kalau nak selfie

jugak boleh tapi dalam angle berlainan.

4. Sering minta pujian

Biasalah kaum wanita kalau muat turut foto mereka pastikan mahu pujian dari mereka yang melihatnya. Oleh sebab itu sering muat turun pelbagai foto menarik semata-mata untuk dapatkan pujian. Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan status yang seperti mahukan orang lain memuji. Ingat lelaki tidak suka dengan cara ini. Lebih-lebih lagi bila anda sudah menjadi miliknya nanti.

5. Aksi seksi & menggoda

Jangan sesekali buat aksi begini kerana kaum lelaki memang tidak sesekali menggemarinya. Mereka tidak suka anda menjadi tontonan umum kerana sebaik sah diijab kabul anda menjadi hak suami sepenuhnya. Rasanya selfie dengan gaya biasa sudah memadai. apa yang penting dapat merasai keseronokan berselfie bersama teman-teman.

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina