Syawal lalu pastinya menjadi medan buat hijabi yang gemar sekali berselfie. Tampil dengan baju cantik serta wajah disolek, memang rugi jika lepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama teman-teman. Sebenarnya tidak salah untuk berselfie, tetapi ada beberapa perkara yang tidak disukai kaum lelaki. Jadi daripada menjadi kejian atau cemuhan mereka, lebih baik hijabi ambil tahu perkara yang tidak membuatkan mereka suka sewaktu anda sedang berselfie.
1. ‘Update’ status seperti menghina diri sendiri atau rasa rendah diri
Jangan sesekali membuat status seperti menghina diri sendiri kerana membuatkan anda seperti tiada keyakinan diri. Yakinlah dengan diri sendiri kerana setiap insan ada keistimewaan tersendiri.
2. Solekan tebal seperti artis popular
Setiap kali muat turun foto pastinya dengan solekan tebal yang seperti menenggelamkan diri anda sendiri. Biasanya ada yang tidak mahu berselfie selagi tiada riasan pada wajah. Tetapi sebenarnya kaum lelaki tidak suka anda bermekap tebal, cukuplah yang ringkas kerana lebih manis buat mereka.
Ads
3. Tidak berhenti-henti berselfie
Biasalah wanita akan terus mengambil gambar atau selfie tanpa henti selagi tidak tidak dapat gambar yang sesuai dan menarik. Namun sebenarnya lelaki melihat jika asyik berselfie seperti tiada rasa keyakinan dalam diri. Sikap ini sebenarnya boleh membuatkan lelaki pandang rendah pada anda. Kalau nak selfie jugak boleh tapi dalam angle berlainan.
Ads
4. Sering minta pujian
Biasalah kaum wanita kalau muat turut foto mereka pastikan mahu pujian dari mereka yang melihatnya. Oleh sebab itu sering muat turun pelbagai foto menarik semata-mata untuk dapatkan pujian. Lebih-lebih lagi ditambah pula dengan status yang seperti mahukan orang lain memuji. Ingat lelaki tidak suka dengan cara ini. Lebih-lebih lagi bila anda sudah menjadi miliknya nanti.
5. Aksi seksi & menggoda
Jangan sesekali buat aksi begini kerana kaum lelaki memang tidak sesekali menggemarinya. Mereka tidak suka anda menjadi tontonan umum kerana sebaik sah diijab kabul anda menjadi hak suami sepenuhnya. Rasanya selfie dengan gaya biasa sudah memadai. apa yang penting dapat merasai keseronokan berselfie bersama teman-teman.
Ads
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiada yang dapat menggambarkan perasaan teruja dan gembira apabila berpeluang meraikan bulan Ramadan bersama keluarga tercinta. Begitulah perasaan yang dirasai oleh pasangan sejoli, Ernie Zakri dan Syamel apabila kehadiran puteri sulung mereka, Nur Khawla Soleha mewarnai sambutan Ramadan pada tahun ini.
Berbicara soal sambutan Ramadan bersama puteri sulungnya, Hijabista menemu ramah secara eksklusif pelantun lagu Ku Bersuara dan Boneka, Ernie Zakri tentang pengalamannya menyambut bulan suci Ramadan ini sebagai seorang ibu.
“Pengalaman puasa yang sangat berbeza..”
Menyentuh soal pengalamannya berpuasa bersama anaknya, Ernie Zakri menyatakan bahawa ia merupakan sebuah pengalaman yang berbeza dan indah. Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, bulan Ramadan kali ini mengajar dirinya erti tanggungjawab yang sebenar.
“Sebagai seorang ibu yang masih menyusukan anak, ia memberi rasa keterujaan kepada diri saya. Walaupun berpuasa, saya harus memastikan anak saya mendapat bekalan susu yang secukupnya,” ujarnya gembira.
Namun, tambahnya lagi, sebagai seorang wanita yang masih baru bergelar ibu, sememangnya ia bukanlah proses yang mudah. Setiap hari pasti ada sahaja kesukaran dan cabaran yang dihadapinya, namun ia merupakan proses terbaik untuk dirinya belajar menjadi ibu yang baik kepada Nur Khawla Soleha.
“Jujurnya, ia bukanlah sebuah proses yang mudah. Saya mengalami sedikit kesukaran saat pertama kali bergelar ibu. Cabarannya lebih kepada menyusukan anak dan kadang-kala saya jadi sedikit buntu apabila anak menangis. Tak tahu sama ada dia mahukan susu atau sebaliknya.
Tetapi saya ambil pengalaman ini sebagai sebuah proses untuk saya belajar dan memperbaiki setiap kelemahan diri saya untuk menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya,” tambah Ernie.
“Tidak terlalu berbelanja raya untuk Nur Khawla..”
Kongsi Ernie, sambutan Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya dan suami. Namun, dari segi perbelanjaan raya, dia lebih selesa untuk berbelanja secara sederhana untuk Nur Khawla kerana puteri sulungnyaitu masih lagi kecil.
“Nur Khawla berusia dua tahun pada sambutan Aidilfitri tahun ini. Jadi, perbelanjaan rayanya bersederhana sahaja. Apa yang penting, kehadirannya mengubat sedikit rasa sayu apabila kami meraikan Aidilfitri nanti tanpa ibu mertua saya,” ujarnya lagi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kalau tak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya itu ungkapan yang sesuai menggambarkan perjalanan karier anak seni yang juga penyanyi bervokal mantap, Aina Abdul.
Menurut Aina, bukan mudah untuknya sampai ke tahap ini. Pelbagai liku serta onak duri terpaksa ditempuhinya seorang diri demi mencapai impian menjadi bintang di arena seni.
Antara pahit getir yang kekal terpahat dalam ingatanya sehingga hari ini, adalah menerima hanya RM 50 untuk menyanyikan 20 buah lagu bagi persembahan satu malam.
“Pernah juga saya menyanyi tiga malam berturut-turut tanpa ada penonton di hadapan. Ada ketika, hanya dua hingga tiga orang sahaja.
“Ada masa dapat RM50 sahaja. Kadang-kadang, bayaran pun tak ada. Kena bahagi lagi dengan ahli band. Itu memang pengorbanan dan pengalaman yang saya tidak akan lupa.
“Tetapi, saya pegang satu prinsip dari zaman menyanyi di kelab. Walaupun tidak ada orang, bayaran tidak untung, saya kena teruskan juga,” lapor Utusan Malaysia.
Jelas Aina lagi, perjalanan karier seni nya bermula lambat, ketika usianya 28 tahun, jadi dia tidak punya masa yang ampuh untuk memilih ‘rezeki’ seperti orang lain.
Sehubungan itu, sebarang peluang dan rezeki yang diterimanya digarap dengan sebaik mungkin, walaupun kadangkala tidak terlepas dari menerima kecaman dan kritikan dari wargamaya.
“Saya kena all out. Saya bermula pada usia 28 tahun dan orang anggap lambat. Bila dapat peluang, saya tidak akan sia-siakan.
“Disebabkan itu, saya tidak kisah orang kata fesyen pelik atau dikritik melampau, semuanya saya telan sahaja. Itu bayaran untuk mimpi saya,” ujar Aina.
Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Melakar Sejarah di NCAA (National Collegiate Athletic Association)
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Pertahankan hak untuk memakai hijab
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Menggalakkan orang ramai memakai hijab
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...