5 Makanan Yang Membantu Kurangkan Masalah Cepat Lupa, Betul Ke?

Share

Mesti anda pernah kan tiba-tiba terlupa nak bawa dompet, benda-benda penting atau tertinggal pelitup muka walaupun dah banyak kali ingatkan diri supaya tidak terlupa. Sampai kadang-kadang jadi geram dengan diri sendiri! 

Sakit pelupa merupakan satu habit yang normal bagi semua manusia. Siapa sahaja yang tidak pernah lupa. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca cepat lupa. Antaranya ialah seperti faktor usia, kurang tidur ataupun kesan pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Namun, sekiranya tabiat pelupa ini berterusan, ia dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik, usia serta gaya hidup. Bagi anda yang cepat lupa dan susah nak fokus ketika melakukan sesuatu perkara, anda boleh cuba amalkan senarai makanan di bawah ini.

5 jenis makanan yang membantu kurangkan masalah pelupa

1.Dark chocolate

Terdapat banyak jenis coklat yang biasa dimakan. Salah satunya ialah dark chocolate atau biasa dikenali sebagai coklat gelap. Biasanya, coklat gelap dijadikan kek dan adunan roti. Coklat jenis ini mempunyai warna yang dalam dan rasa yang pahit, menjadikannya sesuai sebagai penyedap rasa, aroma atau penambah warna.

Diperbuat daripada biji koko, coklat gelap juga mempunyai pelbagai manfaat, salah satunya adalah antioksidan. Antioksidan ini sangat baik untuk kesihatan otak, melawan penyakit pelupa serta berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan saluran darah serta neuron pada bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.

2. Buah Beri

Sama seperti dark chocolate, buah beri turut mengandungi antioksidan. Antioksidan dalam buah beri termasuklah anthocyanin, asid kafeik, katekin, dan kuersetin. Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, sebatian antioksidan dalam buah beri mempunyai banyak kesan positif kepada otak diantaranya:

  • Meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak
  • Mengurangkan keradangan di seluruh badan
  • Meningkatkan keplastikan, yang membantu sel-sel otak membentuk sambungan baru
  • Meningkatkan proses pembelajaran dan ingatan
  • Mengurangkan atau melambatkan penyakit neurodegeneratif yang berkaitan dengan usia dan penurunan kognitif

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Ambil Mudah Apabila Kerap Lupa Takut Nanti Hilang Ingatan!

3. Ikan berlemak

Mesti anda tak biasa dengar mengenai ikan berlemak ini kan? Ikan berlemak merupakan ikan yang mengandungi kandungan minyak atau omega-3 yang tinggi seperti salmon, kod, tenggiri, kembung, tuna dan ikan selayang.

Omega-3 dalam ikan jenis ini membantu membina membran di sekitar setiap sel dalam tubuh, termasuklah sel otak. Hasilnya, ia memperbaiki struktur sel otak yang disebut sebagai neuron.

4. Kekacang dan bijian

Kekacang dan bijian mempunyai sifat dan faedah yang serupa. Kedua-duanya adalah makanan ruji di banyak tempat di dunia. Makanan ini agak mudah ditanam dan pada masa yang sama, terutamanya untuk kekacang, ia memperkayakan tanah yang menjamin penanaman barunya.

Makanan jenis ini baik untuk otak kerana mengandungi asid lemak omega-3 dan juga antioksidan. Menurut satu kajian pada tahun 2014, pengambilan kacang yang lebih tinggi secara keseluruhannya dikaitkan dengan fungsi otak yang lebih baik pada usia yang lebih tua.

Kacang dan bijian juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E dan berperanan melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.

5. Kopi

Ramai yang sering mengatakan minum kopi mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Namun siapa sangka, kopi sebenarnya membantu menguatkan ingatan anda dan melawan penyakit pelupa.

Untuk pengetahuan anda, kafein dalam kopi diketahui boleh menyekat bahan dalam otak yang dipanggil adenosin, yang bertanggungjawab membuatkan seseorang berasa mengantuk.

Bukan hanya itu, menurut laman Hello Doktor, satu kajian telah mengaitkan penggunaan kopi sepanjang hayat mampu mengurangkan risiko lain seperti kemerosotan kognitif, strok, penyakit parkinson dan juga penyakit alzheimer.

ARTIKEL BERKAITAN: Badan Sihat, Minda Sihat, 7 Petua Untuk Meningkatkan Ingatan Anda Secara Semula Jadi 

Sumber info dan gambar: Hello Doktor dan Pexels

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
S.Amira