Mesti anda pernah kan tiba-tiba terlupa nak bawa dompet, benda-benda penting atau tertinggal pelitup muka walaupun dah banyak kali ingatkan diri supaya tidak terlupa. Sampai kadang-kadang jadi geram dengan diri sendiri!
Sakit pelupa merupakan satu habit yang normal bagi semua manusia. Siapa sahaja yang tidak pernah lupa. Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi punca cepat lupa. Antaranya ialah seperti faktor usia, kurang tidur ataupun kesan pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Namun, sekiranya tabiat pelupa ini berterusan, ia dikhuatiri akan menimbulkan masalah meskipun faktor genetik, usia serta gaya hidup. Bagi anda yang cepat lupa dan susah nak fokus ketika melakukan sesuatu perkara, anda boleh cuba amalkan senarai makanan di bawah ini.
5 jenis makanan yang membantu kurangkan masalah pelupa
1.Dark chocolate
Terdapat banyak jenis coklat yang biasa dimakan. Salah satunya ialah dark chocolate atau biasa dikenali sebagai coklat gelap. Biasanya, coklat gelap dijadikan kek dan adunan roti. Coklat jenis ini mempunyai warna yang dalam dan rasa yang pahit, menjadikannya sesuai sebagai penyedap rasa, aroma atau penambah warna.
Diperbuat daripada biji koko, coklat gelap juga mempunyai pelbagai manfaat, salah satunya adalah antioksidan. Antioksidan ini sangat baik untuk kesihatan otak, melawan penyakit pelupa serta berperanan merangsang pertumbuhan dan perkembangan saluran darah serta neuron pada bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.
2. Buah Beri
Sama seperti dark chocolate, buah beri turut mengandungi antioksidan. Antioksidan dalam buah beri termasuklah anthocyanin, asid kafeik, katekin, dan kuersetin. Kajian pada tahun 2014 menyatakan bahawa, sebatian antioksidan dalam buah beri mempunyai banyak kesan positif kepada otak diantaranya:
Ads
Meningkatkan komunikasi antara sel-sel otak
Mengurangkan keradangan di seluruh badan
Meningkatkan keplastikan, yang membantu sel-sel otak membentuk sambungan baru
Meningkatkan proses pembelajaran dan ingatan
Mengurangkan atau melambatkan penyakit neurodegeneratif yang berkaitan dengan usia dan penurunan kognitif
Mesti anda tak biasa dengar mengenai ikan berlemak ini kan? Ikan berlemak merupakan ikan yang mengandungi kandungan minyak atau omega-3 yang tinggi seperti salmon, kod, tenggiri, kembung, tuna dan ikan selayang.
Omega-3 dalam ikan jenis ini membantu membina membran di sekitar setiap sel dalam tubuh, termasuklah sel otak. Hasilnya, ia memperbaiki struktur sel otak yang disebut sebagai neuron.
4. Kekacang dan bijian
Ads
Kekacang dan bijian mempunyai sifat dan faedah yang serupa. Kedua-duanya adalah makanan ruji di banyak tempat di dunia. Makanan ini agak mudah ditanam dan pada masa yang sama, terutamanya untuk kekacang, ia memperkayakan tanah yang menjamin penanaman barunya.
Makanan jenis ini baik untuk otak kerana mengandungi asid lemak omega-3 dan juga antioksidan. Menurut satu kajian pada tahun 2014, pengambilan kacang yang lebih tinggi secara keseluruhannya dikaitkan dengan fungsi otak yang lebih baik pada usia yang lebih tua.
Kacang dan bijian juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin E dan berperanan melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas.
5. Kopi
Ads
Ramai yang sering mengatakan minum kopi mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Namun siapa sangka, kopi sebenarnya membantu menguatkan ingatan anda dan melawan penyakit pelupa.
Untuk pengetahuan anda, kafein dalam kopi diketahui boleh menyekat bahan dalam otak yang dipanggil adenosin, yang bertanggungjawab membuatkan seseorang berasa mengantuk.
Bukan hanya itu, menurut laman Hello Doktor, satu kajian telah mengaitkan penggunaan kopi sepanjang hayat mampu mengurangkan risiko lain seperti kemerosotan kognitif, strok, penyakit parkinson dan juga penyakit alzheimer.
Sebut sahaja nama Bienda atau pemilik nama penuh Nor Razlinda Razli pasti ramai akan terkenangkan suara lunak merdu bekas penyanyi nasyid kumpulan Solehah pada era 90-an ini yang juga pernah dianggotai oleh isteri usahawan terlajak laris, Datin Nur Shahida Mohd.
Sekadar recap, Bienda memulakan kerjaya nyanyiannya seawal usia 12 tahun dengan menganggotai sebuah kumpulan nasyid wanita Solehah selama 5 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga 2002. Pada tahun berikutnya, Bienda telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Solehah dan mula bergerak secara solo.
Pasti ramai diantara peminat Bienda mahupun ‘Biendalovers’ yang tertanya-tanya apakah perkembangan terkini artis versatil yang pernah diangkat sebagai ikon fesyen, sehingga menjadi ikutan ramai gadis disebabkan imej berhijab serta gaya penampilannya yang begitu gypsy satu ketika dahulu.
Dari Ikon Fesyen Kini Bienda Usahawanita ‘Papapau’ Berjaya!
Kini HIJABISTA, tumpang gembira melihat bisnes pau yang diusahakan Bienda mendapat sambutan ramai. Pernah menjadi penyanyi kumpulan nasyid, Bienda bagaimana pun tidak segan berniaga di tepi jalan dan mencari pelbagai peluang rezeki halal demi kelangsungan hidup.
Sejak perniagaan pau viral sekitar tahun 2022, Bienda berkata perniagaan ‘Papapau’ yang diusahakan bersama suami tercinta iaitu Kamarul Zariman Abdul Rahman pada hujung Disember 2021 masih mendapat sambutan dan mempunyai penggemar tersendiri.
Pau yang dijual selain gebu dan berinti penuh, terdapat pelbagai perisa ditawarkan termasuklah Pau Kaya, Pau Kelapa, Pau Kacang, Pau Coklat Beryls, Pau Kari Ayam Dara dan Pau Kari Daging Empuk.
Paling rare, perisa Pau Bolognese Mozarella Cheese dan Pau Carbonara Cendawan Subur.
Akui wanita cantik dan anak kepada penyanyi Sheeda ini, gerai jualan mereka dikunjungi ramai sejak gambarnya menjual pau di tepi jalan bertebaran di media sosial.
Selain Perniagaan Pau, Bienda Juga Jual Koleksi Busana Muslimah
Malah, menurut Bienda sebelum memulakan perniagaan menjual pau, dia sememangnya sudah bergiat aktif hingga bidang perniagaan bukanlah satu perkara asing baginya. Bienda mula menceburi dunia perniagaan dengan menjual tudung dan inner.
Selain rancak berniaga pau aneka perisa, Bienda juga menjual koleksi jubah dan busana wanita. Sampai hampir licin di pasaran. Alhamdulillah!
Malah ketika ditanya, adakah dia merasa kekok keluar dari dunia ‘glamour’ dan kini bergelar oarang kebanyakkan, Bienda menegaskan bahawa dia langsung tidak kisah berniaga di tepi jalan seperti yang diusahakannya bersama suami ketika ini. Asalkan produk yang dijual berkualiti dan sedap.
Untuk rekod, Bienda berkahwin dengan suaminya yang merupakan bekas penerbit sebuah stesen televisyen pada pada 10 Oktober 2009.
Hasil perkongsian hidup selama 15 tahun itu, kehidupan pasangan merpati dua sejoli ini telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan iaitu Lavienda Namiraz dan Laxiendra Namiraz.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Ada pelbagai cara untuk menurunkan berat badan. Ada yang melakukan senaman dan ada juga yang begitu mentitikberatkan soal diet. Seperti perkongsian wanita di laman sosial facebook SCha EllCha Lee yang berkongsi tip menurunkan berat badan sebanyak 25kg dalam masa 10 bulan. Dia yang sebelum ini mempunyai berat badan 82kg berjaya menurunkan sehingga 58kg. itu beratnya pada tahun lalu dan kini dia hanya maintain pada berat yang ada sekarang.
Menurutnya dia hilang 2 hingga 3 kg sebulan dan tidak lokek berkongsi rahsia menurunkan berat badan sepanjang perjalanannya selama 10 bulan. Bukan mudah tetapi dengan usaha dan disiplin, wanita ini berjaya mendapat bentuk idaman.
Semoga kisahnya ini akan dapat menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana yang mengalami berat badan dan ingin mendapatkan berat badan ideal.
Tip Kuruskan Berat Badan
1- Kurangkan garam dan minyak. kalau boleh, elakkan makanan bersodium tinggi, gula, processed food, dan fast food.
2- Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3- Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Suku suku separuh.
4- Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo.
5- Lebihkan sayur-sayuran. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji) sekali snack, atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.
6- Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 6-7kali sehari.
7- Lupakan terus air bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.
8- Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progress nya.
9- Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang dah berjaya! (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
10- Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar.
11- Tidur mesti cukup 6-7jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan.
12- Minum air putih sehingga Urin anda berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air.
13- Bersenam. Saya tak bersenam hari², cukup 3-4kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan. Heheh bersenam. Saya suka cardio. Tapi saya mixedkan macam² senaman supaya saya tak bosan. Selamat mencuba. Slowly but surely
Dia juga turut berkongsi menu diet yang diamalkan untuk makan pagi, tengah hari dan makan malam. Menurutnya menu yang diamalkan ini tanpa perasa tiruan, MSG, tiada gula dan kurang garam.
Menu Lain:
Lagi Menu Disediakan:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...