Sebagai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, anda wajib tahu jenis-jenis pengeluaran KWSP termasuk yang baru diperkenalkan iaitu pengeluaran perumahan PR1MA. Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan.

Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti. Kerajaan memperkenalkan skim terbaru yang dikenali sebagai skim KWSP Suri Rumah di mana setiap suami wajib mencarum 2% daripada gaji untuk isteri mereka. 5 jenis pengeluaran ini penting untuk mereka yang baru bekerja dan persediaan untuk bersara.

1. Bayar hutang PTPTN guna KWSP Akaun 2

Menurut laman web rasmi KWSP, ada 5 kelebihan yang anda bakal dapat kalau bayar hutang PTPTN menerusi KWSP. Sekiranya anda fresh graduate dan baru mula bekerja, pasti wang simpanan KWSP tidak banyak. Sebab tu, KWSP benarkan anda gunakan KWSP Akaun 2 milik ibu bapa (dan ini tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan). Di antara kelebihannya:

• Tiada had pengeluaran.
• Boleh buat pengeluaran lebih daripada sekali (selagi Akaun 2 anda masih ada baki)
• Tiada caj pemprosesan dikenakan.
• Nikmati penjimatan kos upah / pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik.

2. Daftar Haji Boleh Guna KWSP Tanpa Perlu Deposit RM1,300

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap mereka masih muda jadi pendaftaran tidak perlu dibuat awal-awal. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar tabung haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut.

Jadi jika anda belum mendaftar, daftarlah sekarang walaupun anda masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda. Ini kerana anda juga boleh menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran tabung haji.

Menurut laman web KWSP, inisiatif ini merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP untuk mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendeposit RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji.

IKLAN

Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian saudara Fahmi Hamid ini:

• Daftar haji menggunakan KWSP
Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp.
Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash RM1300 dalam akaun tabung haji.

Syarat syarat:
1. Sudah mempunyai akaun tabung haji.
2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300
3. Belum mencapai umur 55 tahun.

Cara cara:
1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp.
2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil.
3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu.
4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.

3. Semakan Status I – SURI KWSP Bantuan Suri Rumah RM480 Setahun

Bantuan iSuri KWSP kini diteruskan di bawah Belanjawan 2020 bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf pengorbanan mereka kepada ahli keluarga. Antara faedah di bawah insentif ini ialah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya. Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500. Selain itu, penerima iSuri akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.

4. Keluarkan Duit Akaun 1 KWSP Untuk Melabur Unit Trust

Pengeluaran duit akaun 1 untuk melabur ke unit trust bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Sekiranya tidak cukup, maknanya anda tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.

IKLAN

Selain itu juga, ada beberapa syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh KWSP; Anda perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan anda. Bukan mudah untuk anda keluarkan wang tersebut.

Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust

• Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)
• Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
• Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
• Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah
• Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.

Formula Pengiraan

IKLAN

Kalau nak tahu sama ada anda layak untuk melaburkan wang KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburka; formulanya adalah seperti berikut:

(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan

Sila rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi untuk mengetahui jumlah dalam Akaun 1 anda. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang ditetapkan di bawah.

Jumlah Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur. Ia bertujuan untuk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.

5. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon:

• Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
• Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
• Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

Tapi sebelum anda keluarkan duit KWSP, pastikan anda menamakan pewaris supaya memudahkan urusan sekiranya berlaku kematian.
Maklumat lanjut boleh rujuk cara tuntut caruman KWSP tidak dituntut. Untuk makluman, ahli boleh memohon pengeluaran Pendidikan dan pengeluaran Perumahan melalui sistem e-Pengeluaran. Kemudahan e-Pengeluaran terhad kepada ahli yang mendaftar i-Akaun sahaja.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI