Beg dengan wanita sememangnya tak dapat dipisahkan! Gaya pasti tidak lengkap bukan jika keluar rumah tanpa membawa beg. Rasa janggal pula. Iyelah, mana mahu letak semua barang-barangkan sebab perempuan ini banyak barang keperluan yang hendak dibawa.
Di sini, Hijabista senaraikan 5 jenis beg yang patut dimiliki oleh hijabi. Jadi, hijabi dapatlah padankan segala beg ini mengikut mood dan gaya yang berbeza.
Backpack
Kalau nak pergi ke kuliah, beg sandang macam ini memang akan mudahkan pergerakan sis. Tangan tak lenguh dan tetap nampak stail dan ranggi.
Shoulder bag
Ads
Beg tangan macam ni memang sesuai nak pergi ke mana-mana pun. Nak pergi ke majlis pun boleh. Walaupun ringkas, tapi tetap glam gitu!
Tote Bag
Ramai yang suka pakai beg jenis ini sebab mampu muatkan banyak barang di dalamnya. Tak kiralah pelajar, yang dah bekerja ataupun yang sudah bergelar ibu, beg ini memang menjadi pilihan. Boleh memuatkan pelbagai jenis fail dan juga barang kelengkapan.
Ads
Clutch
Bagi yang gemarkan keringkasan, inilah pilihan tepat untuk anda! Hanya pegang di tangan sahaja. Sesuai untuk sis yang tak suka bawa banyak barang.
Ads
Cross-Body Bag
Beg silang memang menjadi pilihan ramai golongan muda sebab senang dan praktikal. Sangat sesuai kalau memakainya waktu bersantai dengan rakan-rakan di hujung minggu.
Haaa jadi hijabi perlulah ada setiap jenis bag dekat atas ini untuk kegunaan harian. Anda yang meminati koleksi rekaan semua beg ini bolehlah klik dekat sini. dengar cerita banyak diskaun dengan harga runtuh sekarang untuk beg Tori Burch ini. Sis pun nak beli sekarang jugak!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kagum dengan pentas peragaan baru-baru ini di MITEC, Kuala Lumpur, Dato Jovian Dato’ Jovian Mandagie sebagai Pengarah Kreatif, Cheetah Malaysia mengetengahkan gaya-gaya terpilih dari tahun 90-an. Cheetah Malaysia memperkenalkan koleksi terbaharu berinspirasikan sukan tenis, “Summer/ Spring 2022” (S/S 22’).
Koleksi ini menandakan permulaan baharu dalam arah reka bentuk jenama ini dalam usaha syarikat ini memperbaharui koleksi pakaian yang berkonsepkan lebih ‘segar’, sesuai dengan trend “fast fashion” terkini. Ini juga merupakan pertunjukan fesyen Cheetah yang pertama sejak tahun 1989 dan dijangka menjadi salah satu pertunjukan fesyen terbesar di Malaysia.
Dengan 70 orang model di pentas peragaan, koleksi ini menampilkan ciri-ciri berinspirasikan daripada gaya dan suasana dari Kejohanan Wimbledon. Dihasilkan khas oleh Dato’ Jovian sendiri, koleksi ini menunjukkan minat Cheetah dalam menumpukan usaha mendekati golongan bandar dan terus menarik minat pelanggan sedia ada dan segmen pasaran yang berpotensi. Pada masa yang sama, Cheetah juga mengukuhkan kedudukan di dalam dan luar negara dalam arena fesyen.
Di acara tersebut, Dato’ Jovian mengenang kembali memori zaman kanak-kanak beliau memakai pakaian Cheetah untuk aktiviti sekolah yang seterusnya menjadi inspirasi beliau dalam menghasilkan koleksi ini. “Koleksi pertama Cheetah saya sangat sentimental. Ia mengimbau kembali kenangan 28 tahun yang lalu, di mana ibu saya telah membelikan pakaian Cheetah saya yang pertama untuk kelas Pendidikan Jasmani (PJ). Saya berasa sangat seronok memakai pakaian berjenama buat kali pertama dan saya masih ingat lagi saya berasa sangat bangga memakai Cheetah pada ketika itu,” dedah Dato’ Jovian Mandagie.
“Peluang yang diberikan untuk mereka seluruh koleksi pakaian ini bersama Cheetah merupakan satu penghormatan buat saya. Kami bekerja keras dalam menghasilkan koleksi ini demi memastikan ia mencapai tahap kesempurnaan yang disasarkan, terutamanya buat golongan ‘millennial’. Melalui koleksi ini juga, kami ingin meningkatkan semangat ‘menyokong jenama tempatan’ supaya lebih ramai orang menyedari bahawa kita sebenarnya mempunyai banyak jenama yang hebat di negara ini untuk dibanggakan,” kata Dato’ Jovian Mandagie lagi.
Fesyen 90-an menyaksikan kemunculan daripada era ‘glamazon’ yang menampilkan ciri-ciri sederhana dan jenama pakaian mampu milik yang menjadi ikutan ramai golongan, terutamanya anak-anak muda. Para konsumer menggemari kombinasi fesyen pakaian sukan dan jalanan di mana ia telah berubah menjadi gaya ‘athleisure’ pada hari ini. Dengan kepercayaan yang kuat bahawa pendekatan ini malar dan sentiasa relevan dengan gaya hidup semasa, Cheetah merealisasikan idea ini serta menterjemahkannya dalam koleksi ini.
Koleksi S/S 22’ ialah kombinasi sukan dan gaya hidup yang menggabungkan fesyen dan keselesaan serta lengkap dihasilkan untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak. Dengan pemilihan material yang dilakukan penuh teliti dan sentuhan palet warna campuran yang ‘fusion’, rekaan koleksi ini menggambarkan pendekatan yang lebih menyegarkan oleh Cheetah.
Pada masa yang akan datang, Cheetah dan Dato’ Jovian Mandagie akan terus bekerjasama untuk menyediakan koleksi baharu, serta mempertingkatkan kualiti barangan Cheetah agar lebih relevan dan lebih selaras dengan keperluan pengguna muda, yang mewakili pasaran sasaran utama.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Neelofa terus melakar nama dalam dunia fesyen melalui kolabrasi pelbagai jenama antarabangsa. Ternyata gaya hijabnya melirik deria pandang global untuk menjadikan selebriti ini sebagai ikon fesyen hijab terus unggul hingga ke saat ini.
Selain menjadi selebriti pertama Malaysia yang menerima undangan menonton acara pertunjukan fesyen Versace di Milan, Itali bersempena Minggu Fesyen Milan, Neelofa turut melahirkan rasa teruja kerana turut menerima undangan bagi acara pertunjukan fesyen Bottega Veneta.
Memilih siluet yang agak ringkas, Neelofa menggayakan persalinan monokrom dengan padanan akhir tas tangan berona krim dengan solekan tanpa mekap (no make-up look).
“Agak gementar untuk menggayakan stail berkenaan. Tetapi saya yakinkan diri. Alhamdulillah, respons sangat positif daripada PR team Bottega dan orang ramai,” katanya.
Tambah Neelofa, topi sama warna yang dipakai ketika menghadiri acara tersebut merupakan hasil kreativiti jurugayanya, Colin Sim yang mereka sendiri item berkenaan.
Bermula dari hari pertama menghadiri pentas fesyen bersama jenama-jenama terkenal, jom melirik gaya fesyen dan hija yang digayakan Neelofa.
1. MAXMARA
2. PRADA
3. FENDI
4. VERSACE
5. FERRAGAMO
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun pelakon kecil molek Elfira Loy kini sedang sarat mengandung anak sulung, tetapi dia tetap aktif di laman Instagram. Pelbagai aktiviti dikongsi bersama followernya yang kini berjumlah 4.6 juta.
Paling suka lihat OOTD ibu hamil ini yang kelihatan sangat comel walaupun tubuhnya kini sedikit berisi. Elfira dilihat masih lagi aktif menghadiri majlis sama ada formal atau santai dan ada kalanya ditemani suami tersayang.
Dia nampaknya lebih selesa memilih busana longgar yangmemudahkan pergerakannya. Dengan ikatan hijab diikat simple menjadikan penampilan ibu hamil ini sangat cantik dan sedap mata memandang.
Ayuh, kita lihat #OOTD Elfira yang dijangka bersalin anak sulungnya tidak lama lagi.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.