Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Ads
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Ads
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
Hampir setahun lalu menyaksikan majlis perkahwinan pasangan diraja Tengku Puteri Iman Afzan dan pasangannya Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah yang dilangsungkan penuh beradat dan gilang gemilang. Dan kini Tengku Puteri Iman Afzan sedang menghitung hari menanti detik kelahiran anakanda sulung.
Dalam laporan Harian Metro, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan untuk anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu juga turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang, Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman Afzan yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke Istiadat Melenggang Perut mengikut tradisi Melayu yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Tengku Puteri Iman Afzan tampil cukup anggun dan jelita dengan menyarung persalinan kurung moden serta selendang dari rona senada. Begitu terserlah seri ibu mengandung yang terpancar dari wajah dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Malah penampilannya yang anggun ini juga turut mendapat pujian ramai netizen dan juga termasuk pelakon dan pengacara popular, Neelofa.
Katanya yang ditemui pemberita, beliau dan suami Tengku Abu Bakar Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Jika sebelum PKP mengidam makan tahu berlauk, pasti order sahaja. Tetapi kebayakkan di pasaran menggunakan teknik yang sama hanya digoreng. Berlainan dengan resepi tahu gorengn ini, anda perlu kukus dan boleh tahan lama. Malah tauhu ini boleh di frozen dan digoreng kemudian.
Nak tambah sedap lagi cicahkan tahu ni dengan sambal kicap berapi, barulah kena kombinasi rasanya. Jom kita ikuti resepi tauhu berlauk sedap ini.
Baru-baru ini selebriti media sosial dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah mendedahkan bahawa dia dan isteri, Syafiqah Aina telah disihir oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sebelum ini, Hafiz telah berkongsi sebuah video pendek di laman Instastory yang menunjukkan isterinya sedang menahan sakit sewaktu berubat dengan pengamal perubatan Islam.
Hafiz menceritakan bahawa dia merasakan perubahan ketara sikap Aina yang pada asalnya seorang yang ceria namun berubah menjadi ‘panas’ sejak kebelakangan ini sebelum mengambil keputusan untuk berubat.
Difahamkan, individu yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut mungkin mempunyai perasaan hasad dengki terhadap pasangan ini sehingga sanggup bertindak demikian.
Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Aina,27, telah berkongsi keadaan dirinya yang terkini di laman Instagramnya sambil memohon maaf jika ada perbuatannya yang mengundang rasa tidak puas hati kepada sesiapa.
Alhamdulillah, Aina okay & sihat saja tau 🤍
Thankyou so so much to everyone, Aina tahu ramai sangat yang mendoakan baik baik untuk Aina. Ramai juga yg tanya kenapa?
I think Hafiz dah kasitahu everything lastnight on his IG Live. So Aina rasa cukup sampai situ je ceritanya okay? ☺️ Sorry tau, sebab Aina sebenarnya taknak ingat & fikir lagi pasal benda tu semua. It’s a nightmare! Benda yang Aina takan boleh lupa but at the same time Aina tak nak ingat dah.
Maafkan kalau ada perkara yang Aina & Hafiz buat / post di Social Media yang buat Awak rasa tak senang. Tak pernah ada niat lain selain Kami nak kongsi apa yg mungkin bermanfaat untuk Awak semua.
Aina just nak minta Awak semua untuk always selitkan nama Aina, Hafiz, Family Aina & AINAA Beauty dalam setiap doa Awak. Dan semoga Allah pulangkan segala perkara yg terbaik untuk Awak semua dunia akhirat 🤲
Allah lindungi & jauhkan kita semua daripada anasir buruk & hasad dengki manusia, Aamiin ya Mujib! 🤲
Baru-baru ini pasangan selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-4.Untuk menjadikan detik itu lebih manis dan...