Secara teori, bekerja dari rumah menawarkan kebebasan baru, anda boleh mengatur masa, mengelakkan kesesakan lalu lintas, makan makanan buatan rumah, mengejar kerja rumah semasa berehat di antara panggilan persidangan dan bekerja dari mana sahaja.
Namun cabarannya anda masih memerlukan kelengkapan untuk bekerja, senarai gajet ini pasti membantu melancarkan kerja anda di era norma baru.
Gajet wajib masa kini, pada dasarnya hanya digunakan untuk mendengar muzik tetapi ia menjadi aksesori setiap pengguna peranti IPhone. Kelebihan AirPods Pro telah dirancang untuk memberikan pembatalan kebisingan untuk suara yang mendalam, mod transparency supaya anda dapat mendengar persekitaran dan sesuai untuk keselesaan sepanjang hari. Sama seperti AirPods, AirPods Pro boleh berhubung secara terus ke iPhone atau Apple Watch anda. Mudah bagi mereka yang berhijab.
Webcam yang terbaik untuk sesi conference call pastikan anda milikinya sempurna sewaktu bekerja dari rumah. Webcam Logitech ini menjanjikan streaming yang lancar, mempunyai RightLight 3 untuk memastikan anda boleh dilihat dalam apa jua pencahayaan. Dengan SwiftCapture, rakaman 4K boleh dicapai hanya dengan Logitech BRIO.
Bekerja dari rumah, postur badan harus dijaga, hangan ada masalah sakit pinggang kemudian hari. Nah sudah tiba masanya anda mencari stand laptop, ini pilihan terbaik. Ianya mempunyai 7 laras ketinggian yang boleh diubah-ubah bergantung pada posisi anda. Stand laptop ini portable dan menjimatkan ruang untuk penyimpanan. Ianya sesuai digunakan untuk laptop bersaiz 10.1” sehingga 18.4”.
Ya! mungkin selama ini selesa dengan penghawa dingin di pejabat, bertukar kepada Smart fan pilihan terbaik untuk mendinginkan badan semasa bekerja rasanya seperti berada di pejabat. Smart fan ini boleh dikawal menggunakan aplikasi yang tersendiri. Reka bentuk badan yang tirus dan tinggi memberi kitaran angin yang luas dan mempunyai 11 laras kelajuan angin yang boleh diubah-ubah. Ianya juga tidak mempunyai sebarang bilah kipas membuatkan kipas anda selamat untuk si kecil di rumah.