Korea Selatan memang bukan negara yang mempunyai penduduk Muslim majoriti. Tetapi di sana juga tinggal komuniti Muslim yang memang masih dianggap minoriti. Meskipun jumlahnya tidak banyak, tapi ternyata ada gadis berhijab yang cantik, persis artis kpop!
Walaupun tinggal di negara yang majoritinya bukan Muslim, mereka tetap memakai hijab dan menutup aurat. Ini antara senarai lima gadis Korea Muslim yang berhijab dan wajib anda follow
di instagram!Gadis ini menjadi guru agama Islam dan guru Bahasa Arab di Korea. Song Bora sering mengenakan gaya yang simple. Meskipun bertubuh kecil, Bora bijak memadankan stail pakaian. Kardigan Panjang, sweater dress, jaket jeans antara outfit kegemarannya.
2. Ayana Moon
Si cantik Ayana Moon ini pernah heboh pada tahun 2015 apabila memilih untuk masuk agama Islam di usia remaja. Sedikit berbeza dengan gaya Bora yang simple dan comel, Ayana memilih gaya girly dan colourful. Ayana gemar sekali menggayakan dress labuh dan hijab yang simple.
3. Safiya Kang Nayeon
Kang Nayeon merupakan kawan baik kepada Song Bora. Mereka bekerja di tempat yang sama jadi tidak hairanlah jika gaya mereka seakan serupa. Namun begitu, Nayeon mempunyai stail yang lebih dewasa. Selain dress, dia lebih suka menggayakan semi-formal dan kemeja.
4. Muna Hyunmin Bae
Seterusnya si manis Muna Hyunmin Bae. Gadis kelahiran 1989 ini memang punya gaya yang sedikit berbeza berbanding yang lain. Dia merupakan seorang pelukis dan termasuk pencinta seni khususnya pemandangan. Setelah masuk Islam pada 2009, Muna seringkali memilih menggayakan pakaian santun dan menutup aurat, malah kerap memakai hanbok. Sangat comel gaya Muna ni!
5. Kim Miso
Gadis ini tidak kurang cantiknya. Kim Miso merupakan gadis kacukan Arab dan Korea. Gaya Miso ni sangat trendy dan ala artis Kpop yang sesuai buat remaja masa kini. Miso sering memakai kemeja dipadankan dengan oversized, jeans denim dan juga parka. Selain menambahkan beanie sebagai aksesori di kepala, Miso juga memang bijak bergaya!