Menggabungkan pilihan warna yang betul adalah penting untuk memastikan OOTD hijabi tampil menarik dan kelihatan sempurna. Jika salah pilih warna boleh menyebabkan anda tampil ‘kurang menarik’ kerana membuat kesilapan apabila memilih pakaian.
Bercakap soal ‘mix &match’ pakaian, pasti Hijabi sekalian sering memilih warna hitam, putih, kelabu atau warna neutral lain kan? Di antara sebab warna ini sering menjadi pilihan adalah disebabkan warna tersebut mudah dicari di pasaran, tiada keyakinan untuk memakai warna terang dan mungkin juga disebabkan tidak tahu cara menggabungkan warna yang berbeza agar tidak kelihatan terlalu ‘over’.
Warna gelap dan neutral memang memberikan kesan tersendiri dalam penampilan, tetapi tidak salah jika sekali-sekala berpakaian dalam warna terang.
ARTIKEL BERKAITAN: Tampil Jelita Dan Ayu Dengan Imej Berhijab, Ini Gaya OOTD Fazura Yang Sangat ‘On-Point’ Untuk Dijadikan Rujukan Stail!
Pesanan buat para hijabi, jangan hilang keyakinan dan takut untuk ‘mencuba’. Bahkan, terdapat banyak cara untuk ‘mencampur dan memadankan’ setiap warna untuk OOTD anda tampil segar, stailo dan menarik perhatian. Nak tahu macam mana? Ikuti Tip di bawah!
Jika padanan warna membuatkan anda tidak yakin dan berani, mulakan dengan hanya menggunakan satu warna dalam pakaian anda. Gaya monokrom ini adalah cara paling mudah untuk menyegarkan semula dengan warna terang atau pastel. Anda boleh memakai satu pakaian atau mencampurkan baju dan seluar dengan warna yang sama. Contohnya, seperti gabungan pic, salmon dan coral, atau warna lain dengan ton yang serupa.
Ramai mengetahui bahawa warna krem, coklat, hitam dan kelabu adalah warna neutral. Tetapi sebenarnya, terdapat banyak warna lain yang termasuk dalam kategori warna neutral ini, seperti warna silver dan logam. Jika anda ingin terlihat lebih menyerlah, cuba gabungkan pakaian metalik ini dengan warna pop seperti merah atau kuning.
Selain itu, anda boleh mulakan dengan warna primer seperti warna biru, merah dan kuning. Anda boleh menggunakan satu warna utama sahaja, atau campurkan 2 atau 3 daripada dua pilihan warna.
Warna analog adalah warna yang dekat dengan satu sama lain dalam lingkaran warna. Secara umum, warna analog terlihat bersesuaian dan saling melengkapi apabila digabungkan. Sebagai contoh, warna ungu dan pink, hijau dan biru, oren dan kuning, oren dan merah, atau merah dan pink.
Warna kontras adalah warna bertentangan. Kombinasi warna ini mungkin lebih berani daripada empat kombinasi warna lain di atas. Walau bagaimanapun, jika anda berasa belum selesa untuk memakai warna terang yang kontra, anda boleh menggantikannya dengan warna pastel yang kontra. Warna yang lebih terang tetapi soft boleh menjadi penyelesaian kepada anda yang ingin mencuba gaya ‘bold’ dalam ‘mix & match’ OOTD anda.
ARTIKEL BERKAITAN: Padanan Warna Paling Serasi Untuk Hijabi Agar Tak Silap Pilih #OOTD & Tampil Lebih Anggun Di Hari Lebaran
Sumber info dan gambar: Cosmopolitan dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.